Nak Belajar Tulis Iklan?

Nota penulisan iklan yang pernah saya buat dahulu.

Semasa saya membuat artikel ini, saya sedang mendengar soundtrack game Dirt 2 dan memang sedap didengar di telinga. Di hadapan saya ialah sales letter Tips PTD. Saya sedang fikirkan cara untuk mengalahkan formula ultra-dead simple Jamal.

Bila saya terfikir balik, saya mula kenal headline ala soalan ini daripada Shuth, dan pada waktu itu saya sedar tentang style ini dalam Rahsia Kambing.

Saya pernah buat review sales letter Rahsia Kambing dan ianya lebih mudah berbanding surat jualan saya yang brute force (pada waktu itu).

Sambung membaca Nak Belajar Tulis Iklan?

10 Headline Templates Untuk Anda

Assalamualaikum, hari ini saya ingin berkongsi 10 headline templates yang saya rasakan dapat membantu anda untuk mendapatkan idea untuk membuat surat jualan.

Bagaimana saya mendapatkan template ini?

Saya pergi ke Clickbank, kemudian saya tengok satu-satu sales letter, lihat mana satu yang okay, kemudiannya saya alih bahasa dan kemudiannya letakkannya di sini.

Selain daripada itu, saya juga pergi ke laman-laman surat jualan jualan tempatan dan menjadikan headline itu kepada satu template untuk kita semua gunakan. Semoga bermanfaat 🙂

Sambung membaca 10 Headline Templates Untuk Anda

Ini Cara Nak Tarik Orang Kurang Daripada DUA SAAT.

Adakah anda akan mendapat jualan daripada pelawat yang datang itu?

Hanya 2 saat sahaja.

Itu sahaja masa yang anda ada untuk menarik orang untuk membeli.

Mereka terlalu sibuk dan banyak perkara yang bermain di dalam fikiran mereka. Ada yang tengah terfikir siapa nak ambil anak mereka di sekolah, pukul berapa isteri akan balik ke rumah, nak makan di luar ataupun makan di rumah, dan ada juga yang teringat tentang bil yang tak dibayar lagi.

Bahan pemasaran anda hanya mempunyai 2 saat sahaja untuk mendapatkan perhatian pembaca.

Bukan mudah untuk mendapat perhatian. Lebih daripada 600 ribu perniagaan dimulakan di Amerika Syarikat sahaja dan terdapat berjuta-juta laman web yang ingin mendapatkan perhatian daripada orang ramai. Blog gosip, berita, Facebook dan Twitter juga sibuk mendapatkan perhatian pembaca anda. Macam mana anda nak tarik orang membaca tawaran anda?

Sambung membaca Ini Cara Nak Tarik Orang Kurang Daripada DUA SAAT.

Senang Ke Nak Buat Duit di Internet? Ini Realitinya.

Ramai orang nak buat duit di Internet. Buat duit macam senang sahaja. Orang semua cakap macam ada dua perkara sahaja yang diperlukan untk buat duit di Internet iaitu…

  1. Komputer
  2. Internet

Maaflah, saya tak nak sedihkan anda, tetapi nak menjana pendapatan di Internet memerlukan lebih daripada tu.

Ya! Lebih daripada itu!

Sambung membaca Senang Ke Nak Buat Duit di Internet? Ini Realitinya.