Secawan Koko Kehidupan

Berapa Banyak Boleh Kita Komplen Dalam 4 Minit?

0

Berapa banyak boleh anda komplen dalam seminit? Dua minit? Empat minit?

Komplen adalah perkara normal. Ada perkara yang buat kita geram, buat kita rasa bersalah, buat kita rasa seperti loser.

Nak komplen itu satu lumrah. Manusia merupakan kehidupan yang ingin bersosial. Kita akan komplen bila harga minyak naik, harga rumah naik, harga kereta naik, macam-macam naik. Perut kita pun naik.

Itu adalah normal. Cuma tidak sihat. Tapi ada juga yang cuba komplen sebanyak-banyaknya dalam masa 4 minit.

Orang selalu berkata kritikan itu adalah untuk membaiki. Tapi cara buat komplen yang salah boleh menyebabkan orang menyangka Malaysia ini sangat teruk. Apabila kita lihat kembali statistik-statistik yang dikeluarkan, Malaysia taklah teruk mana. Sebagai contoh, dari aspek perniagaan, Malaysia merupakan negara paling senang untuk mendapatkan kredit. Kalau nak duit untuk teruskan perniagaan, senang sahaja di Malaysia.

Kalau ikut Bank Dunia, paling senang. Dalam dunia, Malaysia no. 12 paling mesra peniaga untuk buat bisne0s. Maklumat ini juga datang dari World Bank di dalam laporannya iaitu Doing Business. Jadi pada hari ini, saya ingin memberi cadangan yang mudah yang saya rasa boleh menjadikan Malaysia lebih baik dan anda tidak perlukan kuasa politik, wang ringgit, ataupun menjadi troll di facebook pages.

Saya percaya, bila anda menggunakan cara-cara ini, orang akan lebih positif dalam kehidupan seharian mereka dan orang luar yang melihat Malaysia pun senang hati melihat Malaysia ini semakin tenang. Penatlah asyik komplen je!

Tanya bukan apa yang negara anda boleh lakukan untuk anda, tetapi apa yang anda boleh lakukan untuk negara anda.
John F. Kennedy

Kritikan tidak semestinya sesuatu yang kita setujui, tapi mungkin kita perlukannya. Kritikan itu mempunyai fungsi yang sama seperti rasanya sakit di dalam badan kita. Kritikan itu menyedarkan kita dengan keadaan kita yang tidak sihat.
Winston Churchill

Tidak wujud sesuatu yang dipanggil pendapat orang ramai. Hanya pendapat yang diterbitkan.
Winston Churchill

Ramai orang ingat bila ia diterbitkan di Internet dan ada yang bersetuju, mereka ingat itulah pendapat semua orang. Tidak semua orang membaca artikel ataupun post di Internet. Ada sahaja benda yang orang tidak setuju tidak dipaparkan di Internet.

Apabila saya di luar negara, saya sentiasa mengingatkan diri saya untuk tidak mengkritik atau menyerang kerajaan negara saya sendiri. Saya dapatkan keseronokan yang hilang (hasil mengkritik kerajaan saya) itu apabila saya balik dari luar negara.
Winston Churchill

Apa Yang Kita Boleh Buat untuk Menjadi Lebih Positif?

Kita berada di dalam generasi yang kuat benar memburukkan orang. Kita burukkan kawan kita, kita burukkan rakan sepejabat kita, keluarga kita, kerajaan kita dan semua yang ada di depan mata kita. Burukkan orang satu hal, tapi bila kita memburukkan orang sehingga mengubah persepsi terhadap sesuatu itu… itu akan menjadi masalah.

1. Sokong inisiatif kerajaan yang anda percaya positif

Kita perlu lari daripada politik partisan semata-mata. Menyokong sesuatu parti itu OK tetapi menidakkan segala-galanya kerana membenci sesuatu parti politik itu amat merugikan. Penat badan kalau asyik membenci sahaja. Enjoy life more. Kalau rasa inisiatif itu baik, sokong. Kalau tidak, cuba buat kajian dan lihat sama ada inisiatif itu ok ataupun tidak.

2. Hidup anda ada dua bahagian. Cuba tengok bahagian yang cerah.

Bila dalam gelap. Lihat cahaya. Tidak semuanya gelap. Ada sahaja yang kita dapat banggakan. Kritik bila perlu. Puji bila perlu. Buat kedua-duanya. Tidak salah dan baik untuk hati kita yang penuh dengan pelbagai perasaan. Lebihkan yang positif itu.

3. Jangan beri “troll” makanan yang dia mahukan

Apabila anda tahu orang itu merupakan troll, jangan beri makanan kepada dia. Dia ialah attention-seeker. Mahukan perhatian anda. Tak semestinya dia faham pun topik yang dibincangkan.

Jangan beri troll makanannya iaitu komen-komen anda. Tak kira apa pun anda komen, dia akan cuba menjatuhkan anda dengan melabel anda dengan pelbagai jenis label.

Leave A Reply

Your email address will not be published.