Cara Belajar Dengan Hanya 20 Jam

Siapa tak nak belajar dalam masa sekejap je?

Semua nak. Ni kan pula kalau 20 jam tapi dah banyak benda boleh belajar.

Kebanyakan perkara yang kita nak belajar ambil masa yang sama.

Macam ada yang kata kita kena guna sampai 10 ribu jam untuk mahirkan diri kita dengan sesuatu.

Peh, lama tu.

Tapi, menurut Josh Kaufman di dalam bukunya, The First 20 Hours, dia menyatakan bahawa tidak mustahil untuk kita belajar dengan hanya 20 jam sahaja.

Dengan 20 jam, kita boleh belajar satu-satu skil sampai kita boleh tunjukkan kepada orang tu apa hasilnya.

Boleh tengok apa asas bukunya di dalam TEDx talk di bawah:

Pada asasnya, dia menyatakan bahawa anda boleh belajar dengan mengikuti 4 langkah ini:

1. Deconstruct the skill (Pecahkan skil itu)

Macam belajar Matematik. Sebenarnya tu bukan satu skil je. Banyak skil yang terlibat kalau kita nak pandai matematik.

2. Learn enough to self-correct (Belajar secukupnya sampai anda boleh membetulkan diri)

Kalau tak pandai betulkan diri, memang susah untuk belajar sebab bila kita tak tahu apa yang salah, kita tak tahu macam mana nak betulkannya. Ego juga perlu “dikecilkan” untuk memastikan kita dapat mengenali kesalahan diri semasa dalam tempoh pembelajaran ni.

3. Remove practice barriers (Buang kekangan untuk latihan)

Menurut Josh, dia mempunyai pelbagai kekangan sebagai seorang bapa, seorang yang bekerja dari rumah dan seorang yang bekerja sendiri. Sangat-sangat banyak gangguan. TV, anak, hal-hal di dalam rumah dan pelbagai hal yang datang secara tiba-tiba.

Pastikan anda cuba kurangkan kekangan ini (tips ada di dalam video Josh di atas)

4. Practice at least 20 hours (Berlatih sekurang-kurangnya selama 20 jam)

Dan apabila anda membuat ketiga-tiga perkara di atas, anda mesti buat ini: buatĀ deliberate practice selama 20 jam. Mungkin anda boleh luangkan masa selama 40 minit setiap 2 hari untuk belajar. Sebagai contoh, anda nak belajarĀ programming. Isnin, rabu, jumaat anda gunakan untuk masa pengaturcaraan anda.

Hari lain pula anda buat tanggungjawab anda. Ataupun hobi anda yang lain. Itu tak semestinya bermakna anda akan lupa akan ilmu baharu anda. Anda sebenarnya membenarkan minda separa sedar anda untuk bekerja untuk anda. Biar ianya meresapi diri anda.

Dan bila anda menggunakan pembelajaran berkala, anda akan rasa yang anda akan menguasai sesuatu perkara baharu itu dengan lebih cepat.

Gambar oleh lethaargic

Diterbitkan oleh

Abdul Rahman

Seorang penulis, pembaca, programmer dan macam-macam lagi.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *