Bayaran Bonus Raya Kakitangan Kerajaan 2012

Pada 9 Ogos ini kakitangan kerajaan akan mendapat bonus sebanyak setengah bulan gaji dan juga elaun sebanyak RM500 bagi pesara.

Menurut Berita Harian:

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada semua pesara kerajaan. Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini, katanya dalam kenyataan.
Pemberian bonus dan bayaran khas berkenaan akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.

Najib berkata, pemberian bonus dan bayaran khas kewangan itu dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan.

Katanya, bayaran itu akan membabitkan anggaran perbelanjaan RM2.2 bilion.

Perdana Menteri berkata, pemberian bonus dan bayaran khas itu adalah penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam dan pesara kerajaan.
Kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan pesara kerajaan, katanya lagi.

Beliau berharap langkah itu dapat membantu mereka membuat persediaan menyambut Aidilfitri.

Najib berkata, pembayaran bonus kepada penjawat awam itu bagi menghargai sumbangan dan dedikasi mereka dalam melaksanakan program pembangunan negara.

Hehe jangan habiskan duit yang dapat beli baju raya ye! 😀

Diterbitkan oleh

Abdul Rahman

Seorang penulis, pembaca, programmer dan macam-macam lagi.

1 padangan di “Bayaran Bonus Raya Kakitangan Kerajaan 2012”

  1. buat kenyataan bhwa ramai katniakgan kerajaan melebihi 70% adalah anti UMNO-BN ,so cara sistem SBPA ni dapat menyekang kuasa pembangkang yg bertapak dalam jabatan kerajaan .mereka akan lantik n tarbiyah para bos-bos di semua jabatan kerajaan yg berkiblatkan Otak UMNO -BN seterusnya akan mengunakan platform SBPA ini utk mengawal gerak kerja kakiktangan awam yg nampak bias Pembangkang siapa melawan tak wat kerja malahan nampak terlibat dalam arena pembangkang akan di kenakan tindakan dan gaji disekat macam mana dah berlaku di semua universiti dan ipta/ipts .biasalah lembu kena cucuk hiduung..tahniah Najib! hidup NKRA !tgklah pru 13 ni macam mana respon rakyat..

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *