Adakah Patut Seorang Wanita Didiskriminasi Kerana Berpuasa?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Diskriminasi di tempat kerja masih lagi berleluasa. Diskriminasi bukan dari segi perkauman. Tapi dari segi perbuatan. Perbuatan yang perfectly acceptable di tempat lain. Saya tidak ingin menyatakan tempat kerjanya. Ataupun siapakah dia, tapi cukuplah saya katakan ianya memang menyakitkan hati.

Dan ianya bukan mengenai anda membuat sesuatu, tetapi lebih kepada tidak membuat sesuatu. Apa yang saya maksudkan ialah berpuasa. Berpuasa bermakna seseorang itu akan menghindarkan perkara-perkara yang membatalkan puasa daripada terbit fajar hingga terbenam matahari. Alasan yang menyebabkan dia tidak boleh berpuasa ialah satu: performance akan berkurangan. Itulah sebab yang diberikan oleh pengurusnya.

Adakah itu alasan yang dapat diterima. Dapat diperakui oleh pihak kami bahawa berpuasa akan menyebabkan seseorang itu kehilangan sumber untuk mendapatkan tenaga selama tempoh berpuasa itu, tapi itu tidak menyebabkan seseorang itu perform di bawah tahap semasa dia tidak berpuasa.

Sambung membaca Adakah Patut Seorang Wanita Didiskriminasi Kerana Berpuasa?

FB Dislike Button?

Ingat tak post sebelum ini mengenai hack akaun kawan menggunakan Events? Sekarang ada lagi parah. Klik sahaja link tersebut, anda akan post benda yang sama kepada semua kawan-kawan anda.

Saya tidak tahu apa kesannya, tapi banyak orang telah klik dan nampaknya telah terkena bahana “dislike button”.

Facebook Dislike Button
Ini hanya penipuan semata-mata untuk mengakses data-data mengenai anda dan rakan-rakan anda.

Bagaimana Untuk Mengenal Pasti Sama Ada Ianya Hanya Hoax Ataupun Betul

Sambung membaca FB Dislike Button?