Secawan Koko Kehidupan

Harga Minyak Terkini 2016

0

Nak tahu Harga minyak yang terkini? Dalam blog post ni saya tunjukkan macam mana.

1 Disember 2014 ialah tarikh penamatan subsidi.

Tapi perasan tak harga macam tak jauh bila tidak ada subsidi? Sebab masa tu harga minyak jatuh teruk.

Bila harga minyak jatuh, pendapatan Petronas pun jatuh.

Kemudian terpaksalah mereka membuang orang.

Dan kerajaan pun kehilangan punca pendapatan.

Kerajaan pun kena cari cara nak kurangkan kos.

Itulah sebabnya kenapa subsidi dah tak ada.

Jadi sekarang ini, harga minyak di stesen minyak semuanya mengikut harga semasa. Lebih tepat lagi, minyak di Malaysia mengikut harga purata 15 hari terakhir dalam bulan tersebut.

Bawah tunjukkan jadual harga untuk tahun ni.

BulanRON95RON97Diesel
JanuariRM1.85RM2.25RM1.60
FebruariRM1.75RM2.05RM1.35
MacRM1.60RM1.95RM1.35
AprilRM1.70RM2.05RM1.55
MeiRM1.70RM2.05RM1.55
JunRM1.70RM2.05RM1.55
JulaiRM1.75RM2.10RM1.60
OgosRM1.75RM2.10RM1.70
SeptemberRM1.70RM2.05RM1.70
OktoberRM1.80RM2.15RM1.75
NovemberRM1.95RM2.30RM1.90
DisemberAkan diumumkanAkan diumumkanAkan diumumkan

Di atas ialah senarai harga minyak mengikut bulan dan yang terbaru ialah Oktober.

Nak tahu harga minyak November 2016?

Ada caranya.

Tapi kena tunggu.

Tunggu 31 Oktober. Malam tu.

KEMAS KINI: HARGA MINYAK UNTUK NOVEMBER TELAH DIKEMASKINI.

Ataupun cara lain ialah anda kira dengan harga harga minyak Brent Crude Oil. Kira 15 hari terakhir, rasanya anda boleh dapat harga minyak tu.

Itu cara lain untuk harga minyak.

Brent Crude Oil tu apa? Itu ialah klasifikasi perdagangan untuk sweet light crude oil yang menjadi rujukan harga untuk pembelian minyak di seluruh dunia. Gred tu pula dikatakan sebagai ringan kerana densiti secara bandingannya rendah dan “manis” kerana kandungan sulfur yang rendah. Nak lagi penerangannya boleh pergi ke Wikipedia

Jadi itulah dia mengenai harga minyak.

Ada apa-apa soalan kalau nak tanya mengenai harga minyak terkini boleh tanya dekat bawah ni ya!

Photo by hammershaug

Leave A Reply

Your email address will not be published.