Cara Mengajar Anak Membaca

Siapa tak nak anak yang pandai membaca kan?

Membaca adalah salah satu cara kita mendapatkan ilmu. Mereka yang tidak membaca ialah mereka yang tidak belajar. Orang yang kuat membaca buku hidup seribu kehidupan. Melalui pembacaan kita boleh mengetahui pengalaman hidup orang dan turun naik kehidupan.

Itu kepentingan membaca.

Kanak-kanak otak mereka seperti span yang menyerap semua air. Apabila mereka boleh membaca, anda sebagai ibu bapa boleh mendedahkan pelbagai ilmu baharu kepada anak anda. Anda boleh mengajarnya nilai-nilai murni di dalam kehidupan dan meningkatkan minatnya di dalam pelbagai bidang ilmiah yang ada.

Kalau boleh anak anda perlu pandai membaca sebelum tadika lagi kerana itu akan menjadi kelebihan tambahan kepadanya dan tidak ketinggalan apabila dia masuk tadika dan sekolah nanti.

Banyakkan sebab-sebab untuk memastikan anak pandai membaca?

Sekarang jom kita tengok beberapa cara mengajar anak membaca yang boleh anda aplikasikan semasa mendidik anak anda.

1. Bacakan kepada anak anda

Bila anak nak tidur tu, cuba bacakan dengan anak anda bahan pembacaan yang anda suka. Bacakan bahan-bahan mudah, tunjukkan kepada anak anda perkataan demi perkataan.

Tak perlu gunakan buku yang tebal tetapi gunakan buku yang senang difahami.

Buatkan ia satu gol untuk keluarga anda untuk memastikan anak mendapat waktu pembacaan selama 20 minit setiap sehari.

Pada zaman sekarang saya akan cuba mendedahkan anak dengan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Umur 1 tahun: lullaby dan buku bergambar

Umur 1-3 Tahun: Buku berirama, buku lagu, dan buku cerita bergambar

Umur 3-5 Tahun: Buku abjad, buku lagu, buku gambar dan buku berirama

Cara mengajar anak membaca kedua yang saya ingin tunjukkan ialah…

2. Bertanya soalan

Bertanyakan soalan semasa membaca bukan sahaja menggalakkan anak untuk berinteraksi dengan buku tu tetapi juga sangat efektif untuk membentuk kebolehan untuk memahami buku yang dibacanya.

Kalau objektif anda ialah untuk untuk anak membunyikan perkataan tersebut, memang salah dah tu objektifnya. Walaupun kanak-kanak boleh decode perkataan yang disebutnya dan “membaca” dengan kelancaran yang tinggi, tapi mereka mungkin tak faham sebenarnya apa yang dibaca. Dan apa gunanya kalau jadi macam tu kan?

Masa bacakan buku bergambar, tanya dia soalan seperti, “Nampak tak kucing tu?” sambil menunjukkan kepada gambar kucing itu.

Ini akan mengembangkan kosa katanya sambil menggalakkannya untuk berinteraksi dengan buku yang dibacanya.

Bila dia semakin membesar cuba minta dia tunjukkan kepada benda-benda di dalam buku itu dan buat bunyi binatang yang dia nampak.

Cara mengajar anak membaca yang ketiga ialah…

3. Jadi Contoh Yang Baik Untuk Anak

Sebenarnya perkara paling penting untuk anak anda ialah anda perlu menjadi contoh untuk mereka.

Walaupun anak berminat untuk membaca sejak muda lagi tetapi tidak nampak orang tuanya membaca… mungkin minat itu akan hilang.

Baca majalah, buku masak, novel, ataupun terjemahan Al-Qur’an… terpulang kepada anda! Tapi tunjukkan kepada anak anda bahawa orang dewasa pun membaca.

Kadang-kadang kita sebagai orang dewasa nak sangat anak buat sesuatu sampaikan kita terlupa gunakan masa yang sama untuk menjadi model kepada anak kita.

Jangan lupa: kanak-kanak belajar melalui tauladan. Ambil buku dan baca… untuk anak anda! Itu cara mengajar anak membaca yang efektif.

4. Aplikasikan Tip-tip Dalam Anak Pintar Cerdas Pandai Membaca

Satu lagi perkara yang boleh anda boleh buat ialah dalami dengan lebih mendalam lagi mengenai perkara ini. Terdapat satu panduan dalam bentuk e-book (anda akan dapat file PDF) yang memberikan pelbagai cara untuk mengajar anak untuk membaca.

anak-pintar-cerdas-pandai-membaca
Panduan ini ditulis oleh Shafiq Raduan

Ada lima bab semuanya. Bab pertama mengenai semasa isteri hamil, kedua mengenai mengapa orang Yahudi pandai, ketiga ialah selepas hamil, keempat cara pemakanan sihat yang boleh diamalkan dan kelima ialah mengajar anak membaca.

E-book ini harganya sangat berpatutan dan rasanya anda boleh dapatkan untuk dibaca bersama pasangan hidup anda.

5. Libatkan Pelbagai Domain Pembesaran Anak Anda

Mungkin saya patut buat satu post baharu mengenai hal ini kan?

Salah satu cara untuk melibatkan pelbagai domain pembesaran ialah menggunakan deria anak anda. Bila anak anda bau sesuatu, tanya dia apa bau itu. Kemudian minta dia tunjukkan di dalam buku bergambar mana satu dalam buku itu merujuk kepada bau itu. Ini sesuai kalau nak ajar mengenai buah-buahan.

Cuba tengok carta di bawah. Lihat apa domain yang boleh anda masukkan dalam sesi pengajaran anak anda di rumah.

Kalau anak anda melibatkan semua domain ini, lagi senang untuk dia berminat untuk belajar.
Kalau anak anda melibatkan semua domain ini, lagi senang untuk dia berminat untuk belajar.

Macam mana anda pula? Bagaimana anda mengajar anak anda untuk membaca?

Diterbitkan oleh

Abdul Rahman

Seorang penulis, pembaca, programmer dan macam-macam lagi.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *