Buang Virus Autorun: Cara Untuk Membuangnya Selama-lamanya

Assalamualaikum w.b.t semua! Hari ini saya ingin menunjukkan kepada anda bagaimana untuk membuang virus autorun. Virus autorun merupakan virus yang sering kali menyerang komputer-komputer di universiti tempatan seperti UiTM, UIA, UUM dan juga politeknik.

Anda boleh terkena jangkitan virus autorun setiap kali anda plug thumb drive anda di dalam komputer yang telah dijangkiti dan apabila anda membawa kepada komputer baru, ia akan menjangkiti komputer itu juga. Jadi bagaimana untuk buang virus autorun?

Pertama sekali ialah anda perlu menggunakan antivirus yang terkini. Setiap antivirus terbaru mempunyai fungsi untuk mengesan virus autorun dan dengan itu anda boleh membuang virus tersebut dengan mudah.

Kemudian, anda juga boleh menggunakan perisian tambahan seperti Ninja Pendisk untuk membuang virus autorun. Berikut adalah penerangan Ninja Pendisk yang diberikan di laman webnya.

Ninja is the popular and freeware program designed for guarding computers against viruses transmitted by USB pendisks.

This ninja awaits quietly in the system tray for the times whenever a USB pendisk is inserted on the computer which will be examined to uncover the commonly malicious or virulent files known as “autorun.inf” and “ctfmon.exe” amongst many others.

To keep things simple, ninja is fully portable, self-contained and requires no installation.

Selain itu, anda juga boleh menggunakan Autorun Eater di mana fungsinya sama seperti Ninja Pendisk. Ia akan membuang autorun.inf yang berada di dalam USB thumb drive anda.

Autorun Eater was born due to the increase of malwares using the ‘autorun.inf’ method to infect users unknowingly be it from flash drives, external hard disks or any other removable storage device.

Anda juga boleh membuang fungsi autorun di dalam Windows. Ini akan secara automatik membuang peluang virus untuk menyerang terus komputer anda sejurus thumb drive yang telah dijangkiti virus untuk menyerang komputer anda.

Cara untuk buang autorun function dalam Windows adalah seperti berikut:

1. Run gpedit.msc (Group Policy Editor) dengan menulis ‘gpedit.msc’ di dalam search box di dalam panel.

2. Local Group Policy Editor akan dilancarkan.

3. Pergi ke Computer Configuration > Administrative Templates > Windows Components

4. Cari ‘Turn off Autoplay option’, lepas tu klik kanan dan tekan Edit.

5. Seterusnya, anda tekan pilihan ‘Enabled’.

6. Kemudian klik ‘Apply’ untuk confirm setting tersebut. Pastikan anda memilih ‘All drives’ daripada pilihan yang ada di Turn off Autoplay, untuk memadamkan fungsi Autorun untuk semua drives.

Senang bukan? Tidak perlulah anda susah payah memerangi virus autorun apabila fungsi autorun dah ditutup. Tapi, anda perlulah buka setiap thumb drive anda dengan pergi ke My Computer > thumb drive anda. Dah tidak akan keluar popup yang sudah anda biasa itu..

Diterbitkan oleh

Abdul Rahman

Seorang penulis, pembaca, programmer dan macam-macam lagi.

2 padangan di “Buang Virus Autorun: Cara Untuk Membuangnya Selama-lamanya”

  1. Boleh tak nak tau macam mana nak buang virus dalam pendrive,saya x dapat ikut yang diatas sebab dalam file semua Tiba tiba hilang,boleh saya tau?

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *