Secawan Koko Kehidupan

Apa Nak Buat Kalau Cinta Tidak Direstui

0

Semua orang mahukan cinta.

Tapi tak semua yang dapat apa yang dia mahukan.

Itulah kisah cinta. Ada yang dapat, dan ada yang melepas.

Ada yang mahukan satu cinta dan menghabiskan 1/4 hidupnya untuk mencarinya tetapi tidak terjumpa-jumpa lagi.

Ah, apa susahnya cinta ni?

Senang untuk yang tidak berkira.

Susah untuk yang sentiasa berkira-kira.

Macam-macam sebab diberikan kenapa cinta tak direstui.

Nak kata jahat, dah cukup baik.

Nak kata miskin, dah ada kerja.

Nak kata tak pandai jaga diri, dah duduk dekat tempat orang untuk satu tempoh yang lama.

Restu ataupun tidak selalunya bergantung kepada pilihan ibu bapa itu sendiri. Mungkin:

  1. Mereka dah ada calon mereka
  2. Mereka rasa yang anda (si anak) patut dapat orang yang lebih baik
  3. Mereka rasa belum masa lagi untuk anda dengan pasangan tersebut

Itu yang susahnya bila cinta tidak direstui.

Tak tahu sebenarnya apa yang mak abah fikirkan. Si anak pula pening kepala fikir apa yang boleh dibuat untuk mendapat restu mereka.

Bak kata orang dulu-dulu: syurga di bawah tapak kaki ibu. Kalau ibu tak setuju, susahlah nak bahagia walaupun ada rumah cantik seperti syurga dunia (hanya untuk 0.000001% orang di luar sana yang mampu beli rumah ratusan juta ringgit).

Apa yang anda boleh buat?

1. Cuba tahu dahulu kenapa ibu bapa tidak merestui hubungan anda dengan si dia

Itu adalah langkah pertama.

Jangan paksa mereka dedahkannya tapi korek penyebab itu secara perlahan-perlahan.

Jawapan yang terkeluar daripada mulut mereka sendiri (secara sengaja ataupun tidak biasanya ialah jawapan yang betul.

Dan ini membawa kita kepada poin yang kedua:

2. Apa pun sebab yang diberi, jangan melenting

Mungkin sebabnya adalah sesuatu yang sangat bodoh bagi anda.

Ataupun tidak menjadi isu pun.

Tapi mungkin bagi mereka, itu sesuatu perkara yang berat.

Sesuatu yang penting untuk mereka.

Jangan memperkecilkan kemahuan mereka. Kehendak mereka yang mereka mahukan daripada bakal menantu mereka

Jangan melenting bila tahu sebab mereka tidak merestui perhubungan anda.

Kita boleh lakukan ini…

3. Secara perlahan-perlahan lembutkan hati mereka

Ini senang cakap daripada buat. Sebagai contoh, si dia tu tak pandai masak dan mak anda nak menantu pandai masak.

Bolehlah secara perlahan-perlahan cakap apa si dia itu tengah buat. Mungkin dia dah mula memasak. Masakan yang mudah, sure. Tapi, yang penting dia ada satu kemajuan. Beritahu bit-bit berita tentang kemajuan si dia itu kepada ibu.

Mungkin ibu anda akan menyindir.

Mungkin ibu anda akan, “heh”.

Dan macam-macam lagi.

Tapi yang penting ialah ini: anda jangan melawan kembali.

Kenapa?

4. Kita tak mahu menang sorak, kampung tergadai.

Maksud saya ialah: buat apa anda pertahankan si dia? Anda nak dapatkan dia sebagai seorang isteri/suami dan bukannya nak jadi hero tragis yang berjaya mempertahankan kekasih.

Yang anda nak ialah masjid dibina antara anda dan dia.

Anda bukan nak menaikkan perasaan, “eh, anak aku ni. Belum kahwin dah semangat lawan cakap aku”.

Yang anda nak ialah, “eh, bagus juga si dia ni. Anak aku pun bukan main happy lagi. Kena jumpa tanya ni”.

Itu yang anda nak.

Ingat: apa yang anda buat… walaupun bagi anda sesuatu perkara yang normal, mungkin boleh memberi kesan kepada penerimaan ibu bapa anda terhadap perhubungan anda.

Yang penting ialah anda perlu cara yang betul untuk menarik ibu bapa anda untuk mengatakan YA pada hubungan anda dengan dia.

Leave A Reply

Your email address will not be published.