Secawan Koko Kehidupan

Hantu Wujud Tak?

0

Kalau saya tanya, hantu mana yang paling kuat. Apa jawapan anda?

Orang Melayu ada hantu. Orang Cina ada hantu. Orang Jepun ada hantu.

Macam semua orang ada hantu.

Jadi dalam semua-semua hantu, mana yang paling hantu sekali?

1. Tempat Yang Menakutkan

Kata orang.

Apabila orang kata tempat tu menakutkan, orang takkan pergi tempat tu. Cakap je dekat orang ada hantu dekat rumah Ali. Confirm tak ramai orang berani pergi rumah Ali. Dekat kawasan rumah saya dulu ada rumah yang lusuh. Ada orang cakap tu rumah hantu. Beberapa tahun kemudian ada orang pergi tengok dan akhirnya dia beli rumah itu.

Orang tu india.

Elok je dia duduk rumah tu. Cantik dah rumah tu sekarang.

2. Simpan Rahsia

Kalau nak simpan rahsia cakaplah tempat tu ada hantu. Orang akan berkira untuk pergi.

“Weh Man, ada hantu lah kawasan tu.”

Nanti mesti ada yang kecut dan tak pergi. Selalunya 100% orang tak pergi sebab takut hantu.

Jadi kalau ada rahsia dekat tempat tu… semuanya tersimpan rapi sebab kena takutkan.

3. Saya Tak Jawab Pun Persoalan Kan?

Mesti geram je anda saya pusing-pusing.

Tapi seriously, kenapa nak kisah sangat dengan benda yang kita tak tahu pun wujud ke tak.

“Aku pernah nampak Man… Betull…”

OK lah pernah nampak.

Tapi betul ke itu bukan mainan otak?

Anda nak sangat jumpa sampaikan ada habuk lalu dekat mata yang besar sikit anda katakan hantu. Anda takut dan terus lari. Anda tak tengok pun betul-betul sama ada apa yang anda nampak tu betul ataupun tidak.

Alang-alang tu bagi je lah penumbuk kat hantu tu.

Asyik kita je lari. Kenapa tak bantai je hantu-hantu jembalang tu?

Tak penat ke asyik kita je takut dengan benda alah tu?

Mungkin ini masanya kita ambil hak kita sebagai khalifah muka bumi ini.

Kita kena berani. Berani melawan anasir-anasir halus yang hanya membuatkan ramai orang terkencing dalam seluar.

Hapuskan hantu. Hapuskan terkencing dalam seluar.

Eh?

Mesti ada yang betul-betul takut sampai terkincin punya…

Wujud ke tidak sebenarnya benda alah tu?

Apa yang penting bagi saya ialah kita kena hidup sehidup-hidupnya. Janganlah biarkan benda yang kita tak nampak itu menakutkan kita. Kadang-kadang kita perlu berjalan dalam gelap seorang diri. Ya, kita akan takut. Tapi kita kena mara ke hadapan supaya kita boleh sampai ke destinasi kita.

Nota: saya sebenarnya bukan bercakap mengenai makhluk halus tetapi hantu semata-mata. Makhluk halus nanti kita cerita dalam post lain. Tapi daripada cerita pasal tu, saya lagi suka nak cerita pasal inovasi lah. Baru nampak cahaya 😀

Leave A Reply

Your email address will not be published.