Mungkin Ni Cara Mengorat Perempuan Paling Berkesan

Apa ayat mengorat perempuan yang paling berkesan yang anda tahu?

Terutama sekali yang ada ramai peminat. Mesti peluang untuk anda berjaya tipis.

Bila nak mengorat, apa yang patut anda lakukan?

Sebenarnya apa cara mengorat yang paling berkesan zaman sekarang ni?

Perasaan malu itu perkara biasa. Ramai lelaki malu apabila dia berhadapan dengan perempuan yang dia suka. Saya pun sama. Hati saya berdegup kencang bila saya cuba untuk mengorat orang yang saya suka tu.

Tapi itulah permulaannya. Permulaan untuk satu perhubungan.

Bagaimana caranya?

Bagi bunga?

Tak sesuai terutama kali bila anda baru je pertama kali nak bercakap dengan dia.

Benda paling penting untuk mengorat perempuan ialah…

Apa yang anda kata kepadanya

Salah cakap, anda akan terlepas peluang dapatkannya. Mengorat perempuan kena berani. Berani tu bukan datang bila tak takut, tapi berani tu bila lakukan juga tindakan tu walaupun takut. Seperti cuba tackle perempuan yang anda gemari.

Kata-kata anda itu akan menjadi pandang pertama anda kepada dirinya. First impression.

(Dan ada fakta sains mengenai first impression ni).

Ramai orang terlalu nak nampak hebat di depan si dia sampaikan seperti tidak classy dibuatnya.

Ada caranya.

Macam mana anda kenal dengan kawan anda?

Cuba ingat kembali… macam mana anda berkenalan dengan orang?

Terutama sekali kawan anda sekarang ni.

Apa yang menyebabkan anda mula berborak dengan kawan anda tu?

Kemudian apa yang menyebabkan anda (hampir) setiap hari keluar dengan kawan tu?

Perempuan yang ramai peminat selalunya tak suka approach yang tak kreatif.

Tapi kalau anda tak tahu macam mana nak tarik perhatian dia, jadi kawan dia dulu.

Borak dengan dia.

Cuba korek apa minat dia. Tengok sama ada anda ada minat sama dengan dia atau tak. Salah satu cara untuk tengok hubungan tu tahan lama atau tak mempunyai sekurang-kurangnya satu minat yang sama. Sekurang-kurangnya walaupun anda dan pasangan dua orang yang perangai langsung tak serupa, tapi boleh juga ada topik yang dua-dua boleh masuk.

Jadi, takde lah rasa seperti ada satu perbezaan yang besar dan tak dapat dibendung.

Kalau anda cara kreatif, mungkin anda boleh buat satu sajak (JANGAN CUBA KALAU TAK PANDAI. Praktis dulu baru buat), ataupun satu susunan kata yang boleh bagi dia tergelak. Kalau rasa anda bukan jenis petah berkata, gunakan Facebook anda ataupun SMS.

Masa saya tulis post ni saya teringat satu cerita yang heroinnya berkata… “You had me at hello”. Cuba tengok cerita tu. Jerry Maguire. Good stuff. Romantik. Dan banyak pengajarannya.

Nak Cari Cinta Hingga Ke “Jannah”?

Sekarang ni ada e-book yang boleh tolong anda untuk mencari cinta hingga ke syurga. Mana? Klik di sini untuk butirannya.

Diterbitkan oleh

Abdul Rahman

Seorang penulis, pembaca, programmer dan macam-macam lagi.

24 padangan di “Mungkin Ni Cara Mengorat Perempuan Paling Berkesan”

  1. Sebenarnya jika perempuan sudah memang tidak suka pada seseorang lelaki itu, kreatif bagaimana dia cuba pikat perempuan itu tidak akan dapat juga. Sama seperti apabila lelaki didekati perempuan yang dia tidak minat. Jadi tips ini agak sia-sia.

    1. Kalau perempuan tu memang tak suka apa boleh buat… tapi apa yang lelaki tu boleh buat ialah tak berhenti mencuba. Kena pandai buat ni tanpa nampak mendesak. Rasanya skil paling penting dalam cuba mendapatkan seseorang ialah macam mana nak bagi dia mempunyai satu pengalaman positif.

      Bagi perempuan tu senyum.

      Ketawa.

      Terfikir.

      Itu beberapa perkara yang perlu lelaki tu buat untuk dapatkan wanita idamannya.

      Dan secara peribadi, bagi saya, lelaki yang berjaya mencuri hati wanita selalunya ialah lelaki yang berjaya menunjukkan nilainya kepada wanita tersebut. Dan salah satu cara untuk tunjukkan nilai dirinya ialah dengan menjadi seorang lelaki sejati.

      🙂

  2. Saya sukakan perempuan ni. Tapi saya tak tahu cara nak mengorat, cara permulaan nak bercakap dengan dia. Bila jumpa dia, mesti nervous. Dan saya jujur saya tak pandai berlawak. Perempuan kebanyakkan suka lelaki yang kelakar, suka lelaki yang pandai ambik hati dia, yang pandai pujuk. Betul? Tapi saya tak pandai semua tu. Kadang2 bila jumpa dia, hanya mampu saya bagi senyuman yang manis dan mendalam je. Senyum je saya mampu. Habis nak mengorat tak pandai, senyum jela. Mana tahu dengan cara saya senyum boleh buat dia faham.

  3. Klw nak mngurat msti brni.. klw tak brni cuba beranikan diri .. selalunya perempuan akan.. mnguji lelaki sprti ..dia kan ckp
    `awak ni teruk btl tak’ tp .. cover lh skit ..

  4. Sebenarnya perempuan tak suka bila lelaki mengorat. Ada certain perempuan la. Saya tak suka bila hadapi situasi dingorat ni sebab lebih kepada seperti tidak menghormati saya. Nak cakap pasal jodoh, hahaa. Kalau Allah dah kata berjodoh tu, nanti bertemu juga. Tak payah nak mengorat lagi baik kot. Baik improve diri sebab lelaki ni akan guide isterinya ke syurga Allah. ?? hehek.

    1. Mengorat tu salah satu usaha untuk lelaki dpt jodoh yang disukanya, Kalau suka kt Emma Maembong tapi tak pernah cuba mengoratnya camne nk dpt?

    1. Sebenarnya….gemok atau kurus bukanlah halangan untuk sebuah percintaan…Jikalau seseorang itu kurus tetapi mempunyai keperibadian yang teruk , tidak berguna juga kan?? Jika yang gemok , tetapi mempunyai hati yang baik , keperibadian yang baik, itu adalah lebih bagus daripada yang kurus tadi kan???

  5. Sya sukakan kawan sekerja saya tapi sya tak tahu mcm mana nak katakan kepada nya nama nya shikin sya susah hati kalau dia tidak terima cinta saya

  6. Orang tu suke dkt kite
    Sebab telatah die kite pown tersuka dkt die
    Tapi tau je lah perempuan nie kdg2 suke jual mahal
    Mcm mane tu yea

  7. Assalamualaikum semua.. Saya nie sangat suka pada seorg perempuan yg bernama afiqah… And saya tak tahu macam mane cara untuk memikatnye.. Mohon pendapat

  8. Apa kata cuba cara ini, tegur siapa yang kamu mahu, kemudian cuba lebih slumber, senyum dan ketawa tanpa sebab. Walaupun nampak bodoh itu yg akan membuatkan dia sukar lupakan anda, bila sudah rapat jadi kawan yang boleh mendengar, cipta kenangan yang manis dan enjoy riadah dgnnya dan cuba hilangkan diri anda selepas itu.. Kemudian cuba dengan wanita lain pula.. Buatlah pekara diatas jutaan kali, ingat bila sudah rapat, kemudian jauhkan diri darinya. Tips ni akan buat wanita nangis tanpa sebab dan akan mula confius dengan perasaanya sama ada anda adalah kawan atau lelaki yg disayanginya.. Otaknya tidak mampu berfikir dan akan mencari kesalahan dirinya. Walaupun nampak kejam tapi hakikatnya berbaloi kerana anda akan dapat Cop sirim yg baru iaitu PLAYBOY.. Hahahaha GoodLuck 🙂

  9. macam ni lah ..sebenar ny se’orang pompuan itu tidak suka berkawan dgn lelaki pada Zaman ini

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *