Harga Minyak RON95 Akan Naik

Nampaknya ada ura-ura mengatakan subsidi minyak akan dikurangkan lagi dan akan meningkatkan harga minyak untuk kali kedua pada tahun ini.

Subsidi ialah satu bentuk intervensi pasaran dan bebanan oleh pemberi subsidi akan meningkat sehinggalah pemberi itu tidak mampu menanggung semua subsidi itu. Apabila subsidi kurang akan menyebabkan ramai pihak terutama sekali yang berpendapatan rendah kerana setiap sen adalah amat penting untuk hidup mereka.

Akibat subsidi yang agak tinggi di Malaysia juga telah menyebabkan berpuluh ribu liter minyak diseludup keluar oleh Thailand setiap hari. Dan jika puluhan ribu liter minyak RON95 diseludup setiap hari, berapa banyak kerugian yang dialami oleh kita semua?

Banyak.

Dan dalam apa bentuk intervensi pasaran, ini adalah hakikatnya: Subsidi AKAN HILANG SUATU HARI NANTI.

Tidak kira cepat ataupun lambat. Tindakan ini tidak popular dan ramai orang akan membenci kerajaan yang menurunkan subsidi.

Perkara yang perlu dilakukan oleh mereka yang dihimpit dengan masalah kewangan ialah: CARI JALAN UNTUK TERUS HIDUP.

Kita adalah manusia dengan akal. Kita cuba.

Ada dua cara yang boleh dilakukan apabila harga minyak naik.

1. Naikkan pendapatan anda

Anda boleh berniaga. Anda boleh melabur. Anda boleh simpan wang anda di dalam fixed deposit ataupun di dalam unit amanah yang anda percayai. Berniaga pun ada banyak cara sekarang dan dari rumah pun anda boleh buat duit. Cara simpan ada banyak, cara melabur ada banyak, cara meniaga pun ada banyak. Peluang ada di luar sana. Rebut peluang yang anda yakin boleh dapat. Berjaya itu bukan mudah tetapi madu kemenangan itu amat manis untuk dilepaskan.

2. Kurangkan perbelanjaan anda

Jika anda masih bujang, cuba pakat-pakat dengan rakan anda untuk mencari tempat pekerjaan yang lebih dekat dengan rumah anda ataupun rumah yang berdekatan dengan tempat kerja anda. Anda boleh membuat car pooling. Anda boleh cuba untuk mengurangkan belanja makan tengahari. Anda boleh cuba belajar masak untuk kurangkan belanja makan luar. Anda boleh bawa bekal. Anda boleh kurangkan jumlah anda makan. Cuba fikirkan cara bagaimana anda boleh mengurangkan bil elektrik anda.

Teruskan hidup. Belajar untuk menguruskan kewangan anda dengan lebih baik. Terdapat banyak panduan percuma dan berbayar ada di luar sana yang anda boleh gunakan untuk meningkatkan ilmu kewangan anda.

Jadikan diri anda lebih baik bermula hari ini.



Diterbitkan oleh

Abdul Rahman

Seorang penulis, pembaca dan suka membuat sesuatu.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *