Secawan Koko Kehidupan

Ini Cara Hilangkan Jerawat

0

Kalau anda seorang pemakan makanan yang sihat, apa yang anda boleh buat untuk hilangkan jerawat?

Ya… cara hilangkan jerawat yang dibenci tu.

Anda sudah mencuba pelbagai cara tapi malangnya cara-cara tersebut tidak membantu untuk menghilangkan jerawat.

Geram kan? Sepatutnya tak muncul pun di muka kerana (orang kata) makanan semua dijamin berkhasiat untuk badan.

Saya cari-cari bahan menarik untuk dibaca mengenai topik cara hilangkan jerawat dan saya terjumpa satu artikel yang menarik.

Saya ambil masa untuk menterjemahkannya. Saya harap anda boleh gunakan trik yang diajar untuk mengurangkan jerawat anda.

Premisnya mudah: bila kita mengurangkan makanan tertentu, kita boleh mengurangkan atau lagi baik lagi, hilangkan terus jerawat kita.

Seronok la kalau macam tu kan?

OK, tanpa buang masa lagi, jom kita mula.

— * — * —

Bagaimana Kurangkan Makan = Hilangkan Jerawat

Saya memang orang yang suka makan makanan sihat: saya jarang makan makanan segera semasa saya membesar, jadi bila dah besar saya tak minat pun; saya suka buah dan sayur-sayuran dan banyak makan makanan sebegini.

Kalau saya bersenam pun saya akan pastikan diri saya terhidrat dan sekali sekala saya akan merekodkan apa yang saya makan dan lihat berapa kemasukan vitamin, lemak, protein, dan nutrien-nutrien lain ke dalam badan.

Saya biasanya makan makanan seimbang. Tapi kulit saya tak nampak sebegitu.

Semasa saya 20-an, saya sentiasa mendapat cystic acne. (Admin: Saya tak pasti apa nama betul jerawat ini dalam bahasa Melayu. Mungkin ini jerawat batu kot.)

Sangatlah tak cantik (dan ini bermakna saya perlu memakai makeup walaupun saya tak suka), dan rasa sakit berhari-hari masa “dia” keluar  dan selepas ia bercambah di muka saya.

Saya punya ada di kawasan mulut dan memang teruk di bahagian dagu dan di bawah hidung.

Selalunya ada satu, tapi kadang-kadang ada dan rasa geram je dengan jerawat tu.  Saya bereksperimen dengan pelbagai pencuci muka dan pelembab organik tapi tak nampak kesan yang banyak, tapi saya boleh cakap, muka saya kalau biasa nampak cantik.

Saya pernah rasa menyampah dan cuba produk konvensional dan dipenuhi dengan bahan kimia – tapi semua tu menyebabkan kulit saya tidak gembira. Hasilnya: tak berkesan. Saya catatkan masa saya benda tu keluar dan saya dapati saya kena bukan dalam kitaran bulan.

Kenapa boleh jadi macam tu?

Kawan saya, Cara (dia seorang tukang urut dan pengamal perubatan tradisional) memberi pendapat supaya saya tengok diet saya.

Cara kata cuba diet pembuangan. Di mana saya akan berhenti makan satu demi satu potensi punca saya berjerawat.

Kuncinya di sini, dia kata, saya perlu berhenti makan apa-apa punca gandum, susu dan soya – yang semuanya adalah pencetus jerawat, untuk satu tempoh yang lebih lama daripada biasa.

Dia mencadangkan mencuba untuk 6 bulan, dan bagi saya tu tempoh yang sangat lama.

Tapi sebab saya fikir kenapa tak buat je macam tu dan memang pun ni pun diet – alang-alang tu boleh kurang beberapa poun dan mungkin gandum tu yang buatkan saya rasa tak seronok dan saya tak tahu – saya memulakan misi 6 bulan diet saya.

Saya cuba buang gandum dulu.

Jadi saya kena ambil alternatif. Semua orang cakap tentang manfaat makanan bebas gluten dan senang nak cari produk gantian. Saya berhenti makan hampir 2 bulan sambil tidak makan gandum (saya seorang pemakan sandwich tegar).

Tiada perubahan- tidak di kulit saya, dalam berat saya, ataupun tahap tenaga saya.Ni bagus untuk saya sebenarnya sebab saya sebenarnya tak suka roti tanpa gluten dan kuih-muih, dan teman saya pun pandai masak.

Lepas tu, saya cuba buang soya dari diet saya – saya kadang-kadang makan soya tapi tak banyak dan kadang-kadang letak susu soya di dalam kapucino bila susu organik tidak ada.

Saya akan tofu goreng dengan sayuran-sayuran seminggu sekali. Selepas 5 minggu, saya menyerah, sebab saya tak nampak apa-apa perubahan pun. Saya mula fikir eksperimen ini adalah satu kegagalan tapi saya ada satu lagi makanan untuk dihapuskan dari diet saya.

Tidak mengambil tenusu bukannya satu masalah untuk saya; saya seorang vegetarian dan saya makan keju dan telur dan lebih daripada tu, dan saya minum kapucino atau macchiato  yang ditambah susu. Saya tak pernah ada masalah untuk makan tenusu – sebagai kanak-kanak ataupun orang dewasa.

Saya memang keturunan makan tenusu agaknya.

Pada minggu pertama saya tak perasan apa-apa, sama juga dengan minggu kedua.

Pada minggu ketiga saya mula fikir nak dapatkan ais krim organik, tapi tak, saya ambil sorbet (Admin: jus buah yang dibekukan).

Saya nampak macam kulit saya semakin bersih. Masa minggu keempat kulit saya nampak makin gebu, dan breakout terakhir dah nak hilang. Jadi saya cuba lagi dua minggu — kemudiannya tiga — dan parut jerawat-jerawat baru ni dah mula sembuh dan hilang.

Eksperimen saya berkesan; selagi saya menjauhkan diri daripada tenusu, kulit saya akan terus bersih. Saya cuba makan keju yang dah lama dan keras, itu OK. Tapi kalau saya minum latte bersusu, atau satu cawan yogurt (yang semestinya organik), saya akan mendapat jerawat baharu dalam 5-7 hari kemudian; saya eksperimen beberapa kali dan akan terkeluar benda hodoh tu.

Bila saya beritahu tentang eksperimen berjaya saya di Twitter, ada beberapa pengikut saya cuba selesaikan masalah mereka dengan membuang tenusu dari hidup mereka.

@LavNandall, yang berasal dari Afrika Selatan, membalas tweet saya beberapa hari kemudian: “Terbaharu meninggalkan tenusu untuk jerawat. Beberapa minggu lepas ton kulit saya lebih sekata dan liang kulit makin mengecil.

Beberapa minggu kemudian dia beritahu lagi: “Cerita baru meninggalkan tenusu: dah tiga minggu sekarang dan tidak ada jerawat baharu walaupun gelombang haba!”

Dan akhirnya: “Update: dah lebih sebulan. Tiada jerawat yang dikesan! Ini magik!”

Tu buktinya bukan saya seorang yang menemui wajah yang bersih melalui perubahan diet.

Kenapa tenusu ada kaitan dengan jerawat? Doctor Oz ceritakan di dalam laman webnya:

“Kebanyakan susu yang kita minum dihasilkan oleh lembu mengandung dan mempunyai tahap hormon yang tinggi yang menyebabkan kelenjar minyak menggila,” Dr. Joel Schlessinger, dermatologis dari Omaha menerangkan.

Progesterone, faktor pembesaran seperti insulin (IGF-1) serta kompoun di dalam badan manusia  yang menukarkan dehydrotestosterone (DHT)  akan masuk ke dalam susu, dan itu akan memburukkan jerawat anda.

Malangnya, anda juga tak boleh beli susu organik daripada lembu yang tidak mendapat rawatan hormone pembesaran Bovine (BGH).

“Hormonnya sama juga, ianya teruk,” dia tekankan. Kalau tenusu menyebabkan anda mendapat jerawat, “anda kena elakkan susu.” Schlessinger menasihatkan pesakitnya untuk tukar menggunakan susu almond, dan kurangkan keju dan produk tenusu lain.

Susu yang diperbuat daripada almond. Biasanya digunakan sebagai pengganti susu tenusu.
Susu yang diperbuat daripada almond. Biasanya digunakan sebagai pengganti susu tenusu.

Jadi kalau anda menghadapi masalah dengan jerawat, cuba kurangkan produk-produk dari tenusu dan cuba tengok dalam masa sebulan sama ada ia berkesan ataupun tidak untuk anda.

— * — * —

Ha tu dia tip-tip menghilangkan jerawat. Anda cuba dahulu tip yang diberi: jangan ambil tenusu dalam masa sebulan dan tengok apa kesannya kepada anda.

Kalau itu tak berkesan, cuba jangan makan makanan lain seperti yang diceritakan di atas.

Semoga kulit bersih! 😀

Leave A Reply

Your email address will not be published.