Bintang Arsenal Francesc Fabregas Disambar Barcelona

;

Ini mungkin merupakan perpindahan paling sensasi pada musim panas ini apabila Bintang Arsenal yang juga merangkap kapten The Gunners, Cesc Fabregas kini sah berpindah ke Barcelona.

Perpindahan yang mungkin agak berat bagi Arsene Wenger namun ianya memang sukar untuk menahan pemain berkenaan lagi. Media Sepanyol melaporkan nilai perpindahan Fabregas sekitar 40 juta Euro. Pemain tengah berusia 24 tahun itu akan menjadi milik Barcelona sebaik dia menandatangani kontrak serta menjalani pemeriksaan perubatan.

Perpindahan Fabregas mungkin bukan satu-satunya kehilangan besar yang akan melanda skuad Arsenal musim ini, namun Arsenal juga mungkin bakal kehilangan Samir Nasri yang kian mendesak untuk berhijrah ke Manchester City. Jika Arsene Wenger kekal berkeras tidak mahu melepaskannya sebelum pasaran perpindahan akhir bulan ini, beliau akan kehilangan Nasri secara percuma apabila kontrak Nasri tamat hujung musim ini, jika bersetuju dengan tawaran Manchester City, Arsenal sekurang-kurangnya mungkin akan mendapat  20 juta Euro.

ps: bisnes menjual manusia ni memang menguntungkan  = )

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *