Bagaimana Untuk Guna Google Dengan Betul

Jika saya tanya kepada anda, berapa banyak anda tahu mengenai Sifu Besar di Internet bernama Encik Google, apa yang akan anda jawab?

Mana yang akan akan jawab?

  • Saya tahu banyak pasal Encik itu!
  • Saya tulis je apa-apa, mesti jumpa punya.
  • Apa tu Google?
  • Saya tahu guna carian tepat, carian luas dan carian frasa
  • Okey, apa sebenarnya Google??

Anda dalam kategori yang mana? Bukan senang nak hebat guna enjin carian ini. Semakin lama ia semakin pandai. Asetnya berjumlah dalam ringgit Malaysia ialah RM 299,597.200,000.00 (bahasa mudahnya RM299 bilion). Keuntungannya pula ialah RM 34,303,560,000.00 (RM34 bilion). Ada yang menyatakan bahawa Google mempunyai 1 juta pusat data di seluruh dunia. Bayangkan betapa banyaknya komputer yang mereka ada. Fuh! Menurut Alexa, Google ialah laman web kedua yang paling ramai pelawat di Malaysia di belakang Facebook. Google mempunyai satu antaramuka yang mudah, iaitu terdapat satu ruangan di mana pelawat boleh mencari maklumat di dalamnya. Nak tahu bagaimana anda boleh memanfaatkan kuasa pencarian yang ada di dalam enjin carian itu?

Anda boleh lihat infografik di bawah.

cara POWER untuk mencari maklumat menggunakan enjin carian paling popular di dunia ini
cara POWER untuk mencari maklumat menggunakan enjin carian paling popular di dunia ini

Sumber: Mashable

Senang kan sebenarnya nak guna Google?

Ada banyak perkara yang menarik mengenai enjin carian popular. Ramai orang guna tanpa mengenai fakta-fakta ini. Tapi bila anda tahu, anda dapat rasa, wow… hebat sebenarnya Google ni. Di bawah beberapa fakta yang ingin saya kongsikan dengan anda.

Fakta-fakta menarik mengenai Google:

  • Google menggunakan lebih kurang 20 petabait data yang dijana oleh pengguna setiap hari. Data tersebut digunakan untuk membuat indeks semua laman web di dunia, memproses carian pengguna, menyediakan iklan dan banyak lagi.
  • Google menjadi enjin carian terbesar di dalam dunia pada Jun 2000.
  • Pada Jun 2006, kamus Oxford English meletakkan Google sebagai kata kerja.
  • Pelbagai bonus diberikan kepada pekerja Google. Sebagai contoh, pada satu masa mereka ditawarkan subsidi kereta hibrid sebanyak US$5 ribu untuk menggalakkan penggunaan teknologi yang lebih bersih. Malangnya bonus ini dihentikan untuk mengurangkan kos syarikat apabila ekonomi jatuh.
  • Versi awal Google yang dicipta di Stanford dahulu boleh menganalisa 30-50 laman sesaat. Versi sekarang boleh menganalisa jutaan laman sesaat. Jauh Google dah pergi.
  • Dalam satu minggu dalam Febuari 2011, Google mencipta rekod tersendiri apabila menerima 75 ribu permintaan kerja untuk 6 ribu tempat kosong.

Sumber:
Battelle, John. 2005. The Search: How Google and Its Rivals Rewrote the Rules of Business and Transformed Our Culture. New York, NY: Penguin Group.

Brandt, Richard L. 2009. Inside Larry & Sergey’s Brain. New York, NY: Penguin Group.

Schonfeld, Erick. “Google Processing 20,000 Terabytes a Day, and Growing.” TechCrunch. January 9, 2008. Accessed: August 4, 2013.

Frommer, Dan. “Almost Twice as Many People Applied to Work at Google Last Week as Applied to Harvard” Business Insider. February 3, 2011. Accessed: August 4, 2013.

Diterbitkan oleh

Abdul Rahman

Seorang penulis, pembaca, programmer dan macam-macam lagi.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *