Kenapa Ada Yang Kaya Buat Adsense, Ada Yang Miskin

Ingat senang ke nak kaya dengan Adsense?

Ramai orang cakap pasal boleh buat duit banyak dengan Adsense. Baru-baru ini saya ada baca Les’ Copaque buat sampai 6 angka duit daripada (YouTube) Adsense setiap bulan.

Tapi sebenarnya kalau nak buat duit banyak tu, kena tahu: ada yang bezakan antara yang kaya buat Adsense, dan miskin buat Adsense.

Apa dia?

Bukan semua laman web dicipta serupa.

Lain kategori, lain duitnya. Laman web ini sebagai contoh, dapat lebih sikit dari Adsense berbanding satu lagi laman web saya ni, walaupun laman web tu mempunyai jumlah klik 10 kali ganda daripada Kokotiam.

Ya, 10 kali ganda. Banyak beza tu.

Tapi CPC untuk laman web tersebut jauh lagi rendah berbanding blog Kokotiam ni.

Kenapa jadi begitu? Makna adalah satu laman web yang agak general manakala laman web ini pula lebih bersifat kewangan (pasaran ini CPC jauh lebih tinggi).

Salah satu perkara yang penting boleh orang lakukan ialah dengan memilih pasaran dengan CPC yang tinggi (jika teringin buat duit dengan blog lah).

Pilih pasaran yang betul, CPC kemungkinan lebih tinggi adalah cerah.

CPC yang tinggi itu yang akan menentukan sama ada anda buat duit banyak ataupun sedikit.

Kalau satu klik bayar secara purata USD0.10, anda perlukan 1000 klik untuk dapat USD100.

Kalau anda main di pasaran tempatan, lagi sedikit yang anda akan dapat.

Sebab matawang kita jauh lebih lemah berbanding US, jadi nak tak nak kena buat banyak kali ganda usaha.

It’s a volume game kalau di Malaysia. Walaupun anda berada dalam pasaran kewangan.

Salah pilih pasaran, kemungkinannya dapat nilai lagi rendah.

Tapi jangan lupa, kena pilih apa yang boleh tulis. Kalau mati kutu tak tahu nak tulis apa, tak guna juga. Kadang-kadang permainan volume tu penting… jumlah klik yang banyak bermakna duit yang banyak untuk anda.

Oh, ini post pertama saya pada tahun 2019! Selamat tahun baru! (Pada Mac baru nak ucap ke, bang? Haha)

Diterbitkan oleh

Abdul Rahman

Seorang penulis, pembaca, programmer dan macam-macam lagi.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *