Bila Kita Nak Tengok Malaysia Masuk Piala Dunia Ni?

Bila kali terakhir anda dengan bangganya kata Harimau Malaya pasukan paling kuat di Asia ni?

Saya tidak pernah rasa begitu. Ya, Malaysia pernah menang beberapa pertandingan berhadapan dengan musuh tradisi tapi tidak pernah sampai ke satu tahap yang baru.

Terutamanya 10 tahun kebelakangan ini.

Kita seperti terperangkap pada satu tahap dan tidak bergerak ke atas melepasinya.

Kita tidak pernah mendapat tempat di Piala Dunia.

Kita seperti melaungkan betapa hebatnya kita zaman dahulu tapi kita seperti tidak memecahkan tembok kegemilangan lalu dan membina tembok yang lebih gah berdiri.

Ranking Yang Memalukan

Menurut FIFA, ranking Malaysia di dalam dunia bola pada Oktober 2014 ialah 156, turun 2 berbanding September 2014.

Prestasi bola Malaysia hanya suram walaupun dikatakan banyak usaha dilakukan untuk membentuk pasukan yang berprestasi tinggi.

Baru-baru ini Kelantan, Pahang dan Johor menunjukkan permainan yang menarik tetapi malangnya yang menonjol kebanyakannya adalah pemain luar.

Kenapa pemain luar yang hebat?

Selalunya alasan yang diberi ialah pemain luar lebih cergas, mempunyai badan yang lebih hebat dan lebih berbakat daripada pemain tempatan.

Tapi adakah itu kebenarannya ataupun hanya ungkapan kata-kata untuk menyedapkan diri sendiri dan peminat bola sepak tanah air?

Pemain Perlu Membuat Latihan Yang Betul

What if you’re practicing wrong? Then you get very good at doing something wrong. If we don’t get good instruction, then we don’t notice when it’s a little out of round. Surrender yourself to your teacher. That’s doesn’t mean you turn over your life to the teacher – you don’t want a guru. You have to keep the autonomy within yourself. You are finally the ultimate authority on your own practice. – George Leonard

Masalah juga kalau jurulatih yang beri latihan yang salah kan? Itu pentingnya jurulatih mendapatkan strategi, taktik dan memikirkan untuk pemain untuk membina badan-badan pemain sehingga tahap mampu bersaing dengan pemain hebat di Eropah dan Amerika Latin.

Cuba kita tengok Cristiano Ronaldo. Apa yang hebatnya tentang pemain ini?

cristiano-ronaldo
Sumber gambar: Men’s Health. Klik pada gambar untuk pergi ke artikel itu.

Dalam lima itu, apakah kehebatan pemain Malaysia?

Berapakah kategori yang boleh kita letakkan sebagai sama taraf ataupun hampir sama taraf dengan CR7 ini? Dalam artikel Men’s Health yang sama ini, ada beberapa beberapa perkara menarik mengenai CR7.

Antaranya ialah:

  • Boleh proses game lebih cepat. Orang biasanya proses 5 pergerakan sesaat, tetapi dia boleh proses 7 pergerakan sesaat dan dia melakukannya separa sedar.
  • Lari 6 batu dalam perlawanan.
  • 33 kali lari pada kelajuan maksima pada 21 batu sejam dalam satu-satu perlawanan.
  • Boleh membuat squat sebanyak 440 poun (kakinya kuat!)
  • Boleh menyepak bola sehingga bola itu lajunya 80 batu sejam.

Deliberate Practice (DP)

Anders Ericsson, profesor psikologi yang mencipta perkataan deliberate practice menerangkan tentang kerja istimewa ini. Di dalam laman webnya, dia merumuskan DP sebagai:

[A]ctivities designed, typically by a teacher, for the sole purpose of effectively improving specific aspects of an individual’s performance.

Geoff Colvin, editor di Majalah Fortune telah menulis sebuah buku mengenai idea ini dengan mengkaji kertas-kertas kajian, dan membesarkan definisi DP dengan memasukkan enam ciri-ciri ini (ada lapan sebenarnya):

  1. Ia dibentuk untuk meningkatkan prestasi. “Asas deliberate practice ialah untuk melakukan latihan yang sentiasa meningkatkan batasan diri sendiri. Nampak macam ketara je tapi kebanyakan daripada atlet tidak melakukannya di dalam aktiviti yang kita anggap sebagai latihan.”
  2. Ianya diulangi berkali-kali. Sepert yang saya katakan tadi mengenai pentingnya aktiviti yang membosankan. Buat benda yang sama berkali-kali itu sangat membosankan. “Pengulangan yang banyak adalah perkara paling penting supaya dapat melakukan skil yang sama semasa perlawanan, bila ia betul-betul diperlukan.”
  3. Maklum balas sentiasa ada. “Anda mungkin fikirkan yang rehearsal yang anda buat itu hebat tetapi bukan pendapat anda yang penting. ” Prestasi anda yang penting.
  4. Mentally demanding activity. “Latihan tertumpu ialah satu usaha yang memerlukan fokus. Itu yang membuatkannya ‘tertumpu’, dan itu yang membezakannya dengan bermain saja-saja seperti orang biasa buat semasa waktu lapang.”
  5. Susah. “Buat benda yang kita tahu buat selalunya menyeronokkan, dan itu betul-betul terbalik dari apa latihan tertumpu perlukan.”
  6. Memerlukan objektif (yang baik). ” Atlet terbaik mempunyai objektif yang bukannya kerana hasilnya tetapi mengenai proses mencapai hasil itu.”

Di dalam bidang seperti bermain bola ni, pemain perlu ada satu objektif dan di atas padang, pemain tak boleh lari daripada melakukan ribuan jap DP kalau pemain itu nak jadi hebat.

Teori 10 Ribu Jam

Menurut Malcol Gladwell, penulis buku Outliers, beliau menyatakan bahawa kita perlu memperuntukkan 10 ribu jam untuk menjadi pakar di dalam sesuatu bidang. Ini bersamaan dengan lebih daripada 5 tahun latihan selama 5 jam sehari. Tapi peruntukan masa latihan itu bukanlah masa latihan sambil lewa tetapi latihan “deliberate practice” seperti yang saya katakan sebelum ini.

Latihan tertumpu ini yang membezakan atlet yang hebat dengan atlet yang biasa.

Sebenarnya ada kajian yang dilakukan mengenai topik latihan tertumpu ini. Kajian ini diterbitkan di dalam jurnal Applied Cognitive Psychology pada tahun 2005 dan ianya mengkaji tahap skil pemain catur profesional.

Setelah menemuramah dua sampel pemain catur yang agak besar, penulis itu mendapati bahawa “kajian mendalam” – kajian mendalam untuk melihat kembali permainan-permainan yang dimainkan oleh pemain lebih baik, cuba meramal pergerakan lawan – adalah peramal skil catur yang paling tepat.

Saya perincikan lagi:

Pemain catur dengan tahap skill tertinggi seperti grandmasters melaburkan masa lebih kurang 5,000 jam dalam mengkaji permainan catur dalam dekad pertama mereka bermain catur – lima kali ganda daripada pemain bertaraf sederhana.

Kajian lain juga berjaya mendapati perkara yang sama walaupun di dalam bidang berlainan. Untuk menjadi hebat anda memang perlu berusaha dengan lamanya, dan sama penting juga ialah masa itu juga perlu didedikasikan untuk jenis kerja yang betul.

Sedekad bermain catur secara serius akan membawa anda ke tahap sederhana. Tetapi sedekad kajian mendalam ke dalam permain catur akan membuatkan anda seorang grandmaster.

Setiap atlet mempunyai kekuatan mereka sendiri dan jurulatih pasukan patut memaksimakan kekuatan berbeza yang ada dalam setiap pemain.

Dengan kata lain pemain memerlukan latihan yang akan menajamkan kekuatan mereka. Ada yang boleh merembat bola dengan kuat, ada yang pandai passing bola, ada yang dapat lari laju dan lob bola dengan betul.

Apa Fokus Skil Pemain?

Apabila seseorang itu memberi fokus kepada skill masing-masing, kita akan dapat membuat satu tim yang saling memerlukan antara satu sama lain.

Di dalam buku The Innovators tulisan Walter Isaacson, beliau mengisahkan tentang Paul Allen bercerita mengenai Bill Gates.

Menurut Paul Allen, Bill Gates apabila dia buat kerja, dia sangat fokus kepada satu benda dan tidak ada apa-apa pun yang akan mengganggunya. Dia bergerak daripada satu, ke satu, dan ke satu sehinggakan dia meninggalkan tapak-tapak kejayaan yang boleh diukur oleh orang lain.

 

Saya syorkan jurulatih-jurulatih Malaysia membaca artikel akademik ini.
Saya syorkan jurulatih-jurulatih Malaysia membaca artikel akademik ini.

 

Seorang grandmaster catur pernah berkata sesuatu yang menarik perhatian iaitu:

“Being very good at anything involves being somewhat addicted.”

Safee Sali pernah dianggap seperti pengganti Mokhtar Dahari tapi setelah menang beberapa pertandingan dia mula merudum. Safiq Rahim dianggap seperti Beckham Malaysia tetapi setelah prestasi yang sangat mengujakan semasa Malaysia melawan Liverpool, dia akhirnya tenggelam juga.

Sanggup Buat Latihan Yang Membosankan
Dalam Masa Yang Lebih Lama?

Berlatih benda yang dianggap remeh sangat-sangat membosankan. Kena sepak bola ke arah satu tempat dan memastikan bola tu tepat pada sasaran beribu-ribu kali sehingga otot-otot ingat akan gerakan tu.

Memang gila lama.

Tapi itu sesuatu yang diperlukan. Perlu untuk setiap pemain membuat latihan yang bosan… yang asas sampailah apabila pertandingan berlangsung, pemain dapat menggunakan semua latihan yang bosan-bosan itu di atas padang.

Passing yang tepat. Rembatan yang betul ke arah gol. Dan tidak gugup apabila 1-on-1 dengan penjaga gol.

Tapi untuk sukan yang kompetitif, memang perlu untuk membuat latihan-latihan yang membosankan. Sehinggalah setaraf dengan pemain-pemain di La Liga.

(Teringin juga tengok pemain Malaysia selicik Messi dan selaju Arjen Robben)

Satu perkara penting dalam mendapatkan kepakaran skil, saintis mendapati dalam sebuah kajian ialah pemain-pemain ini perlu fokus kepada latihan-latihan membina ini pada satu tempoh yang tidak terganggu. Mereka memerlukan masa yang lebih lama untuk internalize segala skil yang mereka latih.

Apabila terlalu banyak gangguan, pemain tidak dapat mengasah skil mereka. Ini sangat penting terutama sekali semasa mereka muda. Kita mempunyai sesuatu yang bernama Muscle Memory dan apabila lebih diasah dengan lebih mendalam (tanpa gangguan), pergerakan kita akan tertanam di dalam minda lebih daripada sebelumnya.

Saya kerap melihat gambar pemain bola kita bergembira di Facebook, Twitter dan Instagram (just to be clear, itu tak salah). Cuma tidak banyak gambar di Instagram, Facebook ataupun Twitter yang menggambarkan betapa banyaknya mereka usaha.

Banyak dalam media sosial adalah gambar anak mereka dan tempat-tempat yang mereka pergi dan aktiviti mereka selain daripada latihan-latihan mereka lakukan.

Itu tidak salah dan mereka berhak untuk melakukannya.

Tugas untuk melatih pemain adalah tugas jurulatih. Jurulatih perlu memastikan pemain-pemain betul-betul dipush untuk membuat latihan dan mempunyai peningkatan dalam permainan mereka.

Jurulatih dan pemain perlu membuatkan gangguan di luar sana sebagai sebagai sesuatu yang tak relevan kerana mereka intensely focused kepada latihan mereka.

Fokus Pemain Semasa Latihan?

Memang sukar untuk buat perkara yang penting. Perkara yang sukar seperti latihan, minda betul-betul fokus kepada bola, dan bagaimana untuk menyesuaikan diri di dalam pasukan dan membawa pasukan ke tahap yang lebih tinggi adalah tugas setiap pemain dan staf yang bertanggungjawab.

Boleh tak pemain kita mempunyai resourcefulness  seperti Cristiano Ronaldo? Mencari-cari peluang dan membuat peluang.

Mampu tak pemain Malaysia bermain dengan rajin cover padang bola? Cuba tengok Champions League. Ramai ke pemain Malaysia boleh buat sebegitu ataupun tidak ada satu pun boleh meliputi padang sebanyak itu?

Bola sepak adalah sesuatu yang menjadi minat ramai orang di Malaysia. Walaupun begitu, usaha untuk memperkasakan permainan pemain-pemain Malaysia agak rendah. Rakyat Malaysia semuanya seperti sudah pasrah bahawa Malaysia ni hanya akan jadi jaguh kampung dan tidak akan berada bersama Brazil, Jerman dan negara-negara kuasa besar bola.

Tapi saya tidak ingin berhenti berharap. Mungkin… mungkin… satu hari nanti kita boleh bersorak dan mengatakan betapa bangganya kita sebagai rakyat Malaysia bahawa Malaysia memenangi Piala Dunia nanti.

Adakah Ranking Bola Kita Akan Berubah?

Saya jamin tiada banyak yang akan berubah dalam masa 5 tahun ini jika tidak ada rombakan latihan dan analisis mendalam dibuat untuk memastikan latihan yang diberi kepada setiap pemain mampu menaikkan mutu peribadi mereka.

Pemain Malaysia perlu menjadi terlalu hebat sehinggakan pemain lain bila dengar nama satu demi satu pemain Malaysia, mereka akan berasa… seronok dan kecut pada masa yang sama.

So good they can’t ignore you… itu yang saya maksudkan.

mokhtar-dahari

Every game is composed of two parts, an outer game and an inner game. The outer game is played against an external opponent to overcome external obstacles, and to reach an external goal.

Alih bahasa: Terdapat dua bahagian di dalam setiap permainan, permainan luaran dan permainan dalaman. Permainan luaran ialah permainan berlawan musuh di luar untuk melepasi halangan luaran, dan untuk mencapai gol luaran.

Ayat di atas juga diutarakan oleh George Leonard. Mungkin lebih sesuai kalau kita katakan bahawa apa yang berlaku di dalam minda kita itu ialah X factor yang akan membezakan terhebat dengan yang hebat.

SUMBER RUJUKAN:

Buku
Outliers – Malcolm Gladwell
The Innovators: How a Group of Hackers, Geniuses, and Geeks Created the Digital Revolution – Walter Isaacson
The Inner Game of Tennis – George Leonard
Mastery – George Leonard
So Good They Can’t Ignore You – Cal Newport

Laman Web
http://www.menshealth.com/fitness/fittest-man-alive
http://calnewport.com/blog/2014/10/15/how-to-win-a-nobel-prize-notes-from-richard-hammings-talk-on-doing-great-research/
http://calnewport.com/blog/2014/09/05/john-cage-on-the-necessity-of-boredom/
http://calnewport.com/blog/2014/10/27/on-the-obsessive-focus-of-bill-gates/
http://calnewport.com/blog/2014/06/21/the-concrete-satisfaction-of-deep-work/
http://calnewport.com/blog/2014/06/05/dont-fight-distraction-make-it-irrelevant/
http://www.fifa.com/associations/association=mas/ranking/gender=m/
http://calnewport.com/blog/2012/03/15/being-very-good-at-anything-involves-being-somewhat-addicted-hard-truth-on-the-sheer-difficulty-of-making-an-impact/
http://calnewport.com/blog/2010/01/06/the-grandmaster-in-the-corner-office-what-the-study-of-chess-experts-teaches-us-about-building-a-remarkable-life/
http://talksport.com/football/europes-hardest-working-player-revealed-top-10-stars-who-cover-more-ground-champions-league
http://www.scotthyoung.com/blog/2010/01/25/living-on-the-edge-of-incompetence/

Kajian Akademik

The Role of Deliberate Practice in the Acquisition of Expert Performance

Diterbitkan oleh

Abdul Rahman

Seorang penulis, pembaca, programmer dan macam-macam lagi.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *