GDMCash Penipu?

Ini baru je dapat dari emel:

salam sejahtera saya encik E____ dan telah terkena tipu dengan skim pelaburan ala crypto yang terbaru…

Di mana janji pulangan tidak menepati masa dan pelan sering berubah…

Saya ingin bagitahu orang ramai bahawa peaburan ini tidak mendapat apa2 kelulusan dari BANK NEGARA MALAYSIA… Sila ambil perhatian sebab saya baru kena tipu sebanyak rm300 dan yang lain saya tidak tahu..
website mereka adalah: https://gdmcash.com/

mohon alert pada yang lain juga…

Ada sesiapa yang mengalami masalah yang sama dengan GDM Cash ini?

Diterbitkan oleh

Abdul Rahman

Seorang penulis, pembaca, programmer dan macam-macam lagi.

4 padangan di “GDMCash Penipu?”

  1. Salam tuan.

    Posting tuan mengenai gdmcash.com adalah berat dan aniaya serta fitnah.Saya Hisham adalah antara Agent dan Networker dalam Group Utama / Group Admin / Group Agent bersama yang lain.

    Tiada sebarang penipuan seperti posting Tuan.Admin hanya menambah baik sistem Roi kepada 2 bahagian bonus pasif dan bonus aktif.

    Pelan pemasaran langsung tiada perubahan pembayaran bonus pasif pun telah berjalan seperti biasa.

    1. Saya menerima mengenai hal ini daripada emel, nanti saya panjangkan kepada orang yang menghantar emel tu dan suruh dia reply di dalam bahagian komen.

  2. Ya, berikan saya no telefon encik hisham tu juga pada saya. Saya lihat banyak juga rungutan saya terima dari pelaburan ini. Jika betul tiada masalah, tak perlu nak mendiamkan diri. Kami tak makan orang. Cuma kenapa akhir2 ni website masih dalam penyelenggaraan ya? Harap2 beliau baca post saya ni dengan sepositif nya. 🙂

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *