Panduan Berhenti Melancap

Anda tak sedar lagi… tapi dalam 8 minit, anda akan belajar bagaimana untuk berhenti melancap dan berhenti menonton gambar lucah selama-lamanya.

Agaknya berapa lama masanya yang anda dah gunakan untuk tengok gambar lucah, video blue dan melancap?

Berapa ratus jam sebenarnya yang dah anda habiskan semata-mata untuk ‘terpancut’?

(Dan kalau anda dah buat banyak sangat melancap ni… anda mungkin akan terkena penyakit ‘erectile dysfunction’ yang akan menyebabkan anda tidak dapat mengekalkan ketegangan sepanjang aktiviti seksual dengan isteri).

Betapa kecewanya isteri bila cepat sangat sang suami terpancut ni kan?

Perasan betapa cepatnya anda pancut lepas tengok gambar-gambar sebegitu?

The Star ada melaporkan…

Lebih 4 JUTA Carian Berkaitan Dengan Bahan Lucah dari Ogos 2012
Hingga ke Januari 2013!

Yep… dan itu datang dari satu laman web sahaja. Tak termasuk lain-lain.

carian-malaysia

Cuba tanya diri sendiri: Berapa banyak laman web lucah ada di luar sana?

Beratus ribu ataupun berjuta.

Tiada siapa ada data tepat mengenainya.

Mungkin carian berpuluh ataupun beratus juta untuk bahan-bahan sebegini di dalam negara kita… seperti epidemik ‘senyap’ sedang berlaku di negara tercinta ni.

“Sebenarnya  Apa Kesan Negatif Tengok Benda-Benda Ni Pada Diri Kita?”

Sekarang, dengar betul-betul.

Dalam satu kajian Effects of Prolonged Consumption of Pornography, Zillmann mendapati terdapat kesan negatif secara sosiologi, termasuk…

  1. kurangnya rasa hormat untuk hubungan monogami jangka panjang…
  2. dan keinginan “membuat anak” yang semakin lemah.

Dia menyatakan bahawa nilai-nilai di dalam pornografi berlawanan dengan konsep kekeluargaan, dan juga berpotensi merosakkan nilai-nilai tradisional yang memberatkan perkahwinan, keluarga dan anak!

Kenapa? Sebab skrip di dalam pornografi hanya fokus kepada perhubungan seksual dengan orang yang baharu sahaja berjumpa, yang langsung tidak mempunyai perkaitan antara satu sama lain, dan dalam masa sekejap akan pergi begitu sahaja dan tidak akan berjumpa lagi…

Selain daripada itu, kepuasan seksual di dalam pornografi bukanlah hasil daripada hubungan emosi, yang baik, yang sayang, dan pastinya bukannya penyambungan hubungan tersebut kerana sambungan hubungan tersebut akan membawa kepada tanggungjawab, sekatan, dan kos…

Dalam kertas kajian lain pula, mereka mendapati bahawa yang kuat tengok blue ni…

Cenderung Untuk Melakukan
Serangan Seksual!

Itulah yang tertulis di dalam Sexual Deviation as Conditioned Behavior: A Hypothesis di mana R.J McGuire mendapati menonton bahan pornografi boleh menjadi sumber fantasi seksual yang jelas di mana bila seseorang itu bayangkan semasa melancap, boleh membentuk seseorang itu sampai sesat jalan.

Gail Dines menemuduga beberapa orang di dalam penjara di mana mereka mendapati orang yang merogol kanak-kanak ini selalu menonton “child porn” dan dalam 6 bulan, mereka sudah biasa dengannya.

(Tapi pada awalnya semua orang yang ditemuduga ini seram sejuk dengan idea menonton bahan sebegitu)

Dalam Effects of Prolonged Consumption of Pornography pula melaporkan kajian terkawal di mana mereka yang selalu menonton bahan pornografi yang ada di di kedai buku orang dewasa (ada di Amerika), akan melaporkan kepuasan menurun dengan kehidupan seks dan dengan pasangan mereka  dan mereka juga ada lebih kesediaan untuk melakukan rogol atau perbuatan seksual paksaan.

Kajian Demi Kajian Dilakukan… Dan Lebih Banyak Anda Baca… Lagi Menakutkan
Diri Anda.

Ya… Memang banyak sebenarnya kajian telah dilakukan kesan-kesan pornografi ke atas diri kita.

… Merupakan jalan ke arah kecurangan dan penceraian

… 2/3 daripada pasangan akan terjejas minat mereka dalam melakukan hubungan seks

… Selalu tengok blue membawa kepada hilangnya minat ke dalam hubungan kekeluargaan yang baik

… Pornografi itu menagihkan dan neurosaintis mula mengetahui substrat biologi dengan ketagihan ini

… Menambah masalah sosial dan psikologi di dalam seseorang

… Pengguna hilang sensitiviti kepada jenis pornografi yang mereka guna, jadi bosan, dan mencari bahan yang lebih songsang

… Mempunyai kesan mengebaskan kepada realiti

… Lelaki yang tengok selalu mempunyai toleransi untuk aktiviti seksual yang tidak normal

… Meningkatkan lagi masalah dalaman seseorang lelaki

… Selalu sangat tengok menyebabkan lelaki melihat wanita sebagai komoditi ataupun objek seks

… Menghancurkan kecantikan asli seorang wanita

… Menyebabkan kemahuan seks yang tidak normal, sehingga menyebabkan lebih banyak anak luar nikah dan STD dan seterusnya membawa lebih banyak “kelemahan” dan masalah-masalah lain.

… “Mewayarkan” semula otak seseorang itu

… Orang dewasa yang selalu tengok akan pada awalnya berasa malu, kurangnya keyakinan diri, dan tidak pasti dalam hubungan seksual… 

… Menipu mengenai lelaki dan wanita. Perempuan tidak seperti “porn stars” di dalam filem-filem lucah

Ubah Semua Tu!

Cukup setakat tu sahaja kita cerita pasal kesan buruk pasal bahan lucah dan melancap ni.

Jangan risau… boleh berhenti. Masih belum lagi terlambat.

Pelbagai kesan positif akan berlaku bila anda berhenti melancap dan berhenti menonton video blue ni.

  • Anda akan sangat geram dengan diri anda… kenapalah anda buat semua tu sedangkan kalau tak buat, macam-macam perkara lebih baik boleh dibuat.
  • Mendapat kembali sifat ingin tahu seperti kanak-kanak… sentiasa mencari benda baharu untuk bermain… berkenalan… dan mendalami segala jenis ilmu yang menarik minat…
  • Membina badan… tidak lagi lemah… cuba sedaya upaya untuk bergerak ke hadapan untuk menguatkan badan…
  • Pemulihan dari porn-induced sexual dysfunction. Hasil kajian saya mendapati ramai orang berjaya menyembuhkan erectile dysfunction (ED) dan melambatkan diri daripada terpancut awal dan beberapa lagi isu seksual lain.
  • Kawalan diri yang lebih baik. Sesetengah orang sebenarnya tidak mempunyai masalah pornografi ataupun onani tapi nak cuba berapa lama mereka bertahan tanpa semua aktiviti itu. Hasilnya mereka mempunyai kawalan kendiri yang lebih baik hasil daripada percubaan mereka.
  • Lebih banyak ruang di dalam hard disk. Ada yang simpan sampai berpuluh gigabyte video-video lucah. Tak payahlah buat lagi. Delete je terus sebab tak perlu kumpul-kumpul. Bonus tambahan, tak payahlah takut orang pinjam laptop nanti.
  • Lebih banyak masa. Macam saya cakap tu lah. Tak perlu cari satu-satunya video yang boleh bagi anda “lepas”. Masa tu lagi baik digunakan untuk kejar impian, perbaiki hidup, luangkan masa bersama rakan-rakan ataupun dengan kekasih hati. Macam-macam boleh.
  • Sikap yang lebih baik. Orang yang dah tak buat semua ni cerita yang mereka semakin gembira di dalam hidup mereka terutama sekali mengenai seks dan hubungan interpersonal dengan pasangan.

Bagaimana Untuk Berhenti Onani?

Sebenarnya mudah je kan kalau nak berhenti ni?

BERHENTI.

Itu sahaja.

Tapi seperti ada sesuatu yang menghalang anda untuk berhenti… dan anda tak tahu apa dia.

Ada dinding yang cakap…

“onani tu sebahagian daripada hidup.”

“Sedap tengok blue. Tak payahlah berhenti…”

“Satu je lagi…”

Sehinggakan anda sampai sekarang masih lagi tak berhenti tengok gambar lucah dan melancap.

Cara BUKAN Konvensional Untuk Naikkan Libido Dan Menahan Pancut Cepat!

Libido ialah nafsu seks. Ramai orang membeli ubat kuat semata-mata untuk memuaskan isteri tetapi sebenarnya apabila anda berhenti melancap, itu bukan lagi menjadi masalah kerana libido anda tidak terbuang begitu sahaja.

Ianya akan terkumpul dan hanya dilepaskan kepada isteri sahaja.

Bayangkan betapa gembiranya bila isteri mendapati anda telah berjaya melepasi mengawal “adik kecil” dan memuaskan si dia sebelum anda sampai puncak nikmat.

Itulah salah satu manfaatnya. Makin kuat di atas ranjang.

Pulihkan diri daripada pancut cepat sangat. Isteri pun nak puas juga kan? Takkanlah guna jari je sentiasa.

Panduan Ini Satu-satunya Panduan Yang Ada Di Dalam Pasaran Tempatan

Saya takkan tipu: apa yang anda baca ini adalah topik sama yang saya ceritakan dalam dua posts saya sebelum ini.

Cuma dalam panduan ini saya tambah dengan lebih terperinci mengenai topik ini.

Sangat terperinci.

Hasilnya: lebih banyak “action plan” yang anda boleh ikut dan kisah-kisah mereka yang berjaya untuk mengatasi masalah ini. Ramai orang sebenarnya di luar sana telah berjaya untuk menangani masalah ini selama-lamanya.

Mereka tahu yang bila mereka berhenti melakukan semua tu, pintu baharu akan terbuka.

Peluang baharu akan datang.

Cuba fikir: berapa banyak masa sudah digunakan untuk tangan anda melaksanakan tugasnya?

Satu lagi gambar… satu lagi video…

Sejam berlalu. Kocok-kocok. Berjam-jam. (Sebenarnya beberapa minit pun boleh habis sebab terlebih excited tengok semua video-video tu).

Pernah laluinya kan? Video-video yang mengiurkan, dengan lentik badan yang tak dapat terbayang sebelum ni…

Masa terbuang, kerja entah ke mana… Hidup di situ sahaja.

Isteri yang melihat suaminya asyik tengok video lucah pun boleh dapatkan panduan ni. Asyik tengok kocok “adik” dan tengok benda-benda tu je.. isteri boleh cuba bagi panduan ni pada suami.

Apa Yang Anda Mahukan?

  • Tak kisahlah kalau anda dah tengok blue dari kecil ke…
  • Tak kisahlah kalau anda mula bermain dengan “adik” anda semasa anda sekolah rendah lagi ke…

Pokoknya ialah: boleh berubah.

Tidak mustahil.

Kerana ramai orang di luar sana dah berjaya.

Ada yang mula melakukan aktiviti-aktiviti ini sejak mereka berumur 10 tahun sahaja lagi.

Ada yang pada umur 18 tahun membuat perkara itu sebanyak lima kali sehari.

Ada yang apabila tertekan menggunakan onani sebagai langkah untuk mengurangkan tekanannya (dan dia terlalu banyak buat sehinggakan dia cepat pancut).

Dan mereka berjaya mengawal diri mereka akhirnya.

Bagaimana?

Mereka tahu caranya.

Saya berjaya mengekstrak strategi dan teknik yang mereka gunakan untuk melawan syaitan di dalam diri mereka sendiri.

Apa yang saya ingin berikan kepada anda hari ini ialah hasil kajian yang telah dilakukan kerana saya berasa sangat-sangat ingin tahu kenapa kita buat “benda tu” dan tengok semua tu.

Apa sebenarnya yang berlaku di dalam fikiran kita sebenarnya?

Itu yang saya akan kupas di dalam panduan ini.

Topik-topik Yang Diperincikan Dalam Panduan Ini

Bab 1: Apabila Internet Berkelajuan Tinggi Berjumpa Dengan Gambar & Video Lucah

Dulu nak tengok pun susah. Dengan Internet lembabnya, dengan tak tahu macam mananya… memang susah.

Kita akan kupas isu ini.

Bab 2: Di Sebalik Tabir Minda dan Diri Anda (Apa Yang Menyebabkan Anda Ketagih)

Kenapa anda ketagih dengan benda-benda tu? Jom tengok dari aspek saintifik hal ini.

Bab 3: Kesan Bahan Lucah Pada Penggunanya

Bila anda asyik-asyik tengok blue… melancap… apa kesannya kepada diri anda. Jom kita tengok apa yang akan berlaku kepada diri anda

Bab 4: Langkah Seterusnya

Di sini stratgi dan taktik untuk melawan masalah ini akan diberi. Jangan takut… ada pelbagai cara sebenarnya untuk melawan masalah ini.

Bab 5: Mereka Yang Berjaya

Koleksi kisah-kisah mereka yang berjaya. Ketahui bagaimana mereka boleh berjaya melawan masalah ini daripada terus membelungui diri mereka.

Apa Yang Dikorbankan Untuk
Semua Aktiviti Dalam
Bilik Sebenarnya?

Cuba ingat balik.

Berapa banyak kerja yang dah ditangguhkan sedangkan tak banyak pun lagi kerja tu… tapi malangnya nak tengok dulu video yang anda terbuka tu.

“Nanti jap aku tengok ni. Nanti aku habiskan kerja tu ya”.

Tambahkan lagi berapa banyak kali dah jadi macam tu.

Ratusan jam dah dihabiskan. Agaknya ada yang dah sampai ribuan jam.

Cuba fikir.

“Satu lagi… 5 minit lagi… Adoi best pulak video satu lagi ni, tengok jap”

Lagi dan lagi…

Banyak sangat kosnya kan?

Lagi Banyak Masa – Lagi Banyak
Benda Boleh Dibuat

Tolak melancap, tarik benda baharu.

Mungkin ini satu-satunya panduan yang ada di Malaysia yang cuba menyelesaikan masalah ini.

Masalah ini adalah satu pantang yang tidak ramai katakan kecuali di Internet dengan nama samaran masing-masing.

Berbual mengenainya seperti membuka satu fail rahsia yang sepatutnya disimpan dan tidak dibuka selama-lamanya.

Malangnya ramai orang tidak tahu apa kesan dan akibatnya perbuatan ini.

Sebelum ini saya pernah membuat post mengenai kesan melancap dan bagaimana untuk mengatasinya tetapi panduan itu tidak cukup sesuatu: orang yang membacanya tidak komited untuk mengubah hidup mereka.

Dengan kata lain, kalau baca je… tak aplikasikan… tak guna!

Itulah sebabnya saya membuat panduan ini.

Panduan ini akan membantu anda lebih bersemangat lagi untuk tak buat lagi perkara-perkara tu dan mengubah hidup anda.

“OK, Saya Nak Beli. Harga Panduan Ni Berapa Sebenarnya?”

Panduan ini berharga RM20.

Harganya tidak lebih daripada makan tiga orang di KFC. Petang tadi saya makan di kedai mamak makan sup dengan kawan-kawan saya pun dah RM19.

Cuma panduan ini bukan untuk dimakan: ini boleh ubah hidup.

Tapi kesannya membolehkan anda mempunyai lebih masa untuk melakukan aktiviti yang produktif, yang menguntungkan diri.

Ingat lagi semua manfaat berhenti onani? Otak tidak kabur. Lebih senang fokus — kejar impian.

Saya menggunakan masa yang lebih untuk menguatkan badan saya. Bersenam. Menonton cerita lawak. Belajar menulis. Bergaul dengan orang ramai.

Senarai anda mungkin berbeza.

Macam mana?

Nak panduan ini? Boleh beli dengan klik butang di bawah.

TUNGGU DULU…

Panduan ini masih lagi tidak dijual.

Bila panduan ini dijual, saya akan beritahu kepada anda.

Jangan bimbang. Anda takkan terlepas emel ini.

Jangan Tunggu Sampai Nasi Jadi Bubur! 

Nak ke anda tunggu sehingga semuanya semakin melarat?

Sampai dah tak mampu buat apa-apa lagi.

Sampai tidak dapat halang diri daripada mendapat segala bagai kesan sampingan hasil daripada aktiviti dalam bilik anda tu.

Dengar: hanya anda seorang sahaja yang bertanggungjawab kepada hidup anda.

Bukan ibu bapa, bukan guru, bukan kerajaan, bukan menteri, bukan parti politik kegemaran anda.

Tak.

Yang bertanggungjawab ke atas hidup ialah anda sendiri.

Kalau anda biarkan hidup anda bergerak secara autopilot, anda akan dibawa ikut apa yang arus bawa sahaja. Seperti tutup mata dan biarkan begitu je.

Hanya klik butang di bawah dan kita jumpa nanti di sana.

Klik Untuk Tahu Lebih Lanjut

 

 

Diterbitkan oleh

Abdul Rahman

Seorang penulis, pembaca, programmer dan macam-macam lagi.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *