Secawan Koko Kehidupan

Contoh Soalan Temuduga SPA

0

Terdapat beberapa soalan yang pada hemat saya adalah soalan lazim di dalam temuduga bersama SPA.

Di dalam ini, saya kongsikan beberapa contoh soalan temuduga SPA tersebut.

Bila ada orang bertanyakan soalan sebegini kepada anda, maknanya anda sudah bersedia untuk menjawab soalan-soalan temuduga itu.

Kalau nak dapatkan update dalam emel mengenai tips-tip berjaya dalam temuduga, boleh masukkan nama dan emel anda dengan klik butang bawah ini:

[maxbutton id=”8″]

 

Contoh Soalan Temuduga SPA

Antara contoh soalan temuduga SPA yang bakal ditanya kepada anda adalah berkisarkan lima perkara di bawah:

1. Latar belakang calon.
2. Jawatan yang dipohon serta soalan berkaitan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).
3. Dasar-dasar kerajaan (pastikan anda tahu dasar terkini).
4. Pendirian kerajaan dalam isu luar negara.
5. Isu semasa dalam negara.

Penemuduga akan bertanya soalan seperti:

1. Dengan ringkas, kenalkan diri anda
2. Apa beza anda dengan calon lain? Apa kelebihan yang anda ada?
3. Apa yang anda lakukan untuk projek akhir semester anda? Cuba cerita kepada kami
4. Apakah kelemahan yang patut kami tahu? Ada tak tindakan yang dilakukan saudara/saudari untuk selesaikan masalah itu?

Contoh soalan temuduga SPA berkaitan jawatan yang anda pohon.

Tahu tak sejauh mana tugas yang akan dipikul cik/encik?

Tahu tak peranan jabatan / kementerian ini?

Sebagai seorang ________, selain daripada kepakaran ________, apa lagi kemahiran lain yang perlu ada pada diri cik/encik untuk membina sebuah kerjaya yang cemerlang dan membolehkan anda menjadi seorang ______ yang berdaya saing? Apa inisiatif yang cik/encik ingin lakukan?

Apa sumbangan yang boleh cik/encik berikan jika berjaya mendapatkan jawatan yang dipohon?

Contoh soalan temuduga SPA yang berkaitan dengan dasar kerajaan.

Kerajaan memperkenalkan konsep GTP (Government Transformation Program) untuk menaik taraf prestasi setiap kementerian. Boleh cik/encik ulas sedikit tentang ini?

Selain daripada GTP, apa lagi langkah langkah atau mekanisme yang membolehkan kerajaan meningkatkan lagi prestasi penjawat awam?

Mengikut kefahaman cik/encik, apakah itu 1Malaysia? Apa pendapat anda dengan konsep dibawa Perdana Menteri Malaysia?

Apa yang anda faham dengan intipati bajet 2014 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia?

Boleh senaraikan beberapa dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia?

Tahu tak apakah tema bajet 2014? Boleh sebutkan?

Contoh soalan temuduga SPA berkaitan isu semasa dalam dan luar negara

Contoh Soalan Isu Semasa Dalam Negara

Apakah pandangan cik/encik tentang ‘Akta Hasutan’?

Pencerobohan di Sabah dah berlaku. Apa komen cik/encik mengenai penecerobohan itu?

Apa pendapat cik/encik mengenai Isu perkauman yang hangat dibangkitkan terutama sekali di media sosial?

Apakah pendapat cik/encik mengenai isu kebocoran soalan UPSR yang diperkatakan?

Contoh Soalan Isu Semasa Luar Negara

Genjatan senjata Palestin-Israel telah diadakan.  Boleh berkongsikan pendapat mengenai isu ini?

IS seperti sedang mara. Apakah pendapat cik mengenai IS ini?

Apakah tindakan yang sepatutnya dilakukan oleh negara-negara Arab untuk memastikan keamanan datang kembali ke negara-negara yang bergolak itu?

Adakah cik/encik bersetuju dengan campur tangan asing dalam kedaulatan sesebuah negara?

Kegawatan ekonomi yang melanda negara seperti Venezuela dan Brazil. Apakah pendapat cik/encik mengenainya?

Itu adalah sebahagian daripada persoalan-persoalan yang mungkin timbul.

Leave A Reply

Your email address will not be published.