Bear Cookies Ni Comel Sangat Untuk Dimakan!

Tak sanggup saya nak makan cookies yang comel macam ni.

Mae Tamaegosan, tukang masak Jepun yang dilatih oleh orang Perancis dah buat biskut yang patut dijadikan hiasan bilik.

Comel je. Macam teddy bear kecil yang tengah peluk kacang tak nak lepas je kacang tu.

Nasib baik Mae ada kongsikan tip untuk buat cookies dalam blog dia jadi sesiapa pun boleh buat benda secomel ni untuk dimakan.

Kalau ada alahan pada kacang anda boleh buat inti guna bahan yang lain ikut citarasa anda.

Asalnya resipi ini ditulis dalam bahasa Jepun, tapi ada beberapa orang telah cuba mengalih bahasa resipi ini ke dalam bahasa Inggeris dan kali ini saya pula cuba alih bahasa dan kongsikan kepada anda versi yang ditulis dalam bahasa Melayu.

Dah bersedia?

1. Panaskan dahulu oven sehingga 160°C (320 F)

2. Gaulkan 110g tepung kek, 20g pati kentang dan secubit garam di dalam mangkuk.

3. Gaulkan 40g sirap gula, 10g madu dan 30g minyak sayuran ke dalam mangkuk kecil.

4. Apabila telah sebati, letakkan di atas kertas berminyak dan golekkan dengan pencanai

5. Gunakan pemotong berbentuk beruang untuk buat bentuk beruang.

6. Lukis muka (boleh gunakan nail dot pen), kemudian, letakkan almond dan buatkan beruang tu memeluk almond tu kuat-kuat.

7. Gunakan lebihan doh untuk membuat ekornya.

8. Bakar dalam 10 minit. Kurangkan panas ke 150°C (300 F) dan bakar untuk 10 minit lagi.

9. Keluarkan daripada oven dan dah siap!

cute-hugging-bear-cookies-maa-tamagosan-1

cute-hugging-bear-cookies-maa-tamagosan-2

cute-hugging-bear-cookies-maa-tamagosan-3

cute-hugging-bear-cookies-maa-tamagosan-4

cute-hugging-bear-cookies-maa-tamagosan-5

cute-hugging-bear-cookies-maa-tamagosan-6

cute-hugging-bear-cookies-maa-tamagosan-8

cute-hugging-bear-cookies-maa-tamagosan-12

cute-hugging-bear-cookies-maa-tamagosan-13

Ini kali pertama saya cuba alih bahasa resipi ke dalam bahasa Melayu jadi kalau ada apa-apa silap tolong betulkan dengan memberi komen di bawah ya? 😉

Sumber asal: Bored Panda

Diterbitkan oleh

Abdul Rahman

Seorang penulis, pembaca, programmer dan macam-macam lagi.

1 padangan di “Bear Cookies Ni Comel Sangat Untuk Dimakan!”

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *