Perlu Ke Ejen Hartanah Yang Berdaftar?

Anda pemilik rumah. Anda nak jual rumah tu?

Tapi tidak ada pengalaman dalam menjual hartanah kepada orang ramai.

Adakah kita perlu melantik ejen?

Jawapannya adalah ya, kita perlu melantik ejen hartanah.

Tetapi kita haruslah melantik ejen yang berdaftar sahaja.

Persoalannya, mengapa perlu yang berdaftar? Ini kerana bagi mengelakkan risiko duit pemilik rumah dibawa lari atau berlaku ketidakjujuran oleh pihak ejen anda itu.

#1 Elak Penipuan

Ejen berdaftar merupakan ejen yang dilantik secara sah di bawah Lembaga Penilai Pentaksir dan Ejen Hartanah.

Bagaimana kita mahu mengenalpasti bahawa seseorang itu adalah seorang ejen yang sah?

Dapatkan ID atau kad nama mereka dan lakukan semakan di laman web Lembaga Penilai Pentaksir dan Ejen Hartanah (http://www.lppeh.gov.my).

Semakan ini penting bagi memastikan ejen berkenaan berdaftar dan mempunyai butiran lanjut. Sebagai ejen berdaftar, mereka tidak akan menerima deposit masuk ke dalam akaun peribadi, sebaliknya akan didepositkan ke akaun Agensi Hartanah. Setiap Ejen Berdaftar akan bergerak di bawah Agensi Hartanah masing-masing.

Jangan sesekali membuat deposit duit sama ada tunai atau cek ke akaun peribadi ejen hartanah.

Risiko yang ada sangat besar kalau anda buat macam tu.

#2 Kelancaran Proses Jual Beli Hartanah

Sekiranya kita mahu menjual hartanah, kita perlu sedar bahawa transaksi yang akan berlaku melibatkan nilai sehingga ratusan ribu malah mencecah jutaan ringgit.

Ejen berdaftar sudah semestinya mempunyai kemahiran yang tinggi terutama dalam selok belok jual beli hartanah. Daripada proses wang tempahan sehinggalah kepada proses menandatangani surat perjanjian.

Ejen berdaftar juga merupakan seorang yang arif tentang keadaan persekitaran.

Mereka akan membuat kajian terlebih dahulu dalam menentukan harga yang sesuai untuk diletakkan.

Daripada aspek persekitaran, lokasi, jenis rumah dan kemudahan akan diteliti dengan sebaiknya.

Oleh sebab itu, ejen hartanah berdaftar juga dikenali sebagai perunding hartanah.

Sebagai pemilik rumah, kita boleh meletakkan harga cadangan, dan akan dinilai oleh pihak ejen.

Agensi hartanah akan menerima sekurang-kurang 3% daripada nilai jualan yang persetujui.

Ejen hartanah berdaftar tidak boleh melakukan sebarang penyelewangan kerana setiap perkara yang berlaku akan direkodkan dan dilaporkan kepada Agensi Hartanah.

Maka, pemilik rumah tidak perlu bimbang, dan hanya perlu menunggu proses jual beli rumah selesai.

#3 Rumah Mudah Terjual

Ejen hartanah berdaftar akan sedaya upaya menjual rumah kita kepada orang ramai.

Mereka bukan sahaja akan mengiklankan di kawasan-kawasan tumpuan, malah turut membuat iklan di internet dan surat khabar.

Selain itu, dengan mempunyai jaringan luas antara ejen-ejen hartanah yang lain, ejen hartanah mampu membantu melancarkan lagi proses jual beli.

Ini kerana mereka boleh membuat cadangan dalam memilih peguam, pentaksir hartanah dan pihak bank yang mudah untuk berurusan.

Jadi, make sure anda menggunakan ejen yang berdaftar sahaja ya!

Diterbitkan oleh

Abdul Rahman

Seorang penulis, pembaca, programmer dan macam-macam lagi.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *