Rahsia-rahsia Di Sebalik Logo-logo Terkenal

Apa misteri di belakang logo-logo paling terkenal di dunia?

Adakah terdapat sesuatu resipi yang digunakan yang menyebabkan logo-logo ini terkenal?

Golden Mean, Golden Section, Divine Proportion

Pernah dengar terma-terma di atas?

Semua di atas adalah nama lain untuk Golden Ratio.

Golden Ratio ialah nombor yang berasaskan nombor phi iaitu 1.61803398874 (dan seterusnya). Ratio ini dijumpai oleh ahli matematik Itali iaitu Fibonacci.

Phi ialah ratio antara aturan nombor 1,1, 2, 3, 5, 8, 13, 21 dan seterusnya di mana setiap nombor seterusnya didapati apabila ditambah 2 nombor bersama. Jadi 1 + 1 = 2 dan 1 + 2 = 3, 2 + 3 =5 dan seterusnya. Apabila kita membahagikan dua nombor berturut-turut seperti 5 / 3 ia akan bersamaan dengan 1.67 dan 21 / 13 = 1.615.

Ratio untuk nombor-nombor ini akhirnya akan menjadi semakin rapat dengan phi iaitu 1.618.

Sesetengah orang percaya bahawa itu ialah hasil yang paling efisien, hasil daripada kuasa semulajadi.

Walau apa yang anda percaya, kekerapan untuk phi keluar di dalam hidup kita dan melalui apa yang kita alami mencipta satu perasaan keseimbangan, harmoni dan kecantikan di dalam reka bentuk yang dicipta.

Tidak mengejutkan apabila manusia sejagat menggunakan darjah yang dijumpai di dalam alam di dalam reka bentuk mencapai keseimbangan dalam rekaan seni, seni bina, warna, reka bentuk, komposisi, dan muzik.

Daripada penciptaan Parthenon sehingga ke Mona Lisa, daripada Piramid di Mesir dan pelbagai tempat boleh dikreditkan kepada phi kerana sentiasa berada di dalam rekaan yang penuh misteri di dalam dunia ini.

National Geographic

National Geographic

Pepsi
Pepsi
iCloud
iCloud
British Petroleum
British Petroleum
Toyota
Toyota
Grupo Boticario
Grupo Boticario

Perkara ini amat menarik jika kita fikirkan.

Bayangkan bagaimana kita dipujuk rayu untuk mempercayai sesuatu jenama dan di samping itu terdapat pelbagai perkara yang berlaku di sebalik tabir yang menyebabkan kita semakin lama semakin tertarik kepada jenama-jenama.

Ada kisah yang dapat diceritakan di dalam logo-logo. Setiap bentuk memainkan peranannya.

Dan ini adalah satu perkara yang berlaku di belakang tabir. Perkara ini dinamakan sebagai Golden Ratio… kiraan keramat di belakang logo-logo terkenal dunia.

Diterbitkan oleh

Abdul Rahman

Seorang penulis, pembaca, programmer dan macam-macam lagi.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *