Nak Belajar Tulis Iklan?

Nota penulisan iklan yang pernah saya buat dahulu.

Semasa saya membuat artikel ini, saya sedang mendengar soundtrack game Dirt 2 dan memang sedap didengar di telinga. Di hadapan saya ialah sales letter Tips PTD. Saya sedang fikirkan cara untuk mengalahkan formula ultra-dead simple Jamal.

Bila saya terfikir balik, saya mula kenal headline ala soalan ini daripada Shuth, dan pada waktu itu saya sedar tentang style ini dalam Rahsia Kambing.

Saya pernah buat review sales letter Rahsia Kambing dan ianya lebih mudah berbanding surat jualan saya yang brute force (pada waktu itu).

Sambung membaca Nak Belajar Tulis Iklan?

10 Headline Templates Untuk Anda

Assalamualaikum, hari ini saya ingin berkongsi 10 headline templates yang saya rasakan dapat membantu anda untuk mendapatkan idea untuk membuat surat jualan.

Bagaimana saya mendapatkan template ini?

Saya pergi ke Clickbank, kemudian saya tengok satu-satu sales letter, lihat mana satu yang okay, kemudiannya saya alih bahasa dan kemudiannya letakkannya di sini.

Selain daripada itu, saya juga pergi ke laman-laman surat jualan jualan tempatan dan menjadikan headline itu kepada satu template untuk kita semua gunakan. Semoga bermanfaat 🙂

Sambung membaca 10 Headline Templates Untuk Anda

3 Rempah-Ratus Untuk Memecah Rekod Surat Jualan Anda

Ingin menaikkan prestasi surat jualan anda? Sudah bosan dengan apa yang anda dapat selama ini dan mahukan performance yang lebih baik?

Post ini untuk anda. Ia lebih kepada penulisan dan ia boleh digunakan untuk memecahkan rekod jualan anda. Jadi jika anda ada satu surat jualan dan anda ingin meningkatkan jualan, apa yang perlu anda lakukan untuk memastikan ianya terjual dengan baiknya?

#1 Spesifik

Anda perlulah mempunyai surat jualan yang menyatakan nombor dengan jelas. Anda tidak perlulah menyorok di belakang perkataan ‘lebih hebat’, ‘mantap’, ‘terbaik’ dan sebagainya kerana janji melampau tanpa sebarang nombor spesifik di belakangnya hanya akan masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Mereka tidak ingin mendengar janji manis anda. Anda perlu spesifikkan janji manis anda.

Sambung membaca 3 Rempah-Ratus Untuk Memecah Rekod Surat Jualan Anda