5+15 Cara Buat Duit Di Internet

Terdapat banyak cara untuk menjana pendapatan dari rumah. Antaranya ialah melalui internet. Maksud saya buat duit dengan Internet.

Di Internet, anda boleh membuat duit dengan:

#1 Menjual produk

Anda boleh menjual produk anda sendiri atau menjual produk orang. Pada awalnya jika anda tidak ada sebarang modal, anda boleh menjual produk orang dahulu. Ini dikenali sebagai pemasaran affiliate. Kemudian, anda boleh membuat produk anda sendiri.

Produk itu juga boleh dalam bentuk fizikal, digital dan juga ‘event’. Dalam bentuk fizikal maksudnya anda boleh merasa, melihat dan memegang produk tu. Digital pula produk seperti e-book, audio dan apa-apa yang boleh dimuat turun dari Internet. Event pula maksud saya ialah acara seperti seminar, mini-seminar, forum dan gathering.

#2 Menjual tempat iklan di laman web anda

Jika anda mempunyai laman web sendiri, anda bolehlah menjual tempat untuk meletakkan iklan di laman web anda. Sebagai contoh, anda boleh meletakkan harga tertentu untuk satu hari. Sebagai contoh, RM100 sehari untuk iklan yang bersaiz 468×60. Anda akan mendapat RM3000 untuk iklan yang diletakkan selama 30 hari berturut-turut.

#3 Menjual laman web

Anda juga boleh menjual laman web. Anda boleh pergi ke laman web seperti Flippa untuk menjual. Ada laman web dijual sehingga US$100 ribu. Tidak mustahil jika anda tahu bagaimana untuk mempromosi laman web anda.

#4 Menjual servis

Jika anda pandai menulis, anda boleh menawarkan servis menulis artikel. Atau menulis iklan. Atau membuat laman web. Atau servis fotografi. Dan macam-macam lagi.

#5 Terlibat dalam FOREX/Saham

Yep. Anda juga boleh terlibat dalam FOREX dan saham. Ia sebenarnya bukan dalam kategori buat duit dari Internet tetapi FOREX mempunyai fleksibiliti untuk anda buat dari keselesaan rumah anda dengan menggunakan Internet.

Jadi anda dapat lihat 5 cara untuk menjana duit dengan menggunakan Internet.

#6 Jual gambar

Cuba google ni ‘sell photos online’. Macam-macam laman web yang sebenarnya membolehkan anda jual gambar yang anda ada tu. Kat Malaysia ni tak banyak ‘stock photos’. Jadi sekarang ni masa yang agak sesuai untuk anda jual gambar-gambar yang berkaitan dengan negara ini.

#7 Jual barang di eBay

Ini biasanya orang buat dengan membeli barang dari China ataupun dah ada barang sendiri untuk dijual.

Jual barang di eBay pernah popular di Malaysia satu ketika dahulu dan ramai orang menceritakan cara bagaimana untuk buat duit di eBay.

#8 Menulis di Squidoo Hubpages

Anda akan mendapat duit hasil daripada perkongsian pendapatan dengan Squidoo ni.

Sekarang ini Squidoo sudah dibeli oleh Hubpages jadi anda boleh pergi ke situ untuk tengok macam mana untuk buat duit dengan menulis di situ.

#9 Menjadi penulis bebas

Penulis bebas ni maksudnya ialah anda menulis untuk orang. Sama ada artikel ataupun buku, ataupun skrip ke. Semua boleh.

Penulis bebas ini mempunyai satu manfaatnya yang ramai orang suka iaitu anda bebas menentukan di mana anda boleh buat kerja.

Saya dulu kerja dekat atas katil je untuk menulis. Sebahagian artikel ni pun tulis malam-malam.

#10 Membuat transkrip audio

Ini macam penulis bebas lah. Anda buat transkrip audio. Tapi ni tak banyak pasarannya di Malaysia. Di USA mungkin banyak.

Cari je perkataan ni dekat Google: transcript audio service.

Macam-macam keluar kan?

11. Menjadi pembantu maya (virtual assistant)
12. Menulis artikel di eHow atau apa-apa laman web yang bagi anda peluang untuk tulis untuk dapatkan duit
13. Menulis ebook untuk orang yang memerlukan bantuan
14. Membuat laman web dalam niche tertentu seperti Forex, MLM, dan lain-lain lagi
15. Bantu perniagaan kecil-kecilan meletakkan perniagaan mereka di Internet
16. Menjadi orang yang dipercayai untuk install atau menggunakan perisian tertentu
17. Menemuramah orang lain dan menjual temuramah tersebut
18. Menjadi “monyet menulis kod” bebas
19. Memasuki pertandingan logo dan design
20. Menghantar laman web dan blog post ke laman web sosial bookmarking (satu lagi servis)
21. Mengedit audio untuk orang lain
22. Menulis review produk di blog anda
23. Jual tempat link di blog anda (Text Link Ads)
24. Jadikan perkataan-perkataan tertentu sebagai iklan (Chitika)
25. Letakkan iklan di sidebar laman web anda (macam Kokotiam ni lah)

Banyak kan cara nak buat duit?

Apa lagi cara yang anda rasa boleh guna untuk buat duit? Boleh tulis komen di bawah…



Diterbitkan oleh

Abdul Rahman

Seorang penulis, pembaca dan suka membuat sesuatu.

2 padangan di “5+15 Cara Buat Duit Di Internet”

  1. dari 5 yang disenaraikan , 3 darinya sedang cuba untuk dijadikan sebagai sumber pendapatan.

    Iaitu menjual produk , ruang iklan dan perkhidmatan.

  2. Saya amat setuju dengan kesemua cara buat duit diinternet cuma saya ingin sentuh sikit tentang cara ke 5 ia itu buat duit melalui forex dan saham. Memang forex dan saham mempunyai fleksibiliti untuk membuat duit bukan secara personal trading sahaja malah bermacam-macam cara anda boleh buat duit kreativiti yang kita ada seperti membuat sistem trading yang mantap untuk dijual, kursus forex melalui email dan banyak lagi asalkan kita benar-benar ada knowledge dan kebolehan di bidang ini supaya tidalah pembeli atau pengguna tidak terasa tertipu.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *