Kenapa Tak Yang Terbaik?

Apabila anda melakukan sesuatu… apa yang anda fikir?

#1 Adakah anda fikirkan, “ah, janji siap.”

#2 Atau anda fikirkan, “Ada yang kena ubah ni. Betulkan sikit.”

Ada dua perbezaan ketara antara dua penyataan di atas. Perbezaan yang agak ketara. Satu macam malas, satu macam perfectionist… kan?

Cuba bayangkan kerja anda.

Apa yang anda buat? Adakah anda ikut apa yang anda fikirkan atau anda buat lebih daripada tu?

Kenapa Tak Buat Yang Terbaik?

Apabila anda buat yang terbaik, akan ada satu benda yang berlaku kepada anda.

Anda akan menyusahkan diri anda.

Tapi, secara tak langsung, anda melatih diri anda. Melatih diri anda untuk memberikan klien anda hasil yang terbaik. Apabila klien anda menyukai kerja anda, dia mungkin memberitahu rakan-rakannya mengenai kerja anda. Dengan kata lain, word of mouth marketing. Referral untuk anda.

Disiplin anda untuk memberikan hanya yang terbaik telah menyebabkan anda semakin berjaya. Apabila hasil terbaik anda muncul di satu demi satu laman web… orang akan bertanya…

Siapa yang buat?

Dan masa itulah nama anda akan keluar. Dan orang akan mencari anda. Mula-mula anda akan berjumpa dengan orang kecil, tapi makin lama, anda akan berkenalan dengan orang yang lebih hebat. Pada waktu itulah anda akan tersenyum.

“Tak sangka dengan memaksa diri aku untuk beri yang terbaik membawa aku sampai ke tahap ni”

Apabila anda buat yang terbaik, macam-macam benda baik akan berlaku kepada diri anda. Ya, penat. Tapi, hasilnya akan memuaskan hati anda. Kredibiliti anda akan meningkat. Orang percaya anda. Orang akan datang mencari anda supaya dapat memberikan anda duit mereka (untuk servis anda).

Seorang klien suka, dia beritahu dua. Dua orang jadi klien anda.

Dua itu pun suka. Setiap seorang beritahu lagi dua. Empat orang tahu.

Empat orang jadi klien anda. Beritahu, beritahu dan beritahu… entah berapa ramai orang tahu mengenai anda kerana hasil kerja terbaik anda.

Dan semua ini tidak akan berlaku jika anda buat kerja hangat-hangat tahi ayam. Berikan yang terbaik kepada klien anda, dan pelbagai kebaikan akan mengikuti diri anda.

Cuba bayangkan: anda aplikasikan prinsip yang sama dalam kesemua bahagian hidup anda… tidak kiralah personal, bisnes ataupun apa-apa pun.

Mungkin hidup anda akan menjadi lebih baik dari apa yang anda sangkakan sekarang ni!

Diterbitkan oleh

Abdul Rahman

Seorang penulis, pembaca, programmer dan macam-macam lagi.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *