Contoh Soalan Seksyen A Penguasa Kastam W41

Dah tengok contoh soalan peperiksaan penguasa kastam yang saya kongsikan sebelum ni?

Hari ini saya ingin kongsikan lebih banyak contoh soalan yang boleh anda tengok untuk mmbantu anda menjawab soalan-soalan yang akan keluar dalam peperiksaan nanti.

Soalan-soalan saya akan bahagikan mengikut seksyen ya? Di dalam post ini saya ingin berkongsi contoh soalan seksyan A penguasa kastam W41 yang berkaitan dengan pengetahuan am. Saya juga sudah memuat naik soalan matematik peperiksaan ini yang boleh anda tengok.

Contoh Soalan Seksyen A Penguasa Kastam Pengetahuan Am

Saya ingatkan kembali kepada anda mengenai seksyen A ini: akan ada soalan yang spesifik menjurus ke arah pekerjaan yang anda minta iaitu soalan-soalan berkaitan pekerjaan anda.

Apa kastam buat?

Apa bidang kuasa kastam?

Semua soalan-soalan ini dibuat untuk melihat sejauh mana sebenarnya yang anda tahu mengenai bidang tugas anda. Perkataan yang ditebalkan ialah jawapannya.

1. Apakah nama akademi yang bertanggungjawab untuk melatih Kastam Diraja Malaysia mengenai ilmu dan tugas perkastaman? Organisasi Kastam Dunia (WCO) memperakuinya sebagai cabang latihan di rantau ini?

A. ForceMY

B. Jabatan Akauntan Negara

C. Unit Latihan Kastam Diraja Malaysia

D. AKMAL

2. Apakah yang mendorong penubuhan Pustaka Perkhidmatan Awam (1995)?

A. Didorong oleh perkembangan pesat sektor perkhidmatan awam di negara ini yang berperanan besar dalam menggerakkan pembangunan negara ke arah kejayaan yang gemilang

B. Perkembangan pesat sektor ini telah melahirkan kesedaran tentang perlunya ditubuhkan satu pustaka bagi mengumpul dan mendapatkan segala bentuk maklumat terdiri daripada bahan dokumen, objek dan terbitan yang bersangkutan dengan  perkhidmatan awam untuk makluman, rujukan dan kajian

C. Segala memorabilia yang bersangkutan dengan perkhidmatan awam boleh dipaparkan di dalam pustaka ini. Ini adalah sebagai satu daya usaha murni ke arah menerapkan rasa keinsafan dan penghargaan di kalangan rakyat atas jasa dan sumbangan besar sektor perkhidmatan awam terhadap negara.

D. Ada 4 bahagian iaitu Pentadbiran Awal Kerajaan, Pentadbiran British Malaya, Pentadbiran Selepas Merdeka dan Pembaharuan Dalam Perkhidmatan Awam

3. Apakah itu rekod?

I. Bahan dalam bentuk bertulis atau bentuk lain yang menyatakan fakta atau peristiwa atau selainnya merakamkan maklumat.
II. Termasuklah kertas, dokumen, daftar, bahan bercetak, buku dan peta.
III. Pelan, lukisan, gambar foto, mikro filem, filem sinematograf dan rakaman bunyi.
IV. Rekod yang dihasilkan secara elektronik tanpa mengira bentuk atau ciri-ciri fizikal atau apa-apa salinannya.

A. I dan II

B. I, II dan III

C. II, III dan IV

D. I, II, III dan IV

4. Apakah pernyataan berikut yang benar berkaitan dengan Kabinet?

I. Kabinet diberi kuasa menjalankan tugas eksekutif negara
II. Salah satu fungsi Kabinet ialah untuk menggubal dasar-dasar negara
III. Setiap menteri dan timbalan menteri perlu menghadiri mesyuarat Kabinet seminggu sekali
IV. Setiausaha Tetap Kabinet juga memegang jawatan Ketua Setiausaha Negara

A. I, II sahaja

B. III, IV sahaja

C. I, II, IV sahaja

D. I, II, III, IV

Itu dia empat contoh soalan seksyen A penguasa kastam W41.

Kalau anda ada apa-apa soalan yang ingin ditanyakan anda boleh tanya di bahagian komen ya?  🙂

Nak Panduan Lengkap Exam Penguasa Kastam W41?

Anda boleh dapatkan lebih banyak soalan dan contoh-contoh soalan tambahan dengan melanggan emel kami. Hanya klik butang di bawah dan ikut arahan yang diberi.

 

Klik Sini Untuk Dapatkan Lagi BANYAK Tips

 

kata-semangat-penguasa-kastam-w41

Diterbitkan oleh

Abdul Rahman

Seorang penulis, pembaca, programmer dan macam-macam lagi.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *