Cara Ajar Anak Bahasa Inggeris Dengan Mudah

“Tak reti la BI ni… Susah…”

Susah kan ajar anak bahasa Inggeris ni?

Ramai menganggapnya sesuatu yang susah.

Ada grammar, pronounciation, context, semantics, dan macam-macam lagi yang perlu diambil kira.

Sebenarnya saya rasa nak belajar BI ni tidak sesukar yang anda sangkakan.

Ada cara mudah untuk ajar anak bahasa inggeris.

Bila anak mahir dalam BI ini, lebih senang untuk mereka berkomunikasi dengan orang lain dan lebih faham dengan bahan bacaan bahasa Inggeris.

Kalau anda nak tip-tip tambahan, anda boleh klik butang di bawah dan ikut arahan yang diberi.

 

Klik Untuk Tips Belajar BI

 

1. Dengar Lagu Omputeh

Ini tip paling simple yang saya boleh bagi.

Bila anda suka satu-satu lagu tu, anda akan dengar berkali-kali dan anda akan hafal lagu tu. Betul kan?

Lagu Frozen, Let it Go yang didendangkan oleh Irdinal Menzel ini selalu dimainkan di laptop saya.

Senang ingat lirik dia.

Daripada lagu itu kita belajar lenggok BI.

Ada beberapa perkara yang boleh anda ajar anak fikir semasa mendengar lagu BI kegemaran:

  1. Dapat tak tangkap setiap perkataan dalam lagu tu?
  2. Faham tak setiap perkataan dalam lagu tu?
  3. Ada tak idiom (simpulan bahasa) di dalam lagu tu?

Berapa banyak lagu omputeh yang anak anda tahu? Kadang-kadang ada lagu terhafal lirik daripada awal sampai habis.

Saya hafal lagu Backstreet Boys Show Me The Meaning of Being Lonely. Haha.

2. Tengok Cerita Omputeh

Sekarang cuba beritahu saya, apa cerita dalam BI yang anak anda tengok?

Tanya anak… Faham tak apa yang karakter tu cakap? Selain daripada perkataan mencarut.

Daripada cerita Need For Speed.
Daripada cerita Need For Speed.

Kalau anda kaki muat turun, cuba pastikan movie yang anda muat turun itu mempunyai subtitle BI. Di situ anak boleh tengok bagaimana orang puteh bertutur di dalam bahasa Inggeris.

Di sinilah anak boleh belajar bercakap dalam bahasa itu. Anak anda boleh mendengar tona suara karakter tersebut apabila mereka menekankan sesuatu ataupun bila mereka berborak santai.

Cuba tengok cerita tanpa sari kata. Tengok berapa banyak perkataan yang anak anda terlepas dan tidak faham.

Melalui filem-filem inilah anak anda akan tahu bagaimana orang puteh bercakap. Mereka pun ada dialek mereka masing-masing. Kadang-kadang mereka tidak menggunakan ayat-ayat yang dikatakan grammatically correct. Tetapi orang faham dengan apa yang diperkatakan.

Kalau anak anda tidak biasa dengan cara orang puteh berborak, jangan bimbang. Lama kelamaan, dia akan faham cara orang yang bertutur dalam BI sebagai bahasa ibunda bertutur.

Sedikit demi sedikit.

Anda boleh lakonkan kembali dialog-dialog kegemaran anda dan anak anda dan lihat sama ada anak anda dan juga anda boleh menyebut sama seperti apa yang mereka sebut.

Saya selalu menyebut kembali sedutan daripada cerita Dead Poets Society lakonan Robin Williams. Carpe Diem… Seize the Day, boys… Seize… the Day….

Lagi banyak anda berlakon sebagai karakter di dalam cerita itu dengan dialog-dialognya, lagi cepat anda boleh belajar bercakap dalam bahasa Inggeris. Dan saya rasa ini memang cara paling mudah sebenarnya. 😉

3. Baca Novel Fiksyen Bahasa Inggeris

Kenalah banyak membaca kan kalau nak pandai menulis?

Di sinilah anak anda boleh belajar bagaimana untuk menulis dalam bahasa Inggeris.

Sekiranya anak anda suka baca novel bahasa Melayu, anda boleh galakkan di untuk cuba membaca novel dalam bahasa Inggeris juga.

Banyak sebenarnya genre yang boleh anda cari dalam BI ini.

Romance, thriller, action, science fiction, dan pelbagai lagi.

Anda boleh cari novel yang sudah ada filem dibuat mengenainya.

Senang sedikit untuk dia baca dan tengok apa yang kurang ataupun ditambah untuk filem tersebut. Saya baca Harry Potter and the Deathly Hallows. Apabila saya tengok filem tersebut saya dapat terbayang ayat-ayat yang diceritakan di dalam novel tersebut.

Expecto Patronum!

(Saya rasa magik yang disebutkan di atas tak digunakan di dalam Deathly Hallows? Haha)

 4. Buat Blog Bahasa Inggeris

Tip ini lain sedikit daripada tip-tip sebelum ini. Anda boleh menggalakkan anda anak untuk cuba buat blog dalam bahasa Inggeris dalam topik kegemarannya.

Boleh sahaja gunakan Blogger atau WordPress untuk mulakan blog itu. Ataupun anda boleh gunakan web hosting berbayar.

Apabila anak anda menulis di dalam bahasa Inggeris, mereka akan cuba mencari jalan untuk menggunakannya walaupun anda sendiri tak tahu sama ada anda betul ataupun tidak.

Secara tidak langsung, mereka akan belajar bahasa. Ikutlah buat macam mana pun, tapi macam pepatah orang putih, practice makes perfect!

Menulis blog di dalam bahasa Inggeris ini sebenarnya akan membolehkan mereka untuk mendalami bahasa itu dan sedikit demi sedikit, kefahaman anda terhadap bahasa itu akan semakin mendalam.

Ini sebenarnya salah satu cara yang boleh anda gunakan untuk belajar bahasa Inggeris secara online. Dan kos untuk anda adalah minima.

Tidak hairan jika mereka juga boleh membuat duit dari blog bahasa Inggeris mereka nanti! Bayangkan betapa ramainya orang di dalam pasaran itu. Setiap negara di dunia ini mempunyai sebilangan orang yang tahu bertutur dan mencari maklumat secara aktif di dalam bahasa ini.

Saya sendiri pun ada blog yang ditulis dalam bahasa Inggeris di Copygrammer.com. Ha, saya cakap serupa bikin, OK! 🙂

5. Baca Komik Dalam Bahasa Inggeris

Biasanya kalau mereka suka baca manga Jepun, mereka mesti sudah mempraktikkan ini kerana biasanya manga Jepun ini akan dialih bahasa daripada bahasa Jepun ke bahasa Inggeris.

Saya minat baca Naruto dan Fairy Tail. Kedua-duanya akan keluar setiap minggu. Sekurang-kurangnya ada perkataan baharu yang saya belajar.

Dedahkan anak dengan bahan bacaan itu. Pada mulanya tak faham, tapi makin lama, makin banyak perkataan yang dia faham dalam komik dan kalau seronok baca komik tu, senang untuk dia tangkap perkataan-perkataan baharu.

Dan macam saya, saya sekarang ini dalam proses cuba mempelajari bahasa Jepun. Jadi, saya akan mendedahkan diri saya dengan bahan bacaan bahasa Jepun. Sedikit demi sedikit saya dapat tangkap bahasa itu.

Akhir Kata

Macam yang anda tengok di dalam post ini, sebenarnya anda tak perlu susah-susah sangat untuk belajar bahasa Inggeris. Kadang-kadang kena tahu bagaimana untuk mendedahkan diri kita di dalam bahasa ini.

Jika anda ada apa-apa cara kreatif untuk belajar bahasa Inggeris, anda boleh tulis komen di bawah dan berkongsi dengan pembaca-pembaca blog ini.

Terima kasih daun keladi, nanti saya tulis banyak post lagi 😛

P.S Kalau nak lagi banyak tip macam mana nak anak lagi pandai bahasa Inggeris, jangan lupa klik butang di atas dan langgan emel dari saya ya!

 

Diterbitkan oleh

Abdul Rahman

Seorang penulis, pembaca, programmer dan macam-macam lagi.

4 padangan di “Cara Ajar Anak Bahasa Inggeris Dengan Mudah”

  1. Betul tu..tapi kebanyakan dari tips2 diatas saya lebih suka download lagu yang ada subtitle.tapi apa pun bergantung pada kegemaran memasing

    1. Kena tengok Frozen Sing-along ni! Ajak anak-anak tengok untuk belajar Bahasa Inggeris 🙂

      (Tak pasti sama ada ada lagi di wayang ataupun tidak…)

  2. Info yang membantu..insyaAllah akan cuba dipraktikkan mana2 yang termampu dulu..tk.

  3. Budak budak sekarang suka tengok upin ipin pulak. Kalau tengok kartun doraemon pun bahasa melayu. Hehe nampaknya kena cuba teknik selain tu. Terima kasih atas perkongsian

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *