Cara Belajar Bahasa Inggeris Untuk Orang Dewasa

Umur tak pernah menjadi alasan untuk seseorang tu untuk belajar.

Kadang-kadang niat tu datang lambat, tapi selagi ada motivasi, selagi tu kita boleh teruskan.

Sebelum ini saya pernah berkongsi bagaimana untuk belajar bahasa Inggeris untuk anak kecil.

Macam mana kalau dah umur 45 tahun tapi secara tiba-tiba teringin nak belajar bahasa Inggeris? Ada tak caranya?

Di dalam post ini, saya nak outline beberapa sumber yang saya rasa boleh diguna pakai oleh kita semua untuk menambahbaik bahasa Inggeris kita ni.

Nota: sumber yang saya berikan ini mungkin sedikit mind-blowing, tetapi boleh dipelajari jika diberikan masa.

1. Grammar & vocubalary learning resources

belajar-vocabulary

Gila banyak soalan-soalan berkaitan perkataan bahasa Inggeris dalam ni. Tak banyak orang boleh jawab dengan betul (jangan risau kalau tak dapat jawab: sebab ianya memang direka untuk susah).

Dan kalau anda boleh jawab, tahniah! Anda boleh teruskan sehingga terjawab semua soalan di dalam laman web ini.

2. English Page

belajar-english-advanced

Walaupun laman web nampak mudah, ada macam-macam sumber bahasa Inggeris yang boleh anda tengok. Tengok dekat tajuk laman web pun dah macam dahsyat: Advanced English Lesson.

Good luck.

3. How to Become an Advanced English Speaker

belajar-cakap-bahasa-inggeris

Selain daripada tahu teori, kita pandai juga cakap. Dalam laman web ni ada diterangkan macam mana nak cakap BI dengan lancar dan bunyi pun serupa bahasa Inggeris.

4. Learning English for Advanced Levels

belajar-bahasa-inggeris-tinggi

Ha satu lagi. Ini datang dari About.com. Macam mana. Rasa boleh ke tak jawab soalan-soalan yang diberi?

Jangan bimbang, ada juga pelbagai tutorials yang boleh memudahkan anda faham konsep yang diajar mengenai bahasa Inggeris tu…

Tak lengkap senarai kalau tak cukup lima… jadi sumber di bawah saya masukkan mengenai speaking English. Supaya boleh mantap anda cakap nanti. Ini sumber dari negara England:

5. BBC Learning English

belajar-bi-bbc

Saya tipu. Bukan hanya tentang speaking je, tapi boleh belajar macam-macam tentang bahasa Inggeris di dalam laman web ni. Cuba tengok. Di sini anda boleh tahu dan baca sesuatu itu dan senang difahami. Tak semestinya bahan untuk orang dewasa kena susah faham, kan?

Laman web ini dibahagikan mengikut kursus (courses) yang saya rasa amat memudahkan anda supaya dapat memilih tahap penguasaan dan cuba meningkatkannya ke tahap yang lebih tinggi.

Itu dia sumber belajar bahasa Inggeris untuk orang dewasa. Sebenarnya banyak bahan yang boleh tuan dan puan rujuk kalau nak belajar bahasa Inggeris ni. Bahasa ini ialah lingua franca dan tak rugi untuk kita belajar bahasa ni dengan lebih mendalam.

Penulis ni pun kadang-kadang tengok tutorial dan laman web untuk memantapkan penguasaannya (yang tak seberapa).

Di bawah ni saya kongsikan satu infografik di mana 15 kesalahan yang biasa orang buat diterangkan.

grammar-goofs

Kalau ada sumber yang menarik yang ingin dikongsi, boleh sertakannya di dalam bahagian komen ya? 🙂

Diterbitkan oleh

Abdul Rahman

Seorang penulis, pembaca, programmer dan macam-macam lagi.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *