Strategi Mudah Untuk Melancarkan Produk

Pelancaran produk boleh memberi perniagaan anda kesan dramatik kepada akaun bank anda. Anda boleh mereka bentuk keseronokan untuk produk anda dan keseronokan itu akan berjangkit daripada seorang kepada seorang lagi sehinggalah anda boleh mencipta produk sehingga ribuan ringgit.

Dalam pelancaran produk terdapat beberapa perkara yang anda perlu ingat.

Pertama, prospek anda. Pelancaran produk anda akan berjaya jika cukup ramai orang yang mahu menyelesaikan masalah tersebut. Kedua, affiliate anda. Pelancaran produk selalunya memerlukan affiliate kecualilah list anda amat besar. Affiliate memerlukan sesi “hand holding” dan di sinilah kesilapan yang pernah saya lakukan. Kurangnya komunikasi saya dengan affiliate saya telah menyebabkan kegagalan produk Tulis Iklan Cepat versi pertama. Elakkan kesalahan saya dan anda dapat buat duit dengan lebih banyak.

Sambung membaca Strategi Mudah Untuk Melancarkan Produk

Resepi Mark Zuckerberg Menjadi Usahawan Internet Berjaya

Secara tiba-tiba Facebook menjadi satu berita hangat. Jika kita imbas kembali pada 6 tahun lepas, pada 2006, hampir tiada siapa di Malaysia mengenali laman web ini. Ramai yang mengenali Friendster dan MySpace. Saya sendiri aktif dengan MySpace pada waktu itu.

Tetapi, Mark Zuckerberg mengubah lanskap penggunaan Internet. Pada 4 Februari, 2004, Beliau telah melancarkan satu laman web sosial yang kita semua kenali sebagai Facebook. Hari ini, saya tidak ingin berkata mengenai Facebook tetapi cara pemikiran dan bagaimana Mark Zuckerberg boleh mencapai satu tahap yang saya fikir amat tinggi berbanding dengan usahawan-usahawan lain.

Gaya pemikiran untuk sentiasa memperbaiki

Sambung membaca Resepi Mark Zuckerberg Menjadi Usahawan Internet Berjaya

Adakah Teknik Pemasaran Berkesan Anda Berkesan?

Teknik pemasaran yang berkesan ialah perkara paling penting di dalam perniagaan. Tanpa teknik yang berkesan, tidak kira betapa hebatnya produk, tidak ramai orang akan mengetahui tentang kewujudan produk itu. Banyak produk di luar sana mati kerana tidak mempunyai teknik yang betul.

Jadi bagaimanakah untuk mengetahui sama ada sesuatu teknik itu berkesan ataupun tidak?

Mudah.

Sambung membaca Adakah Teknik Pemasaran Berkesan Anda Berkesan?

Reputasi – Nyawa Anda Di Internet

Ini adalah sebahagian daripada tutorial Bagaimana Untuk Membuat Duit Melalui Perniagaan Internet.

Mungkin anda berasakan bahawa reputasi itu sesuatu yang kecil – sebenarnya tidak. Reputasi ibarat nyawa untuk sesebuah perniagaan. Anda mungkin pernah membaca mengenai British Petroleum (BP) terpaksa menanggung pelbagai bentuk “kemaluan” kerana tidak mampu menangani isu kebocoran minyak di pelantarnya.

Walaupun diri anda tidak sebesar BP, perkara yang buruk juga boleh berlaku kepada anda dalam bentuk yang lain. Sebagai contoh, seseorang itu merasakan kualiti kerja anda sebagai pekerja bebas tidak berkuaiti. Dia membuat komplen di dalam forum yang dipenuhi dengan bakal prospek serta bekas klien anda.

Kesannya kepada anda ada beberapa.

Sambung membaca Reputasi – Nyawa Anda Di Internet

5+15 Cara Buat Duit Di Internet

Terdapat banyak cara untuk menjana pendapatan dari rumah. Antaranya ialah melalui internet. Maksud saya buat duit dengan Internet.

Di Internet, anda boleh membuat duit dengan:

#1 Menjual produk

Anda boleh menjual produk anda sendiri atau menjual produk orang. Pada awalnya jika anda tidak ada sebarang modal, anda boleh menjual produk orang dahulu. Ini dikenali sebagai pemasaran affiliate. Kemudian, anda boleh membuat produk anda sendiri.

Produk itu juga boleh dalam bentuk fizikal, digital dan juga ‘event’. Dalam bentuk fizikal maksudnya anda boleh merasa, melihat dan memegang produk tu. Digital pula produk seperti e-book, audio dan apa-apa yang boleh dimuat turun dari Internet. Event pula maksud saya ialah acara seperti seminar, mini-seminar, forum dan gathering.

Sambung membaca 5+15 Cara Buat Duit Di Internet