Secawan Koko Kehidupan

Cara Buat Blog Guna WordPress Dengan Mudah

8

Salah satu objektif Kokotiam ialah membantu orang untuk menyelesaikan masalah mereka. Antara masalah yang didapati oleh kami ialah tidak ramai yang tahu bagaimana untuk memulakan blog menggunakan WordPress. Bagi kami di Kokotiam, menggunakan WordPress adalah pilihan paling tepat yang pernah kami lakukan di sini.

Ada beberapa sebabnya. Dan sebab utamanya ialah WordPress itu…

Intuitive. Senang untuk difahami

Itu adalah dasar yang membentuk WordPress. Blogging untuk orang ramai. Ramai orang tidak memulakan blog mereka sendiri kerana mereka rasa tugas itu terlalu sukar. Sukar kerana mereka tidak dapat memahami pelbagai perkara yang terpaksa dilakukan semasa mula berblogging.

  1. Tak tahu HTML
  2. Tak tahu Markdown
  3. Tak tahu macam mana nak masukkan gambar
  4. Tak tahu nak “link” kepada orang ramai

Dan macam-macam lagi.

Itu yang memberhentikan orang daripada membuat blog mereka sendiri. Mereka terasa berat dengan cabaran di hadapan mereka.

WordPress terlalu mudah untuk semua orang dan semua orang boleh memulakan blog mereka.

Jadi macam mana nak memulakan blog dengan WordPress?

Ada dua cara untuk memulakan blog WordPress ini

Anda boleh a) host blog anda di WordPress.com ataupun b) anda boleh membeli hosting anda sendiri. (Jangan bimbang, tak perlu mahal-mahal pun).

Di dalam post ini, saya ingin bercerita tentang menggunakan hosting anda sendiri. Blog ini sendiri dihost di NetKL. Blog saya yang lain pula diletakkan di dalam VPS di dalam DigitalOcean. Kalau anda jenis yang suka bermain dengan server, anda boleh menggunakan DigitalOcean.

Atau kalau nak mudah, anda boleh host di NetKL. Saya pun pernah review NetKL di blog saya.

  1. Dah ada hosting?

Download WordPress yang terbaharu dari WordPress.org. Semasa saya menulis post ini, yang terbaharu ialah versi 4.3.1. Kalau dah ada, extract zip file tersebut. Kemudian, di dalam folder WordPress itu, anda perlu mengubah nama satu file yang bernama wp-config-sample.php kepada wp-config.php.

Kemudian, ada beberapa perkara yang perlu anda ubah di dalamnya.

/** The name of the database for WordPress */
define('DB_NAME', nama_database_anda);
/** MySQL database username */
define('DB_USER', 'nama_user_db_anda');
/** MySQL database password */
define('DB_PASSWORD', 'nama_password_user_db_anda');

Untuk mendapatkan maklumat-maklumat di atas, anda perlu pergi ke cPanel (control panel) laman web anda.

Chop, chop!

Sebenarnya ada cara lagi mudah kalau anda nak install WordPress di dalam web hosting.

 

Bagaimana? Dengan menggunakan Softaculous Apps Installer. Jika anda menggunakan NetKL, anda akan nampak di bahagian hujung cPanel anda.

cpanel

 

Nampak tu, klik je WordPress.

Kemudian anda akan dibawa ke skrin WordPress. Klik ‘Install’ dan anda akan dibawa ke skrin ini:

softaculous-wp

 

Pastikan anda tidak mengisi apa-apa di bahagian ‘in directory’. Jika anda biarkan sahaja ‘wp’ seperti yang tertulis di atas, blog anda akan di’install di dalam folder benama wp. Jadi kalau anda nak orang nampak blog anda sejurus ke URL blog anda, tak perlu letak apa-apa dalam tu.

Di bawah itu ada bercakap tentang table prefix. Itu anda boleh biarkan.

Ubah di bahagian Site Settings dan Admin Account. Yang lain-lain itu anda biarkan sahaja. Apabila dah siap, anda tuliskan emel anda di bahagian Email installation details to :

Kemudian, klik install.

Itu sahaja.

Anda dah boleh lah untuk menggunakan tema anda sendiri ataupun plugin anda sendiri untuk membuat blog anda.

Tak susah pun kerana blog WordPress dibina untuk memastikan lebih ramai orang boleh menggunakannya dengan mudah.

Cuba bermain-main dengan settings yang ada terutama sekali di dalam Appeareance dan Plugins. Kalau tak faham, takpe. Tengok-tengok je dulu.

Kalau anda nak masukkan theme WordPress ke dalam blog anda, hanya pergi ke Admin Dashboard anda, dan pergi ke Appearance dan bila mouse anda ada di Appearance, klik pada Theme. Tekan Add New. Anda boleh memilih apa yang ada ataupun memuatnaik tema yang telah anda muatturun dari tempat lain.

tema-wp

Nanti saya akan tunjukkan beberapa plugins yang boleh anda letakkan di dalam blog anda untuk lebih banyak fungsi.

Ada apa-apa komen yang ingin ditambah? Boleh letakkan di ruangan komen di bawah ye!

 

8 Comments
  1. Mejuez says

    Rindu nak berhosting semula, tapi takut tak terupdate blog..

    Sekarang ni je baru aktif balik berblogging..

  2. muhammad akmal says

    mcm mne nk open wordpress tue lepas dh install…saye dh install tpi x thu cm mne nk open

    1. Abdul Rahman says

      Install dekat mana Akmal? Install WordPress dekat web hosting ataupun dalam komputer?

      1. muhammad akmal says

        dekat softaculous web hosting sye….tuan bleh ajar sye…ni no whatsapp sye..(0177254650)

  3. muhammad akmal says

    dan Tuan bleh ajar sye nk buat blog sbb sye baru first time buat blog berbayar nie

  4. muhammad akmal says

    boleh ke….

  5. muhammad akmal says

    alhamdulillah sye dh berjaye buat blog sendiri…tpi sye nk tanyerr tuan mcm mne nk daftar Google Adsense

    1. Abdul Rahman says

      Tak tahu lah sekarang macam mana, tapi dulu lagi senang nak apply. Harap Akmal dapat register dan boleh start buat duit dengan Adsense!

Leave A Reply

Your email address will not be published.