Contoh Soalan Matematik Penguasa Kastam W41

Kita jadi apa yang kita fikirkan.Earl Nightingale

Sebelum ini saya cerita tentang seksyen A Pengetahuan Am dengan contoh-contoh soalan, hari ini kita tengok pula bahagian berikutnya iaitu soalan matematik penguasa kastam W41.

Soalan berbentuk matematik ini akan ditanyakan di dalam seksyen B, iaitu seksyen yang akan menanyakan cara untuk menyelesaikan masalah. Macam yang saya huraikan di dalam blog post sebelum ini,

Soalan matematik memerlukan anda untuk berfikir dan ingat kembali rumus formula yang anda guna semasa SPM dahulu. Walaupun sekarang ialah peperiksaan online, anda perlu berhati-hati untuk tidak gopoh gapah dalam menjawab peperiksaan ini.

Berapa banyak yang anda boleh jawab di bawah?

Jom kita mulakan!

1. Gaji bulanan Mamat ialah RM 1600. Setelah ditambah dengan RM 200, apakah peratus kenaikan gajinya?

A. 21.3%
B. 23%
C. 14%
D. 12.5%

Jawapann untuk soalan di atas ialah D.

2. 20% sesuatu nombor ialah 8 1/2 . Apakah nombor itu?

A. 42.5
B. 10.625
C. 50.25
D. 56.75

Dah kira? Jawapannya ialah A.

3. Sabu telah melabur sebanyak RM 11,000 dalam Syarikat Fina. Jika syarikat itu membayar 6% dividen pada pertengahan tahun dan 9% pada hujung tahun, jumlah dividen yang diterima oleh Sabu dalam tahun itu ialah

A. 1450
B. 1650
C. 1750
D. 1250

Jawapan untuk soalan dividen Sabu ialah B.

4. 80% daripada panjang sebuah jambatan telah siap dibina. Jika bahagian yang telah siap dibina ialah 16 km, panjang keseluruhan jambatan itu, dalam km ialah

A. 12.8
B. 28.8
C. 20.0
D. 28.0

Bahagian jambatan yang dah siap itu ialah 20. Dan untuk soalan di atas ialah C.

5. contoh-soalan-matematk-penguasa-kastam-w41

Jaawapannya ialah C.

Macam mana? dapat jawab semua soalan di atas? Sesetengah soalan sukar dijawab kan?

Takpe. Jangan bimbang. Kalau risau sangat pun susah juga. Perkara pertama yang anda boleh buat kalau ada masa ialah kukuhkan penguasaan matematik anda dahulu. Ada beberapa laman web yang menarik yang anda boleh lihat seperti Khan Academy di mana anda boleh belajar pelbagai topik termasuk asas-asas matematik kembali.

Saya kalau lupa apa-apa saya akan tengok di situ ataupun apa-apa laman web yang menawarkan topik-topik untuk saya belajar 😀

Kalau ada nak nota lengkap dan contoh-contoh soalan untuk penguasa kastam W41, anda boleh dapatkannya dengan klik butang di bawah:

Klik Untuk Tips Penguasa Kastam

 

Saya bukannya hasil keadaan saya. Saya ialah hasil keputusan saya.Stephen Covey

Diterbitkan oleh

Abdul Rahman

Seorang penulis, pembaca, programmer dan macam-macam lagi.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *