Jom Langsing: Panduan Langsingkan Badan Yang Berkesan?

Pernah dengar panduan melangsingkan badan bertajuk Jom Langsing?

Nak tahu betapa berkesannya teknik-teknik yang diceritakan di dalamnya?

Di dalam post ini saya ceritakan apa itu Jom Langsing dan apakah manfaat yang akan anda dapat setelah membeli panduan itu.

Betul-betul bagus ke panduan ni?
Betul-betul bagus ke panduan ni?

Diet dan Minda

Perasan tak kadang-kadang kita akan kembali melakukan gaya hidup tidak sihat selepas kita berjaya mengatasinya?

Di dalam kalangan doktor, mereka memanggilnya sebagai kesan yo-yo (yo-yo effect).

Kesan ini menyebabkan anda kembali buat aktiviti-aktiviti yang menyebabkan anda kembali ke berat badan yang asal.

Penat-penat dah hilangkan 10 kilo, tiba-tiba anda sabotaj diri sendiri. Akibatnya naik balik berat tu.

Kalau anda pernah cuba kurangkan berat badan anda faham apa yang saya cakapkan ini.

Dan menurut kajian sains terkini, semua itu berasal dari minda anda.

Minda, diet, kurangkan berat badan dan misi menjaga kesihatan semuanya berkait rapat antara satu sama lain… ibarat satu hubungan holistik. Masalah pada satu bahagian akan memberikan kesan buruk kepada bahagian lain.

Itu adalah premis utama panduan ini.

Penulisnya iaitu puan Aniz Hj Anwar cuba menyelesaikan masalah ini dengan menunjukkan langkah demi langkah yang perlu anda lakukan untuk melangsingkan badan.

Semuanya bermula dengan minda.

Anda akan mengetahui bagaimana minda anda mempengaruhi pelan pelangsingan tubuh badan yang anda ikuti.

Sekarang anda dah perasan kan? Untuk kuruskan badan… Pertarungan bukan sahaja dengan fisiologi, genetik… tetapi juga dengan minda, cara berfikir, dan bagaimana untuk menangani pemikiran negatif supaya hasil pada akhir perjalanan menguruskan badan itu adalah positif.

Itu yang sedang berlaku di dalam diri anda semasa anda mahu menguruskan badan.

Antara topik yang akan disentuh di dalam panduan Jom Langsing adalah:

1. Kisah mengapa dan bagaimana puan Aniz menemui teknik pelangsingan holistik ini

Bagaimana puan Aniz jumpa teknik ni? Apa kaitannya dengan hidup anda?

2. Kaitan kesejahteraan diri dengan berat badan. Ya, ada kaitan. Dan anda akan dapat tengok kenapa personaliti anda ada kaitan dengan berat badan.

Ini yang saya ceritakan tadi: pertarungan di dalam diri anda. Bagaimana dua faktor ni berkait rapat.

3. Interaksi antara minda, emosi dan spiritual yang meningkatkan berat badan anda.

Kalau anda elakkan kombinasi yang salah, anda boleh kurangkan berat badan anda.

4. Cara betul nak menggunakan Body Mass Index. Ramai orang hanya lihat nombornya, tapi sebenarnya ada penerangan lebih jelas mengenainya. Ada hubung kait dengan kesihatan anda.

Lepas baca bab ini, cara fikir anda akan berbeza.

5. Hubung kait dan bagaimana minda anda boleh menjayakan misi untuk menjadi langsing.

Tahu ni, anda telah menang separuh pertarungan dengan berat badan yang anda tak suka tu.

Selain daripada panduan Jom Langsing, anda akan mendapat beberapa panduan pelangsingan dan pembangunan kendiri.

9 Kod Rahsia Transformasi
Sembilan prinsip yang mesti dipatuhi untuk memastikan misi melangsingkan badan berjaya.

5 Laws Of Succes
Lima “undang-undang” untuk berjaya di dalam bidang yang anda ceburi

36 Potent Food to Lose Weight & Live Healthy
Senarai 36 makanan yang boleh diambil sebagai diet sihat semasa proses menguruskan badan.

Patut ke beli Jom Langsing ni?

Rumusannya, kalau anda memerlukan panduan yang lain daripada lain… yang fokus bagaimana cara anda berfikir boleh memberi impak kepada misi menguruskan badan anda, anda patut mendapatkan panduan ini.

Kalau anda berminat untuk mendapatkan Jom Langsing, sekarang ini jualan masih ditutup. Anda boleh klik butang di bawah untuk mendapatkan tips bagaimana untuk melangsingkan badan anda.

Dapatkan tips nak kurus cepat-cepat dalam newsletter percuma ni

 

Diterbitkan oleh

Abdul Rahman

Seorang penulis, pembaca, programmer dan macam-macam lagi.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *