Secawan Koko Kehidupan

Cara Cari Duit Part Time Sambil Bekerja 9-5

0

Nak cari duit part time?

Cari masa untuk membuat bisnes sambil bekerja 9-5 adalah satu perkara yang sukar dilakukan. Bila kita dah bekerja selama 8 jam, kita seperti sudah hangus apabila dah sampai rumah. Kita hanya nak rehat sahaja.

Tengok TV ke.

Main game ke.

Bergurau senda dengan isteri ke.

Apa apa pun selain kerja.

Mana nak cari masa nak buat duit part time lepas dah penat bekerja sepenuh masa di siang hari?

Itulah dilema ramai orang semasa berada di dunia pekerjaan. Kalau buat kerja lain semasa waktu bekerja di siang hari, macam tak sedap pula duit yang dapat tu. Macam mencuri daripada majikan pun ada.

Tapi kalau anda betul-betul percaya, anda akan cari cara untuk buat duit juga tak kira betapa penatnya anda di siang hari.

Anda boleh mula dengan mencari apa yang boleh anda jual di Internet.

Kalau tak nak jual, anda boleh mulakan blog seperti saya di sini. Bolehlah buat duit situ sini sikit guna blog.

Cuba cari benda yang boleh dibuat dalam 2-3 jam pada waktu malam. Ada benda yang kurang realistik atau tidak scalable seperti perniagaan.

Bagi saya perniagaanlah yang mampu menarik kita daripada lubang kemiskinan ke taraf yang lebih tinggi.

Disebabkan nak buat bisnes konvensional ambil banyak sangat masa, anda bolehlah buat perniagaan Internet yang seperti saya sarankan di sini.

Selain daripada itu, ada juga cara untuk buat duit dengan menggunakan program affiliate. Seperti yang anda tengok di dalam post Lazada saya sebelum ini, sebenarnya saya juga mendapat komisyen daripada kupon itu.

Anda boleh cuba juga apply untuk program affiliate yang ada. Dulu ada Ashadee, sekarang dah takde jadi susah sikit nak cari lubuk buat duit. Mungkin boleh gunakan Klikjer untuk buat duit.

Lupakan TV, Mulakan Niaga

Mungkin ada yang biasa lepas makan dengan keluarga, buka TV dan layan drama di TV3.

Lupakan sebentar TV tu kalau nak tambah pendapatan sampingan.

Cuba berniaga di Internet.

Itu cara cari duit part time yang mungkin boleh mengubah keadaan kewangan anda kepada lebih baik.

Kalau ada idea, cepat-cepat buat.

Tapi jangan terburu-buru.

Anda kena ada pelan yang jelas mengenai apa yang perlu dibuat.

Anda kena ada senarai perkara yang anda kena buat setiap hari, setiap minggu dan juga bulanan.

Senarai inilah yang akan memastikan anda tidak terpesong dan melakukan perkara lain. Ramai orang gagal kerana mereka sentiasa mencari the next hot opportunity sedangkan kalau mereka sedikit demi sedikit buat kerja tersebut, mereka boleh berjaya.

Dalam dunia yang sentiasa connected, ramai yang gagal untuk fokus. Semuanya seperti ada Attention Deficit Disorder, tidak dapat fokus kepada apa yang mereka mahukan.

Dan kalau anda betul-betul kerja, kena ingat ni.

Jangan lupakan komitmen anda.

Komitmen yang dah ada sekarang seperti keluarga anda dan kerja anda sekarang ini.

Semua itu penting. Buat semuanya 100%, jangan ambil jalan pintas. Selain daripada malas, ada yang terlampau fokus sampai terlupa bahawa hidup mereka bukannya di dalam vakum tetapi mereka mempunyai keluarga dan kerja mereka yang memberikan pendapatan sekarang.

Jangan ketepikan orang yang tersayang. Orang yang tersayang inilah yang akan membantu anda untuk berjaya.

Kenal pasti semua komponen yang perlu anda kuasai

Kalau anda tak tahu apa yang anda tak tahu, anda kena cuba tahu apa yang anda tak tahu.

Ya, anda kena ambil tahu apa yang anda tak tahu.

Sebagai contoh, kalau anda nak belajar programming, anda kena tahu apa komponen yang perlu anda belajar.

Contohnya anda kena tahu debugging, syntax, apa data type yang ada, apakah best practice yang ada, dan macam-macam lagi.

Bila anda tahu apa yang perlu anda tahu, barulah anda boleh belajar perkara tersebut.

Kalau nak jadi penulis, anda kenalah tahu perkara asas seperti tatabahasa. Struktur ayat.

Kalau anda nak jadi marketer, anda kena tahu asas-asas pemasaran. SEO lah, Pemasaran konten lah. Cara nak jual lah. Dan macam-macam lagi.

Apa yang anda buat setiap hari akan membentuk masa hadapan anda.

Tak mustahil kalau anda nak cari duit part time. Anda boleh kalau anda nak.

scott-belsky

Gambar oleh 401(K) 2013

Leave A Reply

Your email address will not be published.