Bila Kita Bermimpi, Apa Maksud Mimpi Itu?

Adakah mimpi anda membawa sebarang makna?

Kadang kadang kita senang betul bermimpi.

Masuk akal, tak masuk akal. Dua-dua ada.

Apabila kita bermimpi, kita mencari apa itu maksud di sebalik mimpi itu. Ada tak maksud mimpi itu? Kita mula membuka pelbagai kitab, forum, blog untuk mencari makna mimpi.

Ada satu buku sains menyatakan bahawa mimpi itu hanyalah mainan minda kita semata-mata dan tidak membawa apa-apa makna melainkan gaya pemikiran kita. Adakah itu betul maksud mimpi kita?

Profesor di dalam bidang psikologi, Calvin Hall telah mengkatalogkan dan mempelajari mimpi selama 30 tahun dan dia yakin bahawa mimpi tidak membawa apa-apa makna sekalipun. Tapi, dia percaya bahawa mimpi adalah sambungan kepada buah fikiran kita semasa bangun, dan bercampur aduk dengan neurologi kita yang agak aneh pada waktu malam. (Anda boleh baca buku Dreamland: Adventures in the Strange Science of Sleep yang ditulis oleh David K. Randall.

OK, dari segi sains, mimpi tidak ada sebarang maksud.

Kalau dari segi Islam pula? Apa maksud mimpi?

sedapnya mimpi...

Ini info yang saya dapat jumpa:

Maksud Mimpi Mengikut Islam

  • Berkaitan Peristiwa Atau Kejadian
  • menunaikan solat alamatnya akan sempurna kerja di dunia dan akhirat
  • berlaku perang sabil atau anda akan menunaikan haji alamatnya dosa anda akan diampunkan dunia dan akhirat
  • memasuki Masjid Haram atau melakukan tawaf di Baitulallah alamatnyaanda akan mendapat pahala dan nikmat akhirat dan jika seseorang itu berada dalam kesakitan ia akan segera sembuh
  • beri sedekah atau zakat fitrah anda akan berasa suka cita dan aman bahagia
  • memohon doa kepada Allah Taala atau membaca qur’an di rumah anda alamatnya anda akan terlepas daripada bahaya atau sempurna sesuatu pekerjaan yang dilakukan
  • membaca qur’an dengan suara yang lanjut alamatnya panjang usia anda
  • berpuasa alamatnya anda akan mendapat kekayaan atau menjadi orang yang berpakat besar
  • diri anda dalam keadaan bersujud alamatnya anda akan bertapa
  • sembahyangkan jenazah memberi alamat anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat
  • melihat pelita atau sesuatu yang menyala menandakan pekerjaan yang anda lakukan tidak dapat dilakukan oleh orang lain
  • diri atau rumah anda terbakar menandakan anda akan mendapat ilmu kebajikan di dunia dan akhirat
  • melihat jalan masuk ke kebun atau sesuatu kawasan alamatnya anda akan mendapat berita yang gembira
  • melihat jalan yang lurus memberi alamat anda akan melakukan segala suruhan Allah Taala
  • melihat jalan ke pekan memberi petunjuk anda akan mendapat keuntungan yang besar
  • melihat jalan yang sempit alamatnya anda akan mengalami kesukaran
  • perisai terlalu banyak di rumah anda alamatnya rumah anda dipeliharan daripada sebarang kejahatan
  • mengenai anak panah menandakan anda akan mendapat surat
  • diri di panah orang alamatnya anda akan mengirim berita kepada orang
  • memanah kayu menandakan akan berlaku kematian
  • bermain besi memberi alamat sebarang pekerjaan yang dilakukan akan diakhiri dengan kejayaan
  • bermain dengan senjata menandakan seseorang itu akan mendapat kebaikan daripada apa yang dilakukan untuk kebajikan
  • mengenai permata membawa petanda anda akan mendapat harta atau kenaikan pangkat
  • memakai gelang perak di kaki alamatnya anda akan mendapat kebajikan.
  • duit terbelah dua alamatnya anda akan bergaduh
  • bertengkolok besar atau berbaju besar anda akan menjadi orang berpengaruh atau berpangkat besar
  • berkain hijau alamatnya segala kerja yang dilakukan akan mendapat keredhaan Allah Taala.Bermimpi memakai kain memberi alamat anda akan mendapat keuntungan yang besar
  • kain di pinggang terkoyak alamat keluarganya akan mati dan kalau terkoyak baju alamat kematiannya
  • mengenai bunyi gendang di dalam rumah alamatnya pekerjaan anda diberkati
  • bunyi rebab alamat beroleh kegembiraan dalam hidup
  • makan kuih apam alamatnya anda akan mendapat harta dan jika makan sehidangan dengan raja atau orang besar kehendak anda akan tercapai
  • makan gula alamatnya seseorang akan berduka cita
  • makan makanan masam memberi alamat anda akan sakit atau berduka cita
  • memakan ubat alamatnya anda akan berada dalam keadaan aman dan sentosa
  • Sekiranya bermimpi diri anda telah sembuh dari demam, menandakan cita-cita anda akan berjaya.
  • muka anda merah atau hitam menandakan anda akan mendapat bahaya.
  • gigi anda patah menandakan saudara anda akan mendapat kemalangan atau mati.
  • diri anda dipukul orang atau mengalami perdarahan menandakan anda akan kehilangan harta.
  • dimarahi guru, menandakan anda akan dimurkai oleh orang-orang besar.
  • rumah anda atau rumah orang lain runtuh alamatnya anda akan difitnah.
  • naik ke rumah besar atau mahligai yang indah anda akan memperoleh kebesaran di dunia dan akhirat.
  • membuat rumah atau dinding alamatnya anda akan memperolehi kekayaan dan selamat dalam kerjaya anda.
  • melihat rumah yang tinggi menandakan anda akan berkawan dengan orang jahat
  • tangga rumah patah menandakan anda akan dikhianati
  • Sekiranya di dalam mimpi anda anda berwudhuk alamatnya pekerjaan anda akan sempurna
  • tidak boleh berenang atau sesak nafas yang teramat sangat menandakan anda akan memperoleh harta atau ilmu
  • Sekiranya anda bermimpi berjalan atau berlayar ke sesuatu tempat yang jauh menandakan anda akan dipermuliakan orang
  • ayam sabung menyambung menandakan anak lelaki anda akan berkawan dengan orang baik
  • melihat Allah Taala dengan ketiadaan yang menyerupai baginya dengan sesuatu , segala kehendak akan diperolehnya dan dialah WaliAllah yang beroleh kebesaran di dunia dan akhirat
  • Sekiranya seseorang bermimpi melihat Rasulullah s.a.w anda akan masuk syurga
  • melihat malaikat Jibrail a.s datang kepada anda, anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat
  • Jikadi dalam mimpi seseorang itu melihat titian siratulmustaqim, seseorangitu akan mendapat pekerjaan yang baik dan dijauhi daripada kejahatan
  • Sekiranya bermimpi melihat pendita atau fakir, anda akan dikurniakan sesuatu oleh Allah s.a.w
  • Sekiranya bermimpi melihat lelaki lebih ramai daripada perempuan menandakan anda akan mendapat kebajikan
  • memegang dakwat atau kalam, alamatnya anda akan memperoleh isteri, ilmu dan harta yang halal
  • mata atau tubuh anda bercahaya alamatnya anda akan memperoleh kebajikan dengan sempurna.

Untuk tafsir panjang lebar di atas pula, saya dapat daripada halaqah.net (Kemas kini: link mati), sumbernya pula dari yolasite (Kemas kini: link sudah bertukar). Fuh, memang sakit mata tengok kat Internet ni. Info banyak benar!

Bagi anda, maksud mimpi anda bagaimana? Kadang-kadang mimpi amat menakutkan sampai menjejaskan hari-hari kita… Memang tak best kalau itu yang terjadi. Tebayang-bayang mimpi tu.

Diterbitkan oleh

Abdul Rahman

Seorang penulis, pembaca, programmer dan macam-macam lagi.

60 padangan di “Bila Kita Bermimpi, Apa Maksud Mimpi Itu?”

  1. askum,kalau kita mimpi kita makan babi apa pula maksud nya…sorry lah coz tanya,sebab tak pernah dapat mimpi macam tu…

  2. Dalam minpi 2.saya nampa dia asiden .sambil gigi saya patah..dan sya bertemu dia di tempat kawasan lapang cm padang pasir,sambil dia berkata dia juah sagat skang saya x boleh ikut.so selam2 beberapa saya jatuh sakit.sampai skang saya x penah jumpe dia lagi..dalam minpi 2 juga gigi saya ilang pelik ar.pning ar sampai skang saya x tahu kenapa.jadi cm 2

  3. saya ilah budak tahun 6 sekolah kebangsaan saya ada mimpi ni budak perempua n ni baya saya kawan saya kata kalau kita mimpi orang tu masuk nye dia rindu kita

  4. ohhh ……….. rupa nye saya dh baru minta maaf ngan dia lepastu sya dh tk mimpi dia

  5. Bila kita mmpikan sseorg llki …
    apakah mksdnya … ermmm .. dah brturut-turut … ermm mm.. mksdnya?

    1. Dalam hemat saya, bila kita mimpi lelaki tersebut berturut-turut.. Mungkin akan ada sesuatu yang berlaku melibatkan si dia. Apa mimpi saudari? Boleh pihak admin kokotiam tahu?

  6. As salam…boleyh sy tau, ape mksud kalo kite mimpi tentang kekasih kite ingin melakukan persetubuhan dgn wanita lain tapi belum buat pape lg…dan mimpi 1rombongan meminang dtg umah sy…. Boleyh tolong jelas kn mksd mimpi sy??..

  7. emm..kalau mimpi ade orang slalu hulr tngan kat kta apa mksudnya..heheh..time kasih..

  8. saya bermimpi terserempak dengan ex saya dalam situasi yang tak dijangka

  9. Saya bermimpi utk volunteer memasak daging babi kepada non muslim..then saya bermimpi..saya berjalan dgn anjing yg bkn kepunyaan saya..tp saya layan dia mcm my own pet. What it mean…??

    1. Cik Intan mesti baru-baru ni banyak baca artikel ataupun blog post pasal anjing… itu yang terfikir macam tu… Dah la kadang2 anjing pun ada yang cute.. Macam husky tu ke.. Shiba inu…

  10. Assalaam..
    Saya dah bangun solat subuh, tapi trasa mengantuk yg amat jd sy tidur semula kul 7. Saya mimpi saya travel dgn kawan, saya naik kereta dgn kaqan perempuan, sorg kawan lelaki naik basikal, dan ade sorg lg kawan perempuan yg semput jalan kaki.
    Saya kesian tgk kawan yg semput tu, saya suruh dia naik kereta, saya turun, disirih naik basikal, yg lelaki jalan kaki.

    Saya tunggang basikal memang nak balik rumahm baru niat je, saya belok kat selekoh terus smpai dalam rumah.rumah tu rumah flat. Bila smpai nampak suami baru bangun tido, saya angkat basikal, keluar rumah nk lari dari dia. Turun tangga dan berjaya lepaskan diri.

    Tapi saya nmpak di jenguk dr atas dan sy akhirnya patah balik dan bertembung dgnnya di tingkat dua. Saya pegang dan genggam tgn dia, sama2 naik ke tingkat 3 – rumah kami. Saya ternampak bucu koridor tak berpagar, lintasan hati kata kalau terlajak ni boleh jatuh.
    Jalan terus ke depan, saya tgk tmpt rumah saya dah terang, pandang ke bawah, rumah saya dah jatuh tapi tak pecah, saya nampak anak lelaki saya terputus dua di pinggang dgn mata terbuka pandang saya, menggelepar, anak perempuan saya tu anak angkat, tidur dgn ade percikan darah di muka.

    Saya menjerit nama anak saya, saya lihat ada tangga turun betul2 depan anak saya..dan saya berlari turun mendakapnya.

    Feelnye betul2 saya sedih nak nangis, dan takde sepatah pun perkataan keluar kecuali nama anak saya masa saya jerit tu -Amsyar..

  11. apa makna mimpi saya tiap2 hri sy mimpi hntu dtang pgang sy..,sy brusaha hlau hntu dgn bca ayat al- quran..,dia hlang..,lpas tu dia dtang lgi..,

  12. assalamualaikum..sy nk tnye bru2 ni sy mimpikn kwan sy..mmpi tu sy trnmpk kwn sy ni then sy cuba kejar dia tpi dia mnghilang..puas sy cari tak jumpa2..kami ni dh lame tak jumpe..after spm bawak haluan msing2..boleh sy tau ape maksud mmpi sy ni ? thnks

  13. Hai, em sy ada mimpi pasl ex sy 3 mlm dh tk lma tu sy mimpi skali dengn kawn lelki sy,kwan lelki yg sy mksdkn tu ialah abg kpda ex sy,sy dengn abg dy msi bkwan tpi kmi jarng dh berkmuniksi smpi ari ni,msa tu dy dengn adk dy iaitu ex sy main bola dekt2 rumh sy trus tk lma tu,abg dy munth,trus abg dy mnta pinjm bilik mndi nk cci mult dy so dy pn msuk rmh sy

    1. Mungkin dia rindu cik, sebab tu cik termimpi. Mereka berdua terindu cik, pada masa yang lebih kurang sama. Cik boraklah dengan mereka, terutama ex cik tu. Mungkin kalau dia pernah buat salah, dia dah insaf dan mahu berikan yang terbaik untuk cik.

  14. Assalam… Sy mimpi seseorang wanita yg sy kenal tp kami tidak pernah bertegur sapa mahupun berbual sblm mimpi tersebut.

    1. Slps mimpi tsbt sy cba minta no tel gadis tsbt tetapi gagal, 7 hari slps mimpi tsbt sy dapat butiran lengkap ttg dia tanpa sengaja. Baru2 ini kami berhubung, dia mengatakan yg teman lelakinya pula bermimpi duduk diatas batu tp sungai sambil melihat dia dr jauh. Sy hanya mencari jwpn. Tq

  15. Macam mana kalau yg bermimpi tentang seseorang yg dikenali tp tak pernah nak bertegur sapa….?sudah hampir 4 kali bermimpi tentang si dia.

  16. Assalammualaikum, saya ada seorang kawan lelaki dan kami rapat..Satu malam saya dapat mimpi saya rapat dengan dia. Tetapi mimpi itu bersambung. Walaupun saya balik kampung , mimpi tu saya tetap dapat. Yang paling saya ingat. Dalam mimpi tu , kami pakai baju nikah warna putih. Apa maksudnya ?

  17. Assalamualaikum…
    Kalau kita bermimpikan seseorang yang tidak pernah kenal dan berjumpa pula macam mana yea?
    Kadang gambaran tentangnyapun kita tak pernah tau kerana tidak pernah bersembang atau berbual sekalipun?

  18. Assalamualaikum ..
    Sy nk tanye, kalau mimpi benda yg same ape mksudnye??
    Kalau mimpi org xknl pula.. tp lps sy mimpi org x knl sy pelik,, sy akn berknaln dgn org tersebut…
    Adakah petanda mimpi ini sbenarnye akn brlaku??

  19. assalammualaikum.. ketika kita demam.. pastu bermimpi menakutkan..saya kene ibarat cam disiksa kena angkat gajah putih..saya lari la kan sedar2 saya nak meluru keluar rumah..family saya sedarkan saya..tahu2 gajah yang saya kena angkat tu.. tak pasti..tapi semua kitab2 la..apa maksudnye tu ye.. berlaku suatu ketika dahulu…

      1. Saya aiman ting 3..sy pernah bermimpi..sy mimpi rumah lama sy..sy mimpi sy beli kuih dkt rumah kwn sy then ada kwn sy dtg dan memfitnah sy mencuri kuih tersebut..kemudian sy lari..tetapi semasa berlari sy cakap “takpe man ni mimpi je kejap lagi bangunlaa”..mimpi tu sy hnya dpt skali tp ayat tu banyak kali sy ckp dlm mimpi seolah olah sy tgh terjaga..apa mksud mimpi tu ehh?

        1. Tu maksudnya kita tengah dalam “lucid dream”. Yang specialnya pasal lucid dream ni kita dapat control mimpi kita sebab dalam mimpi tu kita sedar yang kita ni tengah mimpi. So, dalam mimpi tu kita boleh buat apa yang kita nak.

  20. saya pernah bermimpi saya dan seseorang yang saya suka menjadi sebuah pasangan kekasih.apa maksud disebalik mimpi saya?adakah ia akan menjadi benar?

  21. Masa tgh tidur saya dah rasa lain macam, terasa seram sejuk. Bulu roma dah meremang. Keadaan saya separa sedar dimana saya masih sedar apa berlaku cuma nak bukak mata mcm tak larat, saya lynkan tidur ni, dan bermimpi dalam mimpi saya keluar dari rumah saya dan berjumpa dgn seorang pakcik yg merupakan jiran lama saya. Saya bertanyakan masalah tidur saya kat pakcik tu Dan pakcik tu ckp suruh saya berjaga2 sebab ada benda nk mengikut kau tu. Lepas pakcik tu cakap mcmtu ada sesuatu tarik saya Dan lepas tu saya terus terjaga dari tidur. Sampai saya tulis ni saya masih berasa seram sejuk lagi. Saya tinggal sorang diri dirumah. Mohon pencerahan.

  22. Sye pnah mimpi yg dye sdng brrsetubuh dgn lelaki yg sye tdk kenali…kmudian sye mgandung…ape mkne mimpi sye itu??

  23. sya bermmpi seseorang dua kali dalam bulan terdekat ini,apa maksud mimpi sya tersebut?
    #mimpi pertama dia menangis dibahu saya,tapi sya dn dia hanya kawan biasa. .
    #ke2-dia kelihatan sakit dalam mimpi saya…*apa kah dia benar-2 sakit..

  24. assalamualaikum . saya ingin bertanyakan sedikit maksud disebalik mimpi saya nie . saya bermimpi saya dan housemates ke rumah rakan kelas saya . ketika saya sedang makan diluar rumah, berlaku angin kencang dan ribut sehingga menerbangkan khemah diluar rumah tersebut . kemudian, datang pula ombak besar seperti banjir yang sangat kuat sehingga membawa saya ke suatu tempat tidak jauh dari rumah kawan sekelas saya . kemudian apabila saya kembali ke rumah tersebut, banjir itu berlaku lagi . kemudian, saya hairan, kenapa saya seorang saja disitu yang basah lencun dan mengalami luka-2 kecil ? sedangkan kawan-2 saya didalam rumah tidak menyedari lansung apa yang berlaku diluar rumah . mimpi saya ini memang tak masuk akal . tapi saya rasa macam ada sesuatu disebalik mimpi saya ini . tolong tuan/puan, cik/encik jelaskan maksud disebalik mimpi saya ini . terima kasih .

  25. Assalam sye ingin bertanya…klau kita mimpi kita jumpa kwan perempuan tapi dia selalu menangis sambil pegang patung….dah dua kali sye mimpi…apa kah maksud nya,klau boleh reply dgn cepat ye

  26. Apa maksud mimpi saya pasal saya mimpi lelaki yang berlainan. Mimpi ni dah 3 hari berturut turut. Adakah mimpi saya tu hanya mainan tidur atau ada maknanya?

  27. Asslam,,kalau mmpi dri sendri tngah sakaratul maut,,,dlam pangkuan bini,,dpan ade mak n ayah…nafas trsekat 2 kali,,,pstu sempat mngucap…pastu trus sedar…mimpi pkul 7pg,,apa maksudnya?

  28. Nak tanya apa maksudny klau mimpi laki yg kita suka duduk sebelah kwn kita mcm dlm klas buat kerja sekolah or something…waktu tu kita ada and kita jeles tengok depa duarang??

  29. Assalamualaikum w.b.t
    Sya mmpi yg saya,bstie n org yg sya ska berada dlm rmah sya. N then org yg sya ska tu kluarkan bju dari beg dia. Dia sruh sya n bstie ambil bju tu. Lpas tuu org yg sya ska tuu dkat dgn bstie sya then mreka borak smpai sya x kna lyan. Sya cmbru tngok drang. yg realnya saya n bstie sya pn mnat dngan dia jga. Apa mksudnya ye?

  30. Salam..saya nk tnya, sebelum ni, kawan saya ada mimpi saya kahwin, mlm esoknya, saya mimpi saya nmpk lelaki yang saya suka, pastu dia minta sejadah kat saya dan dia solat, lepas solat, dia duduk sebelah saya, dan dia pegang tangan saya erat2, dalam masa yang sama, saya nampak ada family dan budak2 mungkin anak sedara, dan saya rasa waktu tu kami brdua pakai pakaian yg cntik.. apa mksdnya tu? adakah sekadar mainan tidur? tp mmg sebelum ni mimpi laki tu banyak kali dh.

  31. Salam….Nk tnye…sye ade suke laki ni dan dia thu saye suke dia…tpi laki tu skrang couple dengn kawan saye…..ape mksud…Sye mmpi laki yang saye suke tu….datg kt saye dan dia pandang saye lama…
    ….???

  32. Assalamualaikum, saya nak tanya apakah maksud kalau kita mimpikan mak/ayah kita meninggal dan sebaik sahaja bangun dari tidur, kita tak henti-henti menangis

  33. Sy teringin sangat pergi ke sesuatu tempat , tapi sy bermimpi yang sy tidak dapat pergi k sana . apa itu tanda yang sy betul2 tidak boleh pergi ke tempat itu?

  34. Salam..saya ada mimpi kat tempat tinggal saya..dlm mimpi saya..saya sedang berjalan keluar dari rumah tiba2 langit menjadi gelap..seperti ribut..tetapi datangnya puting beliung yg sngat banyak kami lari daripada puting beliung tersebut untuk menyelamatkan diri saya selamat dari puting beliung itu…apa maksudnya sebenarnya??? Sudah lma saya memikirkan tentang ini…wlaupun sudah lama berlaku tapi tetap segar di ingatan…

  35. Assalamualaikum kawan saya pernah bermimpi yang dia berkahwin dengan orang yang dia suka sebanyak 2 kali . Lepas tu kawan saya satu lagi ni dia mimpi pasal saya dan kawan saya dah ada kekasih dalam mimpi dia kami dah sekolah menengah.Apa maksud mimpi tu ya?

  36. apakah maksud mimpi membuka cincin sbb nak makan tak nak cincin kotor . lalu letakkan cincin ditepi sinki basuh tangan kemudian cincin hilang.

  37. Apa mksud mimpi tu klau mlm tu utk kli pertama kita bermimpikan anak sultan and then siang tu anak sultan tu btol² lalu sebelah kita utk kli pertama jgak…so bleh Sya thu tak ap mksud mimpi tu???

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *