Cara Nak Jimat Data Internet

Data ialah satu komoditi yang semua orang nak sekarang ni. Lagi banyak data yang syarikat telekomunikasi berikan, lagi ramai orang serbu syarikat itu.

Tapi bila kita banyak pakai telefon… banyaklah data yang dihabiskan.

Macam mana data kita boleh habis? Ini kerana kita banyak menggunakan background data.

Penggunaan background data ini yang biasanya menyebabkan kuota data kita cepat habis.

Selain itu, gambar-gambar yang sepatutnya dipaparkan adalah bersaiz kecil tetapi di dalam telefon anda ianya bersaiz besar dan telah membazirkan kuota yang ada itu.

Dalam post ini, saya ingin menunjukkan kepada anda bagaimana untuk menjimatkan data sambil melajukan internet anda.

1. Padamkan sync untuk aplikasi tidak kritikal

Ini adalah langkah pertama yang paling mudah yang boleh anda lakukan.

Apabila anda memuat turun app, terutama sekali seperti Facebook dan Twitter, app-app ini menggunakan servis di latar belakang untuk memuatkan data ke dalam aplikasi-aplikasi tersebut supaya anda boleh lihat sejurus selepas anda membukanya (tanpa perlu menunggu lama).

Anda kena pastikan aplikasi yang tidak penting untuk anda tidak memakan data di sebalik latar dengan memastikan ianya ditutup. Secara tidak langsung, telefon anda juga semakin laju kerana kurang servis di sebalik latar yang berjalan di dalam telefon anda.

2. Hidupkan fungsi data saver di dalam Google Chrome

Ya, ada fungsi menjimatkan data di dalam Google Chrome. Klik pada hujung kanan atas. Kemudiannya pilih Settings.

Di dalam settings anda boleh melihat fungsi “Data Saver”.

Screenshot_2015-10-13-21-57-05

 

Fungsi data saver ini membolehkan anda untuk menjimatkan data dan memastikan imej-imej yang dipaparkan di telefon anda itu lebih kecil dan sesuai untuk paparan skrin anda.

3. Gunakan Opera Max

Opera Max ini fungsinya untuk melajukan dan juga menjimatkan kuota anda. Pendek cerita, sila download dengan klik link di atas.

jimat-kuota-guna-opera-max

 

Opera Max ini banyak membantu saya dalam mengurangkan penggunaan data. Sekarang saya hanya menggunakan 1GB data sahaja tetapi kuota Internet saya masih lagi tidak habis.

Aplikasi ini sangat mudah digunakan. Anda boleh tengok sama ada anda nak gunakannya untuk data telefon anda sahaja ataupun termasuk juga WiFi. Anda boleh lihat berapa banyak penjimatan yang anda dapat lakukan di dalam aplikasi Opera Max itu sendiri.

(Dan lihat betapa lambatnya kuota anda habis.)

See, senang kan nak jimat kuota?

Ada tak cara lain untuk jimat kuota Internet selain daripada yang tertera di atas?

Diterbitkan oleh

Abdul Rahman

Seorang penulis, pembaca, programmer dan macam-macam lagi.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *