Secawan Koko Kehidupan

9 Soalan Kena Fikir Sebelum Buat Pinjaman Peribadi

1

Kita biasa dengar, “duit bukan segala-galanya, tapi segala-galanya memerlukan duit”.

Bagi saya memang itulah realiti dunia sekarang. Kadang-kadang kita terpaksa meminjam untuk merealisasikan impian-impian kita.

Kadang-kadang pinjam bukan sebab impian pun tapi atas sebab-sebab tertentu. Untuk memudahkan anda membuat keputusan, di dalam ini saya sediakan beberapa soalan.

Cuba fikirkan. Adakah patut untuk anda mengambil pinjaman peribadi?

Post ini boleh membantu anda untuk bagi anda lebih jelas apakah motif anda membuat pinjaman ini di bank.

Jom kita tengok satu demi satu soalan.

1. Adakah untuk menjana lebih banyak wang?

Jika ini tujuan anda, adakah anda dah pastikan bahawa perniagaan yang anda nak buat itu mampu menjana duit? Adakah anda dah cuba dahulu secara kecil-kecilan?

2. Adakah untuk menjamin kebahagian?

Jika anda maksudkan dengan membeli cincin ataupun barang kemas ataupun barang yang mahal-mahal untuk girlfriend, ataupun isteri anda… baik jangan.

Kalau menjamin kebahagian tu bermakna untuk membantu keluarga anda dan anda tahu anda boleh bayar, silakan.

3. Adakah untuk membayar hutang lampau?

Ini satu risiko yang anda ambil: kalau anda buat pinjaman peribadi untuk membayar hutang lampau, bukankah anda sebenarnya membuat hutang yang baru?

4. Adakah untuk membayar hutang tertunggak?

Jika anda mempunyai hutang yang sudah tertunggak untuk sesuatu tempoh dan anda teringin membayarnya, adakah langkah anda ambil dengan mendapatkan pinjaman peribadi ini sesuatu pilihan yang bijak?

5. Adakah untuk menampung kos hidup seharian?

Kalau anda buat pinjaman peribadi untuk menampung kos harian, mampukah anda membayar kos pinjaman ini?

6. Berapa banyak baki duit anda SEBELUM membuat pinjaman peribadi?

Ya, tahu tak berapa banyak duit yang anda ada sebelum buat pinjaman peribadi? Dah defisit ataupun tidak?

7. Berapa banyak baki duit anda SELEPAS membuat pinjaman peribadi?

Sama juga seperti soalan di atas.

8. Secara purata, berapa banyak duit baki duit anda setiap bulan?

Ini soalan anda kena tanya sebelum anda buat pinjaman. Berapa baki duit anda pada akhir setiap bulan?

9. Adakah anda mempunyai sebarang baki setelah menolak bayaran balik pinjaman yang nak dibuat setiap bulan?

pinjaman peribadi
Gambar oleh ~ezs

Berkait dengan soalan sebelum ini. Kalau anda buat pinjaman, tolak dengan baki secara purata anda di atas, ada tak duit lebihan setiap bulan?

Kalau negatif, baik jangan ambil pinjaman ini.

Kalau anda rasa anda boleh buat pinjaman peribadi, anda patut maklum yang setiap bank mempunyai kadar faedah yang berbeza.

Anda kena tengok-tengok sana sini untuk pastikan anda boleh buat pinjaman.

Apakah pelan anda untuk memastikan pinjaman peribadi tidak membebankan anda?

1 Comment
  1. Ahmad Zaidi says

    Saya sangat sokong degan segalanya di atas

Leave A Reply

Your email address will not be published.