Apa Yang Perlu Anda Sediakan Sebelum Menyewakan Rumah Anda

Dah ada rumah? Nak sewakan rumah tu?

Sekiranya anda sudah memiliki sebuah rumah (dan tak duduk rumah tu), langkah terbaik untuk tambah duit dalam poket adalah dengan menyewakannya kepada orang lain.

Tidak kiralah jika anda mempunyai banyak rumah sekalipun, tetapi tidak bijak menguruskannya lambat laun ia boleh mendatangkan kerugian kepada anda sendiri.

Hal ini kerana pelaburan hartanah bukan sahaja untuk dijadikan aset semata-mata, tetapi anda boleh berusaha untuk berfikir bagaimana mahu menjana wang daripadanya.

Sambung membaca Apa Yang Perlu Anda Sediakan Sebelum Menyewakan Rumah Anda

Tip-tip untuk Membeli Rumah Lelong

Serius nak beli rumah lelong?

Rumah lelong ni sebenarnya rumah yang dijual oleh pihak bank atas konsep lelongan.

Lelongan ini dilakukan kebiasaannya  atas faktor pemilik asal tidak mampu membayar lunas hutang pinjaman.

Rumah lelong dianggap berbaloi jika bakal pembeli berjaya mendapatkan nilai hartanah di bawah nilai pasaran (market value). Namun begitu, kebiasaannya rumah lelong yang terjual mempunyai bidaan tertinggi kurang daripada nilai pasaran.

Oleh kerana itu jugalah rumah lelong sering menjadi tumpuan bakal pelabur khususnya.

Sambung membaca Tip-tip untuk Membeli Rumah Lelong

Apa Perlu Buat Bila Buat Site Visit Rumah

Nak buat pilihan rumah memang susah.

Ia juga termasuklah dalam situasi bakal pembeli yang sedang tercari-cari rumah yang sesuai.

Dalam artikel ini, saya akan dedahkan beberapa tip yang anda boleh ikut apabila anda mahu melakukan aktiviti site visit rumah terutama rumah subsale dan lelong. Site visit bukan sahaja tertumpu kepada bentuk rumah semata-mata, tetapi ia mestilah merangkumi aspek luar dan dalam termasuklah semakan yang melibatkan dokumen penting.

#1 Bawa Pakar

Jika anda seorang perempuan, bawalah bersama seorang rakan lelaki ataupun seseorang yang mengetahui tentang selok belok dalam melakukan site visiting. Mengapa tidak boleh seorang? Ini kerana anda memerlukan seseorang yang boleh berkomunikasi baik dengan penjual. Untung badan. harga boleh dikurangkan lagi.

Sambung membaca Apa Perlu Buat Bila Buat Site Visit Rumah

Ini Tip Mudah Lulus Pinjaman Rumah

Dalam dunia ini, jarang kita mendengar orang membeli rumah secara tunai hatta jutawan sekalipun, mereka tetap akan menggunakan sistem pinjaman bank. Rumah bukan lagi satu kehendak, tetapi merupakan satu keperluan. Namun ada yang meletakkan sebagai kehendak. Kehendak ini diletakkan atas faktor selepas memiliki rumah kediaman sendiri. Membeli rumah pertama ataupun kedua mahupun seterusnya, perlu bijak mengetahui teknik mudah lulus pinjaman rumah. Bukan mudah pihak bank mahu meluluskan pinjaman kita. Ini kerana setiap hari mereka terpaksa menghadapi beribu permohonan pinjaman. Apa yang perlu mereka lakukan adalah membuat tapisan yang benar-benar layak. Soalnya, bagaimana mahu melepasti tahap kriteria bank?

#1 Ketahui Kelayakan Pinjaman

Kita sedia maklum bahawa kriteria pinjaman perlu kepada pengiraan Debt Service Ratio  (DSR). Bagi pinjaman perumahan kebiasaannya pada  kali pertama tahap DSR adalah tidak lebih dari 70%. Bagaimana mahu mengira DSR ini? Jumlah komitmen hutang dibahagikan kepada jumlah pendapatan kita. Pengiraan DSR ini sangat penting kerana jika kita sendiri tidak melepasi syarat DSR, maka permohonan yang dibuat tidak akan diluluskan dengan serta merta. Ini kerana DSR adalah kunci bagi memudahkan kita membuat permohonan pinjaman kepada pihak bank.

Sambung membaca Ini Tip Mudah Lulus Pinjaman Rumah

3 Cara Menentukan Sewa Rumah

Sebagai pemilik rumah, pasti akan berhadapan dengan masalah dalam menetapkan kadar sewa rumah. Jika letakkan pada harga yang tinggi, bimbang tiada penyewa pula. Maka dalam artikel ini, kami akan berkongsi dengan anda tentang tip-tip menetapkan kadar sewa rumah. Tidak terlalu mahal, tetapi tidak pula terlalu murah. Apa yang paling penting, jika kita memudahkan urusan orang lain, tidak mustahil urusan kita juga akan dipermudahkan Insha Allah.

#1 Iklan Dummy

Dummy bermaksud palsu. Bagaimana caranya kita mahu menggunakan iklan dummy dalam menetapkan kadar sewa rumah? Begini, langkah yang pertama adalah meletakkan iklan di Mudah.my tentang rumah yang kita mahu sewakan. Jangan lupa sertakan sekali nombor telefon kita sebagai penyewa. Nombor telefon juga harus berbeza pada setiap iklan. Kita boleh meletakkan 3 iklan pada harga yang berlainan. Sebagai contoh : Sambung membaca 3 Cara Menentukan Sewa Rumah