Cara Buat Duit Yang Anda Patut Tahu Sekarang Juga

Di dalam post ini saya akan perincikan kepada anda segala cara buat duit yang anda boleh buat dan sesuai dengan anda.

Mungkin anda rasa buat duit tu susah jadi di sini saya senaraikan semua cara yang anda boleh buat duit harini.

Boleh berkesan ke tak?

Di dalam blog ini sendiri terdapat pelbagai cara untuk membuat duit.

Saya ada bercerita tentang rumah, tentang sewa, ada juga cara bagaimana nak buat duit di Internet dan macam-macam lagi.

Setiap orang ada perjalanannya sendiri untuk membuat duit di Internet.

Apa yang anda nak pilih?

Itu anda yang tentukan.

Jom saya cerita satu demi satu cara buat duit yang boleh anda mulakan hari ini juga.

Jom buat pokok duit baru…

Buat Duit dengan Blog

Banyak cara nak buat duit dengan blog. Macam link yang saya tulis di atas ni. Saya bagi tujuh cara nak buat duit dengan blog.

Buat duit dengan blog ni kena banyak menunggu. Macam blog ni pun. Dah lama wujud barulah dapat buat duit dengannya.

Blog ni biasanya buat duit dengan dua cara: satu sebagai affiliate. Satu lagi melalui Adsense. Apa tu affiliate? Nanti saya ceritakan dalam bahagian di bawah nanti.

Buat Duit dengan Youtube

Macam mana nak buat duit dengan YouTube? Duduk depan kamera, cakap depan kamera pun boleh buat duit?

Sebenarnya boleh je.

Sebab tu ada Vlogger buat sampai berbelas juta dengan hanya bermain game di dalam YouTube.

Bukannya pro gamer pun tapi lebih kepada bercerita kepada orang tentang game tu dan perasaan masa game tu.

Oh video atas ni orang yang buat video macam mana nak lepas level game tu. Ada lagi lah. Merepek. Dan buat duit.

PewDiePie. Berpuluh juta subscribers. Berbelas juta dollar.

Keuntungan gitu. Bila kita nak buat duit banyak macam ni kan?

Melalui YouTube ni anda boleh jual produk anda sendiri, jadi affiliate, ataupun dapatkan duit daripada Adsense.

Buat Duit dengan Memandu Uber / Grab

Cara nak buat duit ni memang hangat sekarang.

Ini ramai yang buat. Banyak dah nampak potensi “jalan-jalan hantar orang lepas tu buat duit”.

Uber dan Grab hanyalah satu platform untuk mencari penumpang.

Jika anda driver yang bagus, baik dengan orang yang naik kenderaan anda, anda boleh buat duit.

Nak daftar? Senang je.

Pergi je ikut laman web itu dan daftar sebagai Driver.

Buat Duit dengan Facebook

Cara buat duit ni bukan main-main. Walaupun main-main FB pun boleh dapat duit. Yep. Boleh!

Maksud saya bukan setakat jual produk je boleh buat duit OK?

Anda sebenarnya boleh buat duit dengan menjadi FB Manager.

Anda uruskan fanpage orang.

Sebagai contoh anda dibayar RM1,000 untuk satu fanpage.

Kalau 5, dah 5 ribu dah. Kalau anda demand sampai 2 ribu dan dapat jumlah tu?

Darab 5 dah 10 ribu.

Nampak tak permainan di situ?

Boleh buat duit juga walaupun di Facebook.

Selain daripada itu, macam biasa lah, jual produk di Facebook.

Buat Duit dengan Handphone

Handphone tu macam mana pula?

Ha, ini anda kena ada kemahiran sikit. Kemahiran untuk buat app sebagai contoh.

Susah sangat ke nak belajar? Saya ada cerita macam mana nak belajar dalam masa yang singkat di dalam blog ni.

App seperti Android dan iOS ada pasarannya.

Berapa banyak app yang ada dalam telefon anda?

Macam-macam kan?

Ada yang selalu pakai dan ada yang jarang pakai.

Itu normal.

Tapi aplikasi ini semua wuju dan kebanyakannya membuat duit. Saya sendiri pun ada app di Play Store. Biasa punya app, tapi OK la. Boleh lah buat duit sedikit demi sedikit.

Satu lagi cara untuk membuat duit dengan handphone ialah dengan menggunakan aplikasi Snapask. Aplikasi ini membolehkan anda untuk membuat duit dengan menjawab soalan daripada orang lain sebagai contoh soalan Matematik Tambahan ataupun Prinsip Akaun.

Anda sebenarnya menggunakan skil anda untuk membantu orang menjawab soalan yang pelajar buntu untuk jawab.

Kalau anda pandai dengan matapelajaran tertentu, anda boleh tolong orang jawab soalan dan dapat duit.

Itu cara buat duit dengan handphone yang win-win. Anda tolong orang, anda dapat duit.

Buat Duit dengan Affiliate

Ha ni apa pulak?

Ini cara buat duit dengan affiliate. Anda jadi agen produk orang.

Bukannya produk anda sendiri tapi orang lain punya.

Tugas anda hanya promosikan link sahaja. Promosi dan promosi sampailah orang itu membeli atau ambil tindakan yang tuan produk mahukan.

Produk yang dipromosikan tu tak semestinya produk digital je. Fizikal pun boleh. Sekarang ni dah boleh jadi affiliate Lazada dan buat duit dengannya. Ataupun 11street. Ataupun kalau nak main di medan antarabangsa, guna je Amazon.

Bila orang tu dah beli, untung lah!

Biasanya akan dapat komisyen sebanyak 10-70%. Kadang-kadang nilai sedikit untuk produk fizikal, tapi takpe.

Tak yah pegang apa-apa barang pun.

Ikutlah produk tu tuan tanah nak bagi berapa.

Buat duit bukannya satu cara je. Banyak kaedah yang boleh digunakan.

Yang penting sekarang kena cuba. Kalau baca je, tak guna.

Baca, dan take action.

Selamat mencuba!

Diterbitkan oleh

Abdul Rahman

Seorang penulis, pembaca, programmer dan macam-macam lagi.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *