Secawan Koko Kehidupan

13 Kerja Sambilan Dari Rumah Boleh Anda Buat Hari Ni

8

Usaha tangga kejayaan.

Itu pokok pangkalnya.

Ekonomi dikatakan gawat.

Ada yang rasa minyak takkan turun lagi.

Macam-macam lagi boleh kita baca di Internet ni.

Tapi macam saya cakapkan, usaha tangga kejayaan.

Kena cari cara nak tambah duit dalam bank tu.

Baru senang sedikit nak bernafas.

Kalau anda nak pendapatan tambahan, apa yang saya nak kongsikan dalam artikel hari ini boleh bantu anda.

Boleh tak buat kerja sambilan dari rumah? Terutama sekali tahun 2016 ni. Dah nak masuk 2017 pun kan?

Dah masuk tahun 2017 pun bila saya kemas kini artikel ni.

Artikel ini sangat sesuai untuk wanita yang memilih untuk menjaga keluarga.

Sebenarnya banyak je cara kalau nak buat kerja dari rumah ni.

Kena kreatif je.

Bila kreatif, macam-macam idea yang ada dalam kepala.

Daripada satu, ke satu dan akhirnya macam-macam benda anda boleh buat terus dari rumah anda.

Jadi di bawah ini, saya senaraikan kerja-kerja yang boleh dibuat dari rumah sambil-sambil anda jaga anak anda.

Tapi bila difikirkan, sebenarnya lelaki pun boleh juga gunakan cara-cara ni!

Ya, kerja dari rumah bukan hanya untuk perempuan. Lelaki juga boleh menjadi “surarumah”.

Ingat perempuan je ke boleh bekerja?

Jadi tanpa berdolak dalih lagi, jom kita tengok satu demi satu kerja yang anda boleh buat dari rumah.

1. Penulis ‘hantu’ (ghostwriter)

Penulis Hantu (Ghostwriter)
Hantu.. hantu.. Tulis macam seorang hantu?

Ingat semua buku autobiografi dan buku yang anda nampak di luar sana ditulis oleh “penulisnya” tu?

Tak. Ada yang guna ‘hantu’. Penulis hantu. Atau nama lainnya ghostwriter. Mereka inilah menulis untuk orang-orang yang malas nak tulis, tapi nak keluarkan buku atas nama mereka.

Ini bermakna anda tidak mendapat nama atas buku atau artikel tersebut, tapi nama mereka.

Terdapat pasaran untuk mereka ini. Caj yang boleh dikenakan ialah mengikut patah perkataan ataupun mengikut apa yand anda mahukan.

Ada yang caj 20 sen setiap perkataan (dapat lebih kurang RM400 untuk 2,000 perkataan). Dan ada juga yang lebih.

Kalau anda suka menulis, anda boleh kerja dari rumah dengan menulis.

2. Penulis artikel

Muka macam sesuai untuk tulis untuk blog ni je…

Selain daripada itu, ada juga laman web yang menawarkan untuk ‘membeli’ artikel yang anda tulis tu.

Artikel tersebut boleh di atas nama anda. Selalunya program artikel ini adalah untuk program yang berada di USA.

Anda boleh menjadi penulis artikel juga dengan mencari writing gig di Odesk.com.

3. Pengaturcara (programmer)

Apalah yang tengah diprogram tu…

Anda pandai membuat perisian?

Anda boleh membuat perisian untuk orang. Dan anda boleh buat di rumah je.

Banyak laman web sebenarnya yang menawarkan servis untuk menjadi orang tengah antaranya ialah Freelancer.com.

Boleh sebenarnya buat duit ni. Jadi pembekal servis pun boleh.

Saya pernah nampak orang memberi quotation sampai RM100 ribu untuk satu sistem yang dibuat dalam masa 3 bulan.

Pergh. Mahal kan?

Anda pun boleh. Dan anda boleh buat kerja sambilan ni dari rumah. Tak perlukan pejabat. Tapi kena belajar fokus bekerja dari rumah lah.

4. Pereka grafik (graphic designer)

Ingat senang ke nak buat logo cecantik?

Nampak tak logo-logo cantik semua tu? Itu semua direka oleh pereka grafik ok.

Ada macam-macam kategori sebenarnya grafik ni.

Tapi semua tu ada pasarannya tersendiri.

Boleh je cari klien dari rumah.

Malangnya pasaran ni sangat-sangatlah ramai pesaing. Jadi ramai orang yang main harga terutama sekali orang yang baru nak masuk.

Jadi harga jadi sangat murah.

Tapi kalau anda boleh melepasi halangan harga servis yang murah, ada niche yang anda jumpa untuk diri anda. Bagus!

Banyak kan kerja sambilan dari rumah? Bawah ni yang ke-5.

5. Penulis Iklan

Macam mana nak tarik orang membeli ya… Tulis dulu…

Mestilah ada orang yang kena tulis iklan kan? Tak semua peniaga menulis iklan mereka sendiri.

Ada yang memerlukan orang lain untuk menulis untuk mereka. Itulah tugas seorang penulis iklan.

Mereka menulis untuk orang lain. Tarik orang untuk membeli.

Saya dulu pun penulis iklan. Buat kerja sambilan dari rumah je.

6. Buat Makanan & Hantar Makanan (Rumah ke rumah atau Rumah ke Ofis)

Laju laju laju lagi…

Kalau anda pandai masak. Boleh buat servis ni. Buat dalam kawasan kejiranan anda. Tak perlu pergi jauh-jauh. Buat sahaja di tempat yang terdekat dahulu.

Tengok apa respon daripada masyarakat. Kalau masakan anda diterima, boleh anda perbesarkan lagi.

Anda juga boleh buat kuih pada bulan puasa kerana masa tu ramai orang nak beli kuih untuk hari raya.

7. Jahit Baju

Banyak benau benang…

Yeah. Baju. Setiap kali (dekat dengan) musim perayaan lagi ramai permintaan.

Mungkin anda boleh berniaga ni bila musim perayaan bakal tiba.

Sampai ada yang tak cukup tangan.

Memang ini kerja yang anda boleh buat kalau anda pandai jahit baju.

Kerja sambilan dari rumah ni mungkin payah sikit kalau banyak anak kan? Tapi demi nak cari rezeki… boleh cuba kalau pandai menjahit.

Buat sambil-sambil bila dekat dengan musim perayaan sahaja je lah pun takpe. Lepas tu boleh buat kerja lain 🙂

8. Berniaga Secara Dropship

Salah satu cara nak berniaga menggunakan dropship di Malaysia ialah dengan melalui Yosh.my

Ini satu lagi cara nak berniaga. Jadi orang tengah sahaja.

Anda tak pegang produk. Anda terima sahaja duit daripada pelanggan anda, lepas tu anda bayar kepada vendor untuk vendor poskan dan hantarkan kepada pelanggan anda.

Kiranya anda adalah pemasar untuk vendor anda tu lah.

Anda dapat untung daripada peratus perbezaan tu.

Kata orang ini cara untung atas angin, tetapi bagi saya tidak.

Apa yang anda tawarkan ialah skil anda sebagai seorang pemasar. Memasarkan produk itu kepada orang ramai.

Sekarang ni tak payah pun cold-calling. Telefon orang tak dikenali.

Tak payah.

Ada Facebook, Google, blog, dan macam-macam lagi cara nak dapatkan jualan.

Tak mustahil.

Tapi anda kena eksperimen apa yang dapat menarik jualan untuk anda.

Ramai orang menyerah kalah awal.

Tapi kalau anda cekal, boleh dapat banyak duit daripada dropship ni.

9. Data Entry (Kemasukan Data)

Ni sebenarnya gambar dari event tapi macam ni lah kalau data entry… banyak data kena masukkan…

Ini selalunya ada di USA. Kalau di Malaysia selalunya kena datang ke pejabat dan tak boleh buat di rumah.

Kerja ini sangat berulang-ulang.

Tak ramai orang sesuai untuk kerja ni.

Macam kerja basuh pinggan dan mangkuk di dalam dunia Foods and Beverages (F&B) lah.

Pening kerja ulang-ulang.

Ni kalau ada kerja ni, mungkin terpaksa je lah.

Selalunya gunakan Excel ataupun Word untuk buat kerja ni.

Tapi saya tak rekomen kerja ni sebab ini kerja yang dapat murah dan tak rasa seronok.

Cuma nak tak nak, ini salah satu kerja yang boleh buat dari rumah lah.

10. Buat Hantaran Kahwin

Kek kena bagi sedap… Kalau tak, orang tak nak pula kan?

Banyak juga orang berniaga membuat hantaran ni.

Setiap minggu ada sahaja orang akan kahwin. Dewan di kawasan rumah saya tak pernah tak ada orang nak kahwin. Mesti ada je.

Tak semua orang tahu macam mana nak buat hantaran jadi anda permudahkan hidup pasangan yang nak berkahwin ni dengan menawarkan servis anda.

Macam saya haritu kahwin pun, saya minta orang buatkan.

Saya tak pandai buat dekorasi hantaran kahwin ni.

Hancur kalau saya yang buat.

Cukup tak 10? Jom kita tengok lagi kerja sambilan dari rumah…

11. Buat Deko Kahwin

Gambar dekorasi meja di satu ballroom

Ini pula bukannya buat hantaran kahwin, tapi lebih daripada dekorasi perkahwinan tu sendiri.

Sebagai contoh: buat ukiran buah di atas meja makan pengantin.

Ini idea yang saya dapat semasa tengok TV3 (Nona kalau tak silap saya) yang menunjukkan seseorang tu membuat hasil seni menggunakan buah-buahan dan hasilnya dia buat deko untuk hari bahagia orang.

Kalau ada skil atau ada minat untuk buat dekorasi, boleh cuba buat ni. Kalau tak pandai pun takpe, boleh cari dalam YouTube dan berguru untuk belajar benda alah ni.

Dapat skil sedikit demi sedikit, lama-lama dapat buat dekorasi sendiri.

12. Pengurus laman FB

Eh salah gambar, tapi anda takkan jadi Mark ye kalau jadi FB Manager. 😛

Kalau anda suka berFacebook, kerja sambilan dari rumah ni sesuai untuk anda.

Uruskan je fanpage Facebook orang.

Layan komen, balas mesej, naikkan status.

Hari-hari.

Ibarat anda jadi khidmat pelanggan di laman sosial untuk peniaga-peniaga yang ada laman FB.

Boleh dapat RM2,500 untuk satu laman. (Boleh juga lebih.)

Kalau anda uruskan 2-3? Lagi banyak kan boleh dapat?

13. Pengurus Pemasaran Online

Tak tahu saya nak letak gambar apa untuk pengurus pemasaran online. Mungkin orang dalam pakaian tidur lagi?

Bila boleh buat kerja dekat mana-mana, bangun tidur terus buat kerja pun boleh…

 

Ini selalunya pemasar yang hebat melaksanakan perkara ke-13 ni. Mereka yang menguruskan pelan pemasaran produk-produk yang ingin dipasarkan di Internet.

Kena tahu pasal SEO, SEM, PPC, AdWords, FB Ads dan macam-macam lagi. Tapi kalau anda tahu semua tu, cuba lah jadi pengurus pemasaran perniagaan yang macam-macam ada sekarang ni. Mana tahu boleh pergi jauh ke anda sebagai pengurus pemasaran.

Banyak sebenarnya senarai kerja sambilan dari rumah. Ikut anda je sebenarnya nak buat yang mana satu.

Photo by Dave Catchpole

8 Comments
  1. eyoll says

    macamana nak jadi hebat macam anda, sebab saya baru je nak bermula

    1. Abdul Rahman says

      Saya tak hebat pun. Tapi eyoll boleh buat! Usaha kuat-kuat dan jangan putus asa.

      Good luck!

  2. REVATHY PONNUSAMY says

    cara utk joiN

    1. muhamad faizul bin hassan says

      mcm mana nak mula dan berapa modal permulaan

  3. muhamad faizul bin hassan says

    saya sangat memerlukan peluang ini

  4. muhamad faizul bin hassan says

    saya sangat memerluakan bantuan*

  5. mrhanafi dot com says

    banyak juga kerja yang menarik yang boleh dibuat dari rumah..

    bagus la.

    1. Abdul Rahman says

      cuba la encik hanafi. kot2 boleh jadi kaya raya part time ke hehe

Leave A Reply

Your email address will not be published.