Cara Cipta Carta Bajet Untuk Potong Belanja & Jimat Duit

Menggunakan program komputer untuk mengukur prestasi bajet anda sesuatu yang menagihkan. Anda akan rasa gembira dan puas hati bila anda dapat tambah jumlah baru di bahagian “pendapatan” di dalam bajet itu. Dan paling seronok ialah bila anda tengok pendapatan dan penjimatan anda bertambah bila anda mengurangkan perbelanjaan.

Tapi macam mana kalau anda perlu bayar bil akan datang dan anda betul-betul pokai?

Takpe, jangan panik. Carta bajet ini boleh bantu anda untuk memotong perbelanjaan tanpa anda hilang rumah.

Tambahan, mengukur prestasi perbelanjaan membantu mengelakkan penggunaan duit secara tidak berhemah, jadi lebih banyak duit boleh disimpan.

Mengukur Prestasi Pendapatan dan Perbelanjaan

Tutorial ini boleh digunakan untuk apa-apa versi Excel.

  1. Buka spreadsheet baharu
  2. Di dalam “row” pertama, letakkan faktor yang anda nak track (dapat, simpan, tersimpan)
  3. Di bawah label, pilih kawasan formula, dan tulis “=sum(A2:A30)”

Inilah formula termudah yang boleh digunakan di dalam Excel. Ia menambah jumlah yang dia nampak dalam lajur A daripada baris ke 2 sehingga baris ke 30.

Mengukur Prestasi Peratusan Penyimpanan dan Perbelanjaan

Formula di atas akan menambah nilai dalam jarak barisan itu. Tapi kalau anda nak betul-betul tentukan perbezaan peratusan antara dua label? Sebagai contoh, anda nak keep track peratus anda simpan setiap bulan.

Ikut proses ni:

  1. Tulis formula ini di kawasan formula di dalam spreadsheet: “=sum(A2/B3)”, saya anggap “Jumlah Pendapatan” anda ada di A2 dan “Jumlah Perbelanjaan” anda di B3.
  2. Right click di label peratusan.
  3. Formatkan cell sebagai peratus (boleh didapati dalam senarai formatting)

Tahniah! Anda baru sahaja membuat carta bajet yang sangat mudah digunakan!

Manfaat Menggunakan Carta Bajet

Bila anda mula menggunakan carta bajet, anda akan perasan yang setiap kali duit ditambah di seksyen “dapatan”, spreadsheet akan dikemaskini, dan anda dapat melihat berapa banyak pendapatan dan perbelanjaan anda.

Jadikan penggunaan carta bajet ini sebagai tabiat dan anda boleh menguruskan kewangan dengan lebih mudah.

Carta ini boleh menjadi motivasi kepada anda untuk menyimpan duit kerana tidak ada sesiapa yang suka diingatkan mereka membazir duit dengan banyak. Ia akan menjadi satu permainan mental untuk melihat berapa peratus duit anda dah simpan. Bila anda perlu membelanjakan duit, peratus itu akan menurun dan itu akan membuatkan anda ingin menaikkannya kembali.

Menggunakan carta ini akan membentuk mentaliti di mana anda perlu menyimpan duit, yang merupakan salah satu keputusan paling bermanfaat yang boleh anda buat. Jadi cipta carta bajet dan tengok berapa banyak yang anda boleh simpan!

Diterbitkan oleh

Abdul Rahman

Seorang penulis, pembaca, programmer dan macam-macam lagi.

1 padangan di “Cara Cipta Carta Bajet Untuk Potong Belanja & Jimat Duit”

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *