Kisah Di Sebalik 12 Logo Yang Mungkin Anda Kenal

Rasanya apa kisah di dalam logo-logo hebat? Semalam saya cerita mengenai Golden Ratio. Hari ini saya nak cerita benda lain pula iaitu kisah-kisah menarik dalam logo-logo hebat di dunia. Jom tengok satu-satu.

1. VAIO

vaio

Pada awalnya anda nampak VAIO tapi bila anda tengok dekat sedikit anda akan nampak dua huruf yang mewakili simpol analog dan dua huruf akhir mewakili binari.

2. Baskin Robbins

baskin-robbins

Apa yang ditekankan di dalam warna pink ialah nombor 31, iaitu jumlah perasa yang mereka ada.

3. Formula One

f1

Antara huruf F dan tanda laju ialah nombor satu.

4. Northwest Airlines

northwest-airlines

Logo ini sebenarnya mempunyai dua mesej tersembunyi. Pertama ialah N dan W di dalam ruang negatif. Kedua, segi tiga di dalam bulatan itu menunjukkan ke arah barat laut (northwest) seperti ianya satu kompas.

5. Elefont

elefont

Cuba tengok semua ruang negatif di dalam huruf kecil E – nampak macam hidung gajah!

6. Hope for African Children Initiative

hope-for-african-children

Bila anda pertama kali tengok, anda akan nampak peta Afrika. Tapi lagi rapat anda tengok anda akan nampak orang dewasa dan seorang budak memandang satu sama lain.

7. Toblerone

toblerone

Di hujung kiri kalau kita tengok betul-betul kita akan nampak:

toblerone-2

8. Unilever

unilever

Simbol di atas ada hampir semua produk / peralatan / servis yang mereka keluarkan di seluruh dunia iaitu simbol untuk setiap aspek perniagaannya.

9. Amazon

amazon

Nampak mana panah tu pergi? Panah itu mencadangkan anda beli semuanya daripada A sampai Z di Amazon.

10. Sun Microsystems

sun

Tengok lagi rapat dekat berlian mendedahkan perkataan “SUN” dalam setiap arah.

11. The Bronx Zoo

bronx-zoo

Cuba tengok kaki zirafah tu. Anda akan nampak bandar besar!

12. Coca Cola

coca-cola

Cuba tengok pada huruf “o”. Anda perasan apa-apa? Sebenarnya ada bendera Denmark. Sebenarnya itu bukan niat asalnya. Coca Cola nampak sebahagian daripada logonya seperti bendara Denmark, yang telah dinamakan sebagai negara paling gembira di dunia. Apabila mereka sedar mengenai hal itu, mereka telah membuat satu gimik pemasaran di lapangan terbang paling besar di Denmark di mana mereka mengalu-alukan orang dengan bendara itu. Masih tak nampak bendara tu? Nah tengok lagi:

coca-cola2

Diterbitkan oleh

Abdul Rahman

Seorang penulis, pembaca, programmer dan macam-macam lagi.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *