Secawan Koko Kehidupan

Dah Gagal Banyak Kali

3

Ada yang kalau gagal, terus tak nak cuba. Macam kegagalan itu penghujungnya.

Sedangkan, itu bukanlah penamatnya.

Ada je lagi benda yang kita boleh buat walaupun bila kita dah gagal.

Ingat hidup ni semudah tu je ke?

Kegagalan tu adalah satu perkara yang biasa.

Bila kita nampak seseorang tu berjaya, kita hanya nampak permukaan sahaja. Sebenarnya banyak lagi kegagalan di belakangnya.

Microsoft bukannya syarikat pertama Bill Gates.

Apple tendang keluar Steve Jobs sebelum masuk balik.

Ingat senang ke?

Susah nak berjaya ni.

Ramai orang selalu cerita kedai kopi je.

Tak mencuba pun.

Tapi kalau anda sedang mencuba, anda dah beberapa langkah ke hadapan berbanding dengan orang yang tak cuba apa-apa dalam hidup dia.

You are ahead.

Bukan di belakang, tapi di hadapan.

Ramai yang hidup dalam keadaan autopilot.

Jadi mereka sebenarnya membiarkan keadaan berlaku kepada mereka, dan bukannya mereka membuat sesuatu dalam hidup.

Autopilot itu OK, terutama sekali kalau anda di lorong yang betul. Tapi kalau anda di lorong yang salah, tu yang susah. Anda biar sahaja hidup anda bawa ke mana sahaja dan akhirnya tahu-tahu sahaja, anda berada di dalam keadaan yang anda sendiri tak nak.

Perasan tak kadang-kadang, anda bawa kereta ke tempat kerja, tapi kadang-kadang anda leka bawa kereta tu dan anda tak perasan sangat pun apa-apa yang berlaku keliling.

Tapi tengok-tengok anda sampai dah ke tempat kerja anda.

Bila Anda Gagal Banyak Kali, Dan Anda Tidak Putus Asa…

Dah gagal banyak kali tapi tak putus asa?

Bagus! Anda tak mudah berputus asa.

Tapi ingat kata Einstein: buat benda yang sama berkali-kali mengharapkan hasil yang berlainan ialah satu kegilaan!

Anda kena belajar. Belajar macam mana nak ubah strategi dan taktik.

Perhatikan metrik-metrik penting seperti berapa peratus anda dengan objektif anda, berapa lama anda ambil untuk sampai ke tahap tu dan apa yang anda belum cuba lagi untuk capai objektif tu.

Kita ambil contoh jumlah jualan lah.

Berapa laju anda nak dapat jualan sebanyak RM10,000 sebulan?

4-5 tahun?

Apa yang anda boleh lakukan untuk percepatkan lagi proses tu?

Dah cuba iklankan di Facebook, di Google dan di mana-mana tempat lain?

Ada tak ciri-ciri yang belum anda terokai dalam Google AdWords?

Semua tu anda kena ambil kira.

Apa pun, cuba dahulu. Dah gagal banyak kali tu adalah normal. Apa barang kalau menyerah sahaja. Ubah cara anda. Ubah hidup anda!

3 Comments
  1. Norman Nanuwil says

    Salam sejahtera sy nak minta pandangan ttg pelaburan emas999 dinardirham yg baru lg d buka d kwsn smnjung dan sabah sarawak baru2 ini…..adakah pelaburan ini diiktiraf oleh bank negara ataupun tidak…..sbb ada member da bagi testimoni berkenaan dgn pelaburan emas999 dinardirham….

    1. Abdul Rahman says

      Wassalam,

      saya tak pernah dengar lagi skim ni, tapi biasanya kalau skimnya mempunyai pulangan yang sangat tinggi berbanding pelaburan konvensional, biasanya skim tersebut sememangnya tidak diiktiraf oleh BNM.

    2. Abdul Rahman says

      Perhitungan saya mudah sahaja: kalau pulangannya melampau, kemungkinan skim itu bermasalah adalah sangat tinggi.

Leave A Reply

Your email address will not be published.