Laman Web dan App Menarik Di Bulan Puasa

Di dalam bulan puasa, orang Islam dianjurkan untuk mendekatkan diri dengan Allah S.W.T dan cuba sebaik-baiknya untuk menjauhi

perkara yang dilarangnya. Jadi apa laman web dan app menarik yang boleh kita gunakan untuk menjadi lebih baik pada bulan ini?

Di bawah ialah senarainya.

1. RescueTime

rescuetime

Ketahui bagaimana anda meluangkan masa seharian anda dengan RescueTime. Nak tahu betapa produktifnya anda setiap hari? App yang direka untuk mereka yang mahu tahu apa yang terjadi dengan hari-hari mereka. Anda juga boleh “block” masa selama yang anda mahu daripada laman-laman web yang menganggu gerak kerja anda (saya meletakkan 90 minit masa tanpa gangguan).

2. Islamic Forum

Di dalam forum ini anda boleh berinteraksi dengan orang Islam dari negara-negara lain untuk mengetahui isu-isu semasa yang dilalui oleh orang Islam di negara-negara lain.

3. Waktu Solat

Jika anda terlupa waktu solat, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mempunyai laman web untuk anda mengetahuinya dengan mudah.

4. Life Hacker

Blog ini adalah blog yang akan membantu anda untuk menguruskan hidup anda. “Hack” hidup anda dengan tip-tip yang diberikan di dalam blog ini. Bagi saya, ia adalah blog gaya hidup bersama teknologi. Banyak tip berkaitan teknologi, software, Android dan pelbagai perkara yang berkaitan dengan teknologi ada di dalam ini.

5. K9 Web Content Filtering

Mempunyai masalah melihat laman web lucah? Anda boleh menggunakan software bernama K9 Web Content Filtering sebagai penghadang antara anda dan bahan subversif itu. Apabila anda ingin memasuki laman-laman web yang menunjukkan bahan-bahan negatif itu, secara automatik K9 akan menghalang laman web itu daripada terbuka.

Tapi kalau anda nak tengok juga… itu salah anda. Batal puasa tahu!

6. iQuran Lite

Jika anda di dalam kesesakan lalu lintas dan anda mahu melakukan sesuatu yang bermanfaat, anda boleh gunakan app iQuran Lite. Baca Al-Quran apabila ada masa lapang. App ini adalah untuk platform Android. Sesuai untuk mereka yang sentiasa bergerak ke satu tempat ke satu tempat. Di dalam bas, di dalam keretapi, asalkan anda tidak membawa kereta. Tapi kalau jadi penumpang, tak salah pun membacanya 😉

Itu adalah 6 laman web dan app yang boleh membantu anda untuk menjadi orang Islam yang lebih baik pada bulan ini. Jika anda mempunyai apa-apa cadangan, anda boleh gunakan ruangan komen di bawah untuk memberi cadangan.

Diterbitkan oleh

Abdul Rahman

Seorang penulis, pembaca, programmer dan macam-macam lagi.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *