Pernah Dengar Lelaki “Alpha”?

Terdapat satu epidemik yang sedang berlaku di antara kita. Ia macam satu kesakitan, satu kemerosotan kelakian kita, yang menghancurkan semangat kita. Pegebirian seorang lelaki adalah sesuatu yang benar-benar berlaku. Sebabnya masih didebatkan, sama juga dengan karakteristiknya. Untuk mengelakkan kita daripada menuju ke arah itu, kita perlu mengenalinya di dalam diri kita, di keliling kita, dan mempunyai keberanian untuk menghentikannya.

Bila kita berhenti sejenak sebelum kita tidur, kita akan nampak cabang di atas jalan. Kadang kala kita akan ambil jalan yang betul, salah satu sebabnya ialah kerana ia senang dikenal pasti, satu lagi masa kita mungkin ambil jalan salah, yang mungkin lebih senang, dan lebih malas. Hari ini kita tengok sebabnya kenapa pengebirian lelaki beramai-ramai boleh berlaku untuk mencari ubat penyakit ini.

Satu perkara yang saya buat dalam beberapa bulan kebelakangan ini ialah saya telah mula mentransformasi badan saya. Sedikit demi sedikit saya sedang mengubah badan saya daripada berlemak kepada yang lebih berotot, lebih kuat, dengan lebih kekuatan fizikal.

Untuk menapis semua nasihat bullshit yang ada di luar sana, dan dapatkan apa yang berkesan. Saya dah nampak kesannya. Apabila kita semakin kuat, kita berjalan lebih tegak dan kepala kita ke hadapan. Kita ikut cita-cita kita, mencari fokus dan semangat kita, dan mencari keberanian untuk berhadapan dengan ketakutan kita. Transformasi fizikal ini bkanlah langkah terakhir tetapi ianya langkah yang akan mencetuskan evolusi yang lebih besar di dalam diri untuk menjadi lelaki yang lebih baik. Inilah domino pertama yang perlu kita jatuhkan dahulu untuk menjadi lelaki yang lebih baik dalam segala sudut.

Seperti transformasi fizikal saya membantu saya untuk berdiri teguh, mengejar impian saya, dan berhadapan dengan ketakutan saya, hubungan saya yang betul ini menunjukkan saya perlu menjadi lebih tegas – dan evolusi saya terus berlaku…

Saya belajar yang saya perlu mengambil langkah walaupun dalam benda yang saya tak kisah langsung – seperti memilih apa yang kita makan, apa yang kita minum; benda-benda kecil tu.

Dengan hubungan merupakan sesuatu yang saya fikirkan zmaan dulu, evolusi saya masih lagi berterusan. Melalui pembacaan dan kajian, saya telah memulakan perniagaan saya dan cuba membesarkannya. Macam-macam masalah dihadapi tapi saya cuba menggalakkan diri saya dan melakukan perkara baharu. Hasilnya saya lebih berkeyakinan dan saya rasa saya semakin kuat Рdan maksud saya bukan dari segi fizikal. Tapi evolusi saya masih lagi berterusan.

Bila saya tengok kembali, jika saya tidak mencipta transformasi fizikal ataupun tidak membenarkan diri saya untuk jatuh hati ataupun memulakan perniagaan, mungkin saya sendiri yang membaca artikel ini dan bukannya penulisnya.

 

Diterbitkan oleh

Abdul Rahman

Seorang penulis, pembaca, programmer dan macam-macam lagi.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *