Gempa Bumi & Tsunami di Sumatera?

Pada hari ini, 11 april 2012, tsunami telah melanda Indonesia. Tsunami yang berlaku berdekatan dengan Sumatera dan berhampiran dengan bandar Aceh. Kekuatan tsunami ini dianggarkan pada tahap 8.6 pada skala richter dan menurut U.S Geological Survey, ia berlaku pada kedalaman 23 kilometer. Sky News melaporkan proses pemindahan di Sumatra sedang giat dilakukan.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik telah mengeluarkan maaran tsunami di laut India dan Metereologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia juga telah mengeluarkan amaran tsunami.

Kawasan yang paling berisiko untuk kena tsunami ialah bahagian pantai Aceh, terutama sekali pulau Simeulue, dan Prih Harjadi.

Ombak tsunami dijangka tiba di Georgetown pada 9:11 petang dan Port Dickson pada 2:10 pagi.

Jabatan Meteorologi pula mengatakan bahawa Kelantan, Pahang, Melaka, Pulau Pinang, Kedah, Perak, Kuala Lumpur dan Selangor berisiko untuk terkena penangan tsunami. Jadi anda dinasihatkan untuk tidak ke pantai pada hari ini.

Tsunami ini berlaku pada 4:38 PM tadi.

gempa bumi tsunami sumatera

The Thai office of disaster management said people along the coasts of Phuket, Phang Na and Andaman province should heed warnings and evacuate.

Pejabat Thailand untuk pengurusan bencana menyatakan mereka yang berada di Phuket dan Phang Na sepatutnya mengikut amaran dan meninggalkan tempat-tempat rendah.

Siren amaran tsunami yang diletak di tempat-tempat berpotensi untuk tsunami selepas mala petaka 2004 didengari di Phuket di mana koresponden BBC menyatakan orang perlu mengikut dengan tenang ke tempat pemindahan yang ditentukan. Di Jakarta juga gegaran dirasai sehingga 5 minit. Menurut Pusat Amaran Tsunami Australia bersepadu pula, ia kemungkinan besar tidak memberi ancaman tsunami kepada kepulauan dan kawasan Australia.

Kawasan berhampiran lautan India sering terkena gempa bumi. Tsunami Laut India pada 2004 telah membunuh lebih daripada 170 ribu orang di Aceh. Menurut US Geological Survey (USGS) yang telah mendokumenkan semua gempa di dunia, menyatakan bahawa gempa Aceh berlaku 33km (atau 20 batu) di bawah laut atau 495km dari Banda Aceh, iaitu ibu kota untuk wilayah tersebut.

Sekarang saya terfikir… pelbagai bencana berlaku pada 2012. Jadi persoalannya… adakah malapetaka pada tahun 2012 akan berlaku?

Tapi apa pun, kami berharap semua akan selamat, insyaAllah.

Diterbitkan oleh

Abdul Rahman

Seorang penulis, pembaca, programmer dan macam-macam lagi.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *