Bagaimana Untuk Mengelakkan Lelaki Curang

Ini berita buruk.

Ramai orang bercerai di Malaysia setiap hari. Tiga pasangan beragama Islam bercerai setiap jam.

Ini sesuatu yang membimbangkan.

Bukankah agama mengajar kita untuk menghormati satu sama lain?

Malangnya, kecurangan boleh dianggap sebagai topik yang dilarang untuk dibincangkan.

Ini menyebabkan ramai orang tidak mengambil berat tentang isu ini sehinggalah mereka sendiri yang terkena.

“Tak sangka lelaki aku curang!”

Adakah lelaki curang menjadi punca?

Ataupun perempuan curang yang menjadi punca keretakan rumahtangga?

Di dalam post ini saya akan memberi fokus kepada lelaki curang.

Menurut Kamus Dewan edisi ke-4, curang ialah:

1. tidak jujur, tidak lurus (tulus) hati: orang-orang yg munafik senantiasa berhati ~; 2. tidak setia (khianat) kpd suami (isteri, tunangan dsb) dgn menjalin hubungan cinta dsb dgn orang lain;

Walaupun definisi di atas berasal daripada kamus dewan, ianya satu definisi yang sangat umum.

Lelaki yang mahu menjadi lebih baik dan tidak mahu curang dengan pasangannya. Lelaki yang takkan curang. Itu idaman semua wanita.

Sebelum kita membincangan tentang cara untuk membuat perkahwinan anda kebal dan terhindar daripada kecurangan, saya perlu jelaskan apa itu curang di dalam fikiran saya.

Melakukan seks dengan perempuan selain daripada isteri anda semestinya adalah curang.

Tapi boleh juga untuk tidak setia tanpa pergi sejauh itu.

Apakah Itu Curang?

Mungkin juga untuk curang tanpa melakukan seks dengan wanita lain.

Kecurangan mempunyai warna-warninya sendiri dan patut dijauhi.

Memang mungkin untuk seseorang itu curang secara emosi tanpa melanggar apa-apa sempadan fizikal yang ditetapkan sendri.

Inilah tahap curang paling rendah untuk lelaki ataupun perempuan.

Contoh paling mudah ialah curang di Internet. Makin lama makin ramai lelaki sekarang mempunyai hubungan romantik di Internet dan kadang kala melarat sehingga menjadi hubungan seksual (walaupun hanya di Internet) dengan wanita lain.

Pada pendapat saya ini juga boleh dikategorikan sebagai curang. Lelaki yang bertemu janji di Internet telah mencabuli kepercayaan yang isteri mereka letakkan kepada mereka iaitu untuk setia di hati, minda dan juga badan anda.

Dah tahu apa yang saya definisikan sebagai curang? Jom tengok 11 cara untuk anda memastikan perkahwinan anda kalis curang.

Dan jika anda seorang lelaki, saya harap post ini dapat bantu anda untuk elak anda jadi seorang lelaki curang.

1. Pastikan Perkahwinan Anda Prioriti #1.

Perkahwinan yang berjaya tidak berlaku begitu sahaja.

Anda perlu bersedia untuk berusaha untuk perkahwinan anda. Ini betul terutama sekali apabila pasangan itu semakin sibuk dengan kerjaya, anak-anak dan aktiviti kemasyarakatan.

Semua itu penting, tapi kalau anda nak perkahwinan yang kukuh, isteri anda mesti prioriti #1.

2. Terus Dating Dengan Isteri Anda.

Setiap minggu kalau boleh keluarlah dengan isteri anda dan layanilah setiap detik masa itu dengan baik. Fokus pada isteri sahaja.

Tak perlu pun sesuatu yang mahal. Kadang-kadang pergi wayang, pergi makan, jalan-jalan sambil berborak-borak tengok permandangan dan macam-macam lagi.

Ideanya ialah untuk memastikan perkahwinan anda segar. Ada satu kajian menunjukkan kalau anda memasukkan sesuatu yang baharu di dalam temu janji anda, anda boleh merasai kembali perasaan semasa pertama kali bercinta.

Lawatlah restoran baharu, cuba hobi baharu, ataupun ambil kelas bersama-sama.

Cari idea-idea romantik untuk dating dengan isteri anda.

3. Berhenti Tengok Gambar & Video Lucah

Perkahwinan dan bahan lucah adalah dua benda yang tidak boleh bercampur. Ianya tidak sihat. Terdapat banyak kesan-kesan melihat bahan lucah.

Bahan lucah ni juga boleh diibaratkan seperti membawa wanita lain ke dalam perkahwinan anda, kecuali ianya di dalam bentuk gambar dan video yang anda boleh lihat dan tonton.

Bahan lucah akan mencipta satu harapan yang tidak realistik di dalam minda anda mengenai libido, badan, dan tahap keselesaan isteri anda (tak lupa juga dengan posisi yang pelik-pelik).

Lambat laun anda akan mendapati isteri anda tidak memuaskan anda dan mata anda mulalah mencari yang lain.

Buang bahan lucah anda tu.

4. Fokus Untuk Menjadi Romantik

Tanyalah mana-mana perempuan pun. Mereka akan cakap tidak susah untuk menjadi romantik.

Kadang-kadang anda hanya perlu hantar emel atau surat romantik sahaja. Dalam dunia sekarang, hantar kata-kata cinta sekali-sekala pada dia. Ataupun buat surprise padanya.

Itu pun mengambil masa beberapa minit sahaja. Sebagai seorang lelaki, anda kena belajar jadi romantik.

Bunga pun bagus juga, balik rumah boleh bagi bunga dekat isteri anda.

Kadang-kadang benda kecil macam ni lah yang tunjukkan kepada isteri anda yang anda kisah pada dia dan sebenarnya membantu anda mengukuhkan lagi komitmen anda pada isteri anda.

5. Jangan Lupa Bermanja!

Jangan lupa yang ni!

Kajian demi kajian menunjukkan pasangan yang bermanja-manja antara satu sama lain akan kekal bersama.

Usaha sedikit untuk manja secara tiba-tiba dengan isteri anda.

Bagilah pelukan ataupun ciuman mengejut kepadanya dan beritahu betapa banyak yang anda sayangkannya. Pegang tangan dia masa berjalan.

Jangan pula masa peluk-peluk dengan isteri anda pergi main. Peluk sahaja. Kuatkan hubungan fizikal anda dengan dia.

Ajak berpelukan dengan isteri tanpa membuatkannya satu petunjuk untuk melakukan seks.

Perkara-perkara yang dianggap kecil inilah yang akan menguatkan hubungan fizikal yang setiap pasangan perlukan.

6. Selalu Buat Seks

Ramai lelaki sesat jalan kerana mereka dah bosan dengan kehidupan seks dengan isteri mereka. Senang sebenarnya untuk bosan di dalam kehidupan seks bila anda berkahwin.

Kadang-kadang hidup jadi sangat sibuk dan pada akhir hari, anda sangat penat untuk tu.

Buat seks dengan isteri anda adalah prioriti. Tidak perlukan kamasutra ataupun pakaian seksi.

Buat je. Itu yang isteri anda mahukan. Berikan servis kepada isteri anda. Yang terbaik boleh anda tawarkan.

Bila anda buat selalu… tarikan emosi dan fizikal isteri anda kepada anda akan jadi semakin kuat.

7. Luangkan Masa Untuk Bercakap

Cari satu masa setiap hari untuk berborak sesuatu yang mendalam dengan isteri anda.

Jika anda ada anak, buat lepas anak-anak anda tidur. Cakaplah tentang apa anda buat pada hari itu.

Bincangkan apa yang anda sedang fikirkan. Kongsikan impian anda dengan isteri anda. Ideanya ialah untuk mendalamkan ikatan dengan isteri anda.

Susah untuk anda menipu dia bila anda membuat pelaburan emosi sebegitu.

Letakkan deposit di dalam pelaburan bernama hubungan cinta ini dengan sentiasa melibatkan dia dengan satu perbualan yang bermakna.

8. Kongsi Satu Minat Yang Sama

Salah satu sebab kenapa lelaki semakin jauh dengan lelaki ialah kerana mereka mendapati mereka semakin tidak sama.

Bila mula bercinta, semuanya nampak indah. Ada sahaja persamaan antara anda berdua.

Itu yang anda fikir.

Kemudian anda berkahwin, duduk serumah dan mula bekerja. Isteri anda pun bekerja ataupun duduk di rumah untuk menjaga budak-budak.

Kemudian, dah lama-lama… titik persamaan yang anda kongsikan bersama isteri anda semakin hilang.

Elakkan ini dengan mempunyai satu hobi atau minat yang sama dengan isteri anda.

9. Hormat Dan Tanggungjawab

Ingat tak bila anda berkahwin dengan isteri anda, anda berjanji yang anda akan setia pada isteri anda sehingga ke hujung nyawa?

Seorang lelaki itu nilainya terletak pada perkataan yang keluar daripada mulutnya dan adakah dia mengotakan kata-katanya.

Lelaki curang tidak mengotakan janjinya.

Malangnya zaman itu seperti sudah berakhir.

Orang tidak mengambil serius dengan janji-janji mereka. Sekarang orang memberi justifikasi kenapa mereka tidak mengotakan janji mereka apabila benda berhenti senang dan menyeronokkan.

Jadilah lelaki yang mengotakan janji. Itulah perkara terhormat yang anda boleh buat sebagai seorang suami untuk memenuhi tanggungjawab pada isteri anda.

Jangan jadi lelaki curang.

“Anda tak patut berada dalam perkahwinan semata-mata tak mahu langgar janji anda pada isteri.”

Memang tak patut, tapi anda ada tanggungjawab untuk membuat segala-gala yang anda boleh buat untuk selamatkan perkahwinan sebelum anda menyerah kalah. Dan maksud saya SEGALA-GALANYA.

10. Tentukan Sempadan

Ramai lelaki berasa mereka cukup lelaki untuk menguruskan apa-apa situasi yang melibatkan perempuan.

Untuk mereka, menentukan sempadan rasa seperti kelemahan dan tidak perlu.

Tapi itulah benda yang semua lelaki fikir sebelum mereka terlajak jalan. Lagi baik safe daripada sorry.

Jika orang fikir anda seorang yang sangat pemalu, biarkan diorang. Anda seorang pemalu yang pergi balik ke rumah kepada cinta anda setiap malam dengan kepala mendongak tinggi tanpa sebarang penyesalan.

Di dalam misi anda untuk mengelakkan diri daripada godaan, anda perlu faham tidak ada salahnya untuk ada kawan perempuan. Sebenarnya memang tidak dapat dielakkan.

Anda mungkin bekerja rapat dengan wanita lain semasa bekerja.

Kuncinya ialah anda tahu batasan anda. Ini memerlukan anda membuat introspeksi dan cari apa batasan anda. Ini beberapa perkara yang boleh membantu anda untuk menentukan batasan.

Batas #1: Tentukan Sempadan Dengan Isteri Anda

Ambil masa dengan isteri anda dan ketahui apa yang dia selesa berkaitan hubungan anda dengan perempuan lain dan hubungan dia dengan lelaki lain.

Setiap pasangan adalah berbeza.

Sebagai contoh, anda mungkin menjadikannya satu peraturan untuk tidak memandu kereta berseorangan di dalam kereta (kecualilah kalau sangat-sangat perlu).

Batas #2: Tentukan Kelemahan Anda

Bincang dengan isteri anda tentang kelemahan anda. Ramai orang tidak sedar bahawa mereka mempunyai ciri-ciri personaliti yang membuka diri mereka ke arah kecurangan. Ciri-ciri ini tidak semestinya teruk.

Sebagai contoh, anda mungkin pendengar yang ada empati. Tidak ada apa-apa yang salah dengan ciri itu tetapi ada perempuan yang mungkin mengambil perhatian yang anda berikan itu dalam cara yang salah.

Bagaimana anda nak tahu kalau anda dah melepasi batas kawan?

Ada tiga signal yang memberi indikasi anda telah menceroboh masuk ke dalam kawasan kecurangan:

1) Kerapatan emosi

Adakah anda mendapati anda berkongsi perasaan dan fikiran dengan kawan perempuan anda lebih daripada isteri anda?

2) Ketegangan Seksual

Anda akan sedar sejurus selepas ianya berlaku. Ini petandanya. Jangan cuba bagi penerangan rasional pada diri anda.

3) Berahsia

Adakah anda menutup emel anda apabila isteri anda lalu? Adakah anda tidak menceritakan perkara yang berlaku dalam hari anda yang melibatkan kawan anda?

Satu minit anda berahsia tentang hubungan anda dengan kawan perempuan anda, anda dah melepasi batasan anda.

Jika anda nampak apa-apa signal ini, inilah masanya untuk anda tentukan kembali persahabatan anda dengan wanita lain.

Anda mungkin memerlukan lebih banyak batasan untuk mengelakkan godaan pada masa hadapan.

Batas #3: Elakkan Godaan

Jumpa di dalam kumpulan jika boleh. Jika anda tahu anda tidak boleh menangani situasi apabila berseorangan dengan wanita lain tanpa melampaui batas, elakkan daripada keseorangan dengan perempuan lain.

Batas #4: Elakkan Perbualan Kerap Tentang Hidup Peribadi Anda

Banyak hubungan sulit berlaku apabila seseorang itu bercerita tentang masalah mereka dengan perempuan selain daripada isteri mereka.

Mereka merasakan orang lain lebih faham tentang mereka daripada isteri mereka sendiri.

Mereka merasakan hubungan yang lebih rapat, dan mereka mula meluangkan masa bersama perempuan-perempuan tersebut. Kalau tidak berhati-hati, boleh menyebabkan kecurangan.

Tidak selalu, tetapi kenapa nak tambah risiko curang tu?

Batas #5: Jauhkan Diri Daripada Laman Dating Di Internet

Satu kajian menunjukkan satu peratusan besar lelaki yang melayari laman dating di Internet sudah berkahwin.

Hubungan sulit virtual ini tetap ialah hubungan sulit. Jangan nak pusing-pusing.

11. Fikir Tentang Akibatnya

Sebenarnya lagi susah menipu isteri anda daripada terus setia dengannya.

Ini maksud saya: kalau anda tidak setia… anda menipu isteri anda.. anda kena menyelinap sana sini, sorokkan panggilan telefon dan menipu.

Susah jadi lelaki curang.

Walaupun berada di dalam satu hubungan pun satu kerja keras juga, menipu sebenarnya lagi susah daripada setia. Dan anda hanya bersemangat seketika sahaja sebelum anda bosan dengan perempuan itu.

Satu lagi sebab kenapa menipu membuatkan hidup anda lebih susah ialah… bayangkan apabila anda ditangkap menipu.

Bayangkan kena beritahu anak-anak anda yang anda sebenarnya tidak setia dengan ibu mereka.

Bayangkan muka mereka yang terkejut… sedih… dan tidak menyangka bahawa anda sudah jatuh serendah itu hanya untuk berseronok.

Hancur hati isteri. Kalau perut anda tak rasa semacam bila terbayang kehancuran yang telah anda bawa ke atas keluarga anda sendiri… anda memang seorang yang loser.

Penutup

Jangan jadi lelaki curang. Membuat perkahwinan anda kalis hubungan sulit memerlukan pelaburan masa dan emosi.

Tetapi pelaburan itu bernilai.

Letakkan satu standard yang tinggi dalam perkahwinan dan diri anda sendiri.

Jadilah lelaki sejati dan anda tidak akan menyimpang daripada jalan sebenar.

Diterbitkan oleh

Abdul Rahman

Seorang penulis, pembaca, programmer dan macam-macam lagi.

6 padangan di “Bagaimana Untuk Mengelakkan Lelaki Curang”

  1. Sebenarnya benada ini agak subjektif kerana terdapat 1001 sebab kenapa lelaki curang…tapi panduan ini memang agak berkesan dan boleh digunakan sebagai satu cara untuk mencegah…

    Regards,
    -Strider-

    1. Bagi saya perkara yang patut lelaki itu buat ialah menceraikan wanita tersebut daripada pusing sana sini menipu perempuan tu. Tapi tak banyak lelaki yang ada telur nak buat tu kerana fikirkan anak.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *