Kisah Walt Disney Yang Ramai Tak Tahu

Walt Disney sentiasa berminat dengan ilustrasi. Dan dia merupakan salah satu contoh bahawa anda boleh buat duit dengan hobi. Pada tahun 2011, syarikat tersebut telah membuat keuntungan sebanyak 4 bilion USD dengan revenue sebanyak 40 bilion. Mereka juga mempunyai pekerja sebanyak 150 ribu orang. Ini juga bukti bagaimana dengan menjadi kaya kita boleh beramal dengan banyak. Kita boleh mengupah orang dan orang itu akan mendapat sumber pendapatan daripada kita.

Walt Disney dan abang dia mula berniaga pada umur 21 dan 29 tahun. Jadi, kita boleh lihat mereka memulakan perniagaan pada usia yang agak muda. Tiada siapa menyangka mereka akan membuka satu perniagaan sungguh besar sehingga menjadi jutawan dan berjaya dalam hidup.

Tahukah anda bahawa Disney merupakan salah satu syarikat hiburan paling besar di dunia? Walaupun kita selalu ingat kejayaan Walt Disney datang daripada Mickey Mouse, kita tidak sedar bahawa kejayaan sebenarnya datang daripada arnab, bertahun-tahun kerja keras, ketidakpercayaan pemiutang, dan khianat oleh rakan kongsi dan pekerja.

Dia telah menghabiskan banyak masa untuk kartun, tetapi dia tidak memikirkan cara untuk membuat untung, dan terlalu lambat untuk dia merundingkan kembali harga, tapi dengan komisyen pertama itu, dia tidak menghabiskan peluang yang ada.

Dan kartun pertama yang dibuatnya dinamakan sebagai filem Newman Laugh-O-gram. Malangnya, ia dibuat pada harga kos dan tidak untung sesen pun.

Apabila dia tidak ada duit, dia perlu mencari cara untuk mencari pekerja. Dia meletakkan iklan mencari budak yang mahu belajar animasi. Dia menawarkan latihan dan sebahagian keuntungan pada masa hadapan.

Dengan itu beliau mendapat satu pasukan, atau tim yang kecil.

Laugh-o-Gram terbukti berjaya. Ia menjadi popular di dalam teater di kawasan Kansas. Daripada itulah dia membuat projek demi projek.

Tanpa pendapatan dan dengan gaji yang perlu dibayar, pekerja mula berhenti. Walt disepak keluar daripada apartmennya kerana gagal membayar sewa, dan akhirnya menjadi satu-satunya pekerja syarikat tersebut (ya, bos syarikat pun adalah pekerja syarikat!)

Walt pada awalnya berjumpa dengan studio-studio yang terkenal untuk menawarkan servisnya tetapi telah diketepikan. Dia kemudiannya sekali lagi cuba menubuhkan studionya sendiri, kali ini di dalam garaj pakciknya.

Walt memberitahu bapanya bahawa nama Disney akan terkenal di seluruh dunia.

Anda dapat melihat mereka tidak melihat ke belakang dalam tempoh yang lama. Mereka sentiasa bergerak ke hadapan, membuka pintu baharu dan melakukan perkara baharu kerana mereka ingin tahu setakat mana mereka boleh pergi.

Saya tidak membuat gambar untuk membuat duit. Saya buat duit untuk membuat lebih banyak gambarWalt Disney

Diterbitkan oleh

Abdul Rahman

Seorang penulis, pembaca, programmer dan macam-macam lagi.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *