Cara Berhenti Onani, Menonton Video & Gambar Lucah

Dalam ni saya ceritakan cara berhenti onani. Tapi sebelum tu saya nak tanya. Anda serius nak berhenti buat semua tu?

Kalau serius, dah tengok kesan tengok gambar lucah dan onani? Dalam tu anda boleh tahu kesan-kesannya ke atas diri anda.

Ya, ada juga perempuan yang menonton video dan gambar lucah serta melakukan onani. Tapi, jangan bimbang, tip-tip yang saya berikan di bawah ini boleh diaplikasikan kepada perempuan ataupun lelaki.

Dah sedia nak tahu apa yang anda boleh buat untuk berhenti tengok gambar lucah?

Itu sebabnya anda di sini kan?

Jom kita mulakan.

Ke arah diri anda yang baharu.

berjaya-lawan-nafsu

Cara Berhenti Onani

Apa yang perlu anda lakukan untuk berhenti?

Anda perlu pergi kepada asas diri anda sendiri – iaitu minda anda.

1. Cuba perasan apa yang anda sedang fikirkan semasa anda teringin nak onani

Cuba perhati apa yang sedang bermain di dalam fikiran sebelum anda melakukan aktiviti ini.

Apa yang sebabkan anda nak buat onani?

Apabila anda dah tahu apa yang bermain di dalam fikiran anda, anda akan tahu apa yang merangsang untuk anda melakukan aktiviti itu.

Dan bila anda dah perasan apa yang menyebabkan anda mula membuka laman web lucah, anda akan tahu bila masanya anda perlu beredar daripada berada di hadapan komputer.

Ya. Elakkan diri daripada berada di hadapan komputer ataupun keadaan yang menyebabkan anda mula melayari laman web lucah.

Tutup pelayar Internet anda dan buat aktiviti lain.

Jika anda seorang diri dalam rumah, pergi ke luar rumah

Pergi jalan-jalan. Pergi berjoging.

Ataupun buat aktiviti yang mengeluarkan peluh.

Kajian menunjukkan senaman mempunyai kesan positif dengan mengeluarkan dopamin dan senaman berterusan boleh menyebabkan penaikan berterusan dopamin dan penyesuaian yang lain dan ini akan mengubah litar ganjaran di dalam otak.

Apa yang bermain dalam fikiran anda adalah perkara paling penting sekali.

Tapi jangan lupa yang luaran pula…

2. Beri perhatian kepada penampilan diri anda.

Ada sebab kenapa penampilan boleh membantu anda berhenti.

Bagaimana anda mencerminkan diri anda kepada orang lain?

Apa yang orang fikir bila orang tengok anda?

Cuba pakai pakaian yang bersih, cool, buat stail rambut yang kemas, cukur mana patut, pastikan postur badan anda berada dalam postur yang betul dan relaks semasa bertemu dengan orang.

Apa kaitannya?

Apabila penampilan anda menarik, anda akan berasa lebih konfiden dan lebih senang untuk anda berinteraksi dengan orang.

Salah satu objektif penting yang boleh dicapai setelah berhenti aktiviti-aktiviti ini ialah anda boleh mencari aktiviti lain untuk menggantikan masa yang sekarang anda dah ada selepas tidak melakukan aktivit-aktiviti ini.

Selain tu, lebih mudah untuk anda berjumpa orang di luar sana. Bila konfiden jumpa orang, lebih senang anda berinteraksi.

Di bawah ini cara ketiga untuk berhenti onani:

3. Cuba jadi seorang yang menarik

Dengan kata lain, anda boleh cuba membina personaliti magnet. Tarik orang ke arah anda.

Anda boleh baca buku seperti How to Win Friends and Influence People  (juga sudah dialih bahasa ke bahasa Malaysia) untuk lebih tahu bagaimana untuk menjadi orang yang menarik perhatian.

Orang yang menarik ini selalunya orang yang sering memberi semangat kepada orang di sekelilingnya. Orang yang menarik ini selalunya cuba memotivasikan orang selain dirinya sendiri.

Orang akan tertarik dengan orang yang berkeyakinan dan mereka akan mahu menjadi kawan.

Peluang anda untuk berkenalan dengan lebih ramai wanita juga lebih tinggi.

Mereka akan tertarik kepada anda tanpa perlu cuba menarik perhatian mereka. Anda hanya perlu menjadi diri anda sendiri.

Ada lagi cara berhenti onani? Ada… Di bawah ini yang keempat.

4. Mulakan perjalanan self-improvement (penambahbaikan diri) anda

Apabila anda membaiki diri anda, anda akan menarik lebih banyak perkara positif lain. Seperti yang saya kata dalam poin sebelum ini: anda akan menjadi magnet. Magnet positif.

Baca buku-buku yang menaikkan semangat anda.

Cuba tolong orang.

Cuba jadikan diri lebih baik setiap minggu. Jika anda 1% lebih baik setiap minggu, dalam setahun, anda sudah 52% lebih baik daripada tahun sebelumnya.

Tabiat positif ini akan meningkatkan mood dan perasaan anda.

Anda akan lebih yakin. Gembira.

(Sangat banyak buku yang boleh anda baca untuk menjadi lebih baik).

Dan selepas itu, keyakinan diri anda akan menjadi sangat tinggi sehingga keyakinan anda sendiri akan meningkat dan anda akan berasa segalanya tidak mustahil dalam dunia ini.

Ini cara berhenti onani yang kelima:

5. Jangan bimbang!

Saya pasti akan ada keinginan untuk relapse (kembali kepada tabiat dahulu) terutama sekali apabila sudah biasa melihatnya. Anda sudah menjadikannya sebahagian daripada tabiat harian anda apabila anda kesunyian.

Jika anda gagal berhenti, jangan rasa teruk sangat dan cuba lagi. Setiap hari ialah hari yang baharu.

Perjalanan tak semestinya mudah. Kadang-kadang ada juga lubang di atas perjalanan anda untuk menambah baik diri anda.

Anda perlu berdepan dengan cabaran ini dengan memikirkannya sebagai cabaran untuk anda meningkatkan kemampuan diri.

Anda perlu menakluk syaitan di dalam diri anda untuk menang. Hidup ini kita hidup sehari-sehari dan bukannya satu penamat kalau anda kalah sekali. Cuba sekali lagi.

Cara berhenti onani yang keenam ialah…

6. Jangan fokus untuk berhenti… fokus pada aktiviti yang boleh anda lakukan

Cuba fokus untuk melakukan aktiviti bermanfaat yang boleh dilakukan.

Jangan fikir untuk jangan melancap ataupun melihat video lucah. Jangan fikir tu.

Arahkan fikiran anda ke arah yang lain.

Fikir apa aktiviti yang boleh anda buat hari ini supaya anda tidak ada masa pun nak buat aktiviti-aktiviti negatif tersebut.

Bersenam, bersukan, dan macam-macam lagi aktiviti yang boleh anda lakukan.

Pada permulaan mungkin akan sukar untuk anda berhenti. Anda mungkin kembali kepada tabiat lama anda.

Tapi anda kena berusaha untuk berubah ke arah yang lebih baik.

Bila anda sudah berhenti melakukan aktiviti-aktiviti ini, anda akan melihat kesannya.

Kesan-kesan Selepas Berhenti Tengok Video Lucah dan Berhenti Melakukan Onani

Hasil daripada aktiviti-aktiviti produktif yang anda buat setiap hari, anda akan dapat melihat pelbagai kesan sampingan yang baik untuk diri anda.

Dan akhirnya anda akan menjadi seorang lelaki yang lebih baik… lelaki yang mampu untuk mengawal nafsunya dan boleh melakukan pelbagai perkara baharu kerana anda telah menggantikan tabiat negatif anda dengan tabiat yang lebih baik.

Untuk seorang perempuan, apabila anda dah berhenti melakukan benda-benda ni, anda akan nampak sesuatu perbezaan.

Sesuatu yang lebih elegan akan menjelma. Saya pernah baca ada perempuan yang rasa nilai dirinya seperti semakin tinggi selepas berjaya menakluki nafsunya sendiri.

Anda akan dapat menikmati lebih banyak nikmat dunia. Anda tidak perlu lagi bergantung harap kepada onani ataupun gambar sebegitu untuk merasa puas.

Benda mudah pun boleh menjadikan anda gembira seperti berjalan-jalan seorang diri ataupun melihat awan perlahan-lahan bergerak di langit.

Anda akan berjumpa dengan wanita yang layak mendapat anda. Wanita yang melihat diri anda yang baharu dan menyukai nilai-nilai yang baharu yang anda tonjolkan di dalam diri anda selepas anda berjaya mengawal diri anda.

Tidak terlambat lagi untuk anda berhenti onani. Baca cara berhenti onani yang saya letakkan di dalam ini. Tak kira umur anda berapa. Anda boleh baiki diri anda dan mewayarkan semula sel-sel di dalam otak anda supaya berfungsi seperti biasa.

Apabila anda menggantikan semua tabiat negatif (melancap, tengok TV berlebihan, internet, main game, merokok, makan makanan ringan dan sebagainya) dengan tabiat yang lain…

Anda boleh membina tabiat positif seperti berlari setiap hari, mengangkat berat, makan makanan yang sihat (kurangkan gula dan makanan diproses), bercakap dengan orang baharu, buat benda baharu, main instrumen (gitar, piano), membuat aktiviti di luar rumah, belajar perkara baharu, membaca lebih banyak bahan bacaan, kenali peluang yang ada di luar sana dan hidup kehidupan anda sehidup-hidupnya yang anda mahukan.

Kalau nak lagi banyak cara berhenti onani, klik butang di bawah dan ikut arahan yang diberi:

Klik Sini Untuk Mula Berubah

 

Diterbitkan oleh

admin

Jangan kenal admin ni.

41 padangan di “Cara Berhenti Onani, Menonton Video & Gambar Lucah”

  1. sukar sangat untuk berhenti. tetapi aku amat suka tips yg ke 6 tu. aku stiap hari bagai nak gila fikir cara stop melancap. smoga aku dpt berhenti dari buat benda ni lg. bantulah aku ya allah.

  2. aku penah tinggal sbulan ,tpi ak gagal lepas tuh, aku tingal 2 mgu ak gagal lagi..ak tgal ,ak kembali,ak tgal , ak kembali…
    ak mahir dgn internet , ak takut aku takkan berubah ,someone please help me, aku try, time exam ak stop… tp next after the exam somehow ak tak perasan camne ak boleh buat bende maksiat tuh, pelajaran aku dah terjejas, aku tak sepintar dulu,,so sad,ak nak jadi org baik balik,………………….

    1. Ak pun sama.. Dah terbiasa dari kecil buat benda2 mungkar nie. Pastu, bila dah besar baru la ak tersedar. Tapi ak fikir macam dah terlambat nk berubah. Sbb penyakit ak nie dh smpai kronik kot. Skrg nie ak cuba format balik diri ak nie. Dkatkan balik diri dgn tuhan. Mohon hidayah dn bantuan dari tuhan.

      Ak akui.. Effect onani nie mmg teruk. Lambat pick up, melemahkan fizikal dan mental. So, nak buat mcmne kan. Dah takdir tuhan. Takpe.. Reda je la. So, satu nasihat ak.. Kpada yg baru nak berjinak dgn onani nie.. Baik ko berhenti skrg.. Sebelum ko ketagih bro. Onani nie effectnya sama mcam merokok or hisap dadah. Sekali dah buat.. Mesti nak buat lagi. Ketagih kot. Baik ko merokok je atau hisap vape dari buat onani nie.

      Yang dah terbiasa dgn onani/tengok bnde2 lucah tu. Nasihat ak.. meh la kita.. Istifar bnyak2. Selalulah mengigati tuhan.. Kalau bleh baca hauqalah setiap satu jam. Utk mendekatkan diri dgn tuhan. Mulai skrg cuba istiqamah.. try search google, cari cara utk berubah. Fokus, satu2.. Cth kalau mcm ak: Ak nak betulkan balik bacaan alquran ak sbb ak tak sempat nk katam alquran. Kemudian, kenal pasti penyakit2 yang ko hadapi akibat melancap nie.. Mcam knock knee or so on. Cari la video or ape2 je sbagai panduan exercise. Kalau perlu, beli la satu dua alat senaman utk betulkan sistem badan kita nie. Tips lain.. buat satu prinsip hidup.. dah klau bleh masa mandi.. Ingat balik ape prinsip tadi. Ex: Ciri2 orang berjaya.

      Lagi satu. Disebabkan effect onani yang buruk. Ia, mgkin memberi kesan terhadap ability seseorang. Mcam susah nk berjalan ke or something else. So, bagi ak.. future yg sesuai utk org mcam kita adalah jadi trader forex. Knpa forex? Sbb forex nie pekerjaan yg bleh dibuat dirumah dan bleh memberikan profit yg banyak. Sbb teknik ak bleh recommend.. adalah bbma oma ally.

      So, tu je la yg ak bleh kongsikan tips2 utk berubah bagi seseorang yg dah ter’onani’. Ak share nie sbb ak pun mengalami bnde yg sama. Dan ak nak kita semua berubah dari dunia kegelapan. Wasalam.

      1. bagusnya awak ni bagi advice macam ni , jarang betul jumpa orang yang bole menaikkam semangat kita semuanya selfish

      2. Fatwa kbngsaan dan dunia fatwakn pelaburan forex adalh haram sekian…..drpd onani yg haram pergi ke forex yg haram , bergnda 2 haram…….nk rawat onani ni bact to alquraan dan sunnah , yg pertama doa kpd allah, tiada yg mmpu diusahakn kecuali dgn pertolongn serta keizinnya, kedua jaga pndangan terutama lelaki, drpd pndangn jatuh ke hati hinggalh ke arah zina, ketiga jaga ikhtilat/pergauln antara lelaki dan wanita samaada didunia realiti atau maya, keempat mncari calon yg soleh/solehah serta sekufu dan bernikh/lngsungkn perkhwinn…..
        Seks atau onani bukn haram dgn zat tp dgn sbb, jika seks dilakukn bukn drpd jln pernikahn(suami isteri) maka ia jd zina hukumnya haram , tp jika dilakukn dgn ikatan perkhwinn yg sah jd halal, bgtu juga onani -,sekiranya dilakukn dgn tangan sendiri atau tngan 2 bukn pasangn yg sah hukumnya haram, tp jika dilakukn pasangn sah jd halal spt seorang isteri melakukn onani utk suaminya bgtu juga suami melakukn onani utk isterinya ia jd halal/harus………haram onani dan seks bukn sbb nma perbuatan tersebut tetapi siapa ,bgmn dan utk apa …..siapa?pasangan suami isteri , bgmn? Isteri buat kpd suami, suami buat kpd isteri, utk ? Kepuasan hubungan intim suami isteri , onani/seks bhs mudahnya halal dgn pasangn yg ada ikatan perkhwinn, tak sama dgn haram mkn babi, minum arak……

    2. Ingat al quran itu kawan mu solat itu perisai mu jika fikiranmu mengacau maka rujuk pada kawan mu itu kemudian ambil perisai mu dan percayalah semasa itu kamu telah pun berjaya berperang ngan nafsu mu
      Tp kamu harus ingat bukan senang untk berlawan dengan nafsu
      Ia lebih sukar dari kamu berperang dengan trilion musuh mu kerana nafsu x kan mati sehingga kamu mati, nafsu x kan sakit sehinggakan kamu akan berperang sampaikan malaikat sedang mengambil nyawa mu pun dia masih lg mampu untuk menewaskan mu , sedangkan masa itu kamu dah x mampu lagi berbuat apa2
      Jadi ingat sentiasalah rujuk kepada kawan dunia dan akhirat mu dan sentiasa pakai senjata dan perisai mu (al quran dan solat) ^_^

    3. Sy pun begitu jugk. Sy mhu stop xnak lh… onani lgi.. tinggal jer kejap.. nak buat balik.. sy mohon agar Allah lindungi sy dripada beronani.. Amiin

    4. Cuba sebokkan diri dengan aktiviti lain,Cari hobi baru,buang file tu,buat benda selalu dilakukan pada masa dahulu.

    5. Same , me too???? Aku susah nk stop buat bende ni arghh . Aku teringin nk jadi mcm org laen, buat bende2 yg positif sepanjang hari . Aku dh try stop ,then tahu2 je aku tonton mende tu lagi ???? So, thats why i’m here,still searching what the better ways to stop watching porno ????

      1. I’m just like u ???? I’m trying to stop but i couldn’t,its hard tho… I wonder why i cant stop these habits????????

    6. masa kau terasa nak buat tu, kau cepat2 buat aktiviti apa apa je macam tengok tv ke ajak kawan main bola ke and baca Al Quran sebab Allah nampak apa kau buat :'(

  3. Yang baru nak up tu, better stop la. Jangan tengok, sekali kau tengok .. memang ketagih. jadi baik berhenti. nanti kau dh kahwin dpt anak, takkan nk anak ikut perangai kau? fikir2 kan lah ye

  4. Thank you for sharing. I agreed with all of you opinions. It is very difficult to stop from onani. At some point, you dont care anything around you as the pleasure keep torturing your soul. For example, prayers. We sometimes do not perform our prayer because dont want to lose the Climax’s pleasure. After that , we will regret like we are going to die. I dont know, who we suppose to share about this as i am well known as ‘ALIM’ person. Oh god, please do help us.

  5. Bagus artikel ni, kita selalu menyesal bila dah terlanjur buat bende2 ni…

    Sedih pun ada, kita biasanya selalu mahukan pasangan yang baik utk dijadikan teman hidup..Tapi bila cermin diri yg hina ini, adakah layak diriku sebagai lelaki yg akan menjadi suami nanti… layakkah aku menerima pasangan yg baik, sedangkan diri ini tak seberapa…

    Cuba bayangkan apabila isteri kita nanti dapat tahu aktiviti tak guna nih .. mesti diorang kecewa..

    Harap dapat jadi muslim yg bertaqwa…
    Insya-Allah

  6. aku juga sama..ingin berubah… aku nak berhnti dari smua ni.dah nekad..last munite buat lagi…xtau nak buat mcm mne..ketagih…

  7. Aku haritu dah berhenti dekat 3 bulan aku tak buat..aku tak terpikir langsung pasal seks.. time tu aku kluar dengan jemaah tabligh 3 hari setiap bulan.. lepas 4 bulan tu aku tak konsisten kluar..boleh plak aku p onani dan ketagih semula..skrg aku tgh kerja mcm mna nk kluar ni..stress cuti hari ahad je.

    aku cadangkan korang keluar 40 hari dgn jemaah tabligh..insyaAllah aku gerenti korang boleh hilangkan..

  8. Assalam…trima kasih kpd penulis website ni…bnyk ilmu dan pengajaran yg saya terima…Alhamdulillah

    Just nk share satu lg benda yg boleh kita hindar dr perkara2 ni:
    Surah Al Ankabut ayat 45; Allah berfirman; …dirikanlah solat, sesungguhnya solat dapat mencegah dari maksiat dan kemungkaran….

    Wallahua’lam

  9. Aku adalah hamba tuhan yang penuh dengan kesilapan… positif selalu…aku rasa aku sudah jumpa jalan penyelesaiannya…berbalik pada tuhan yang satu…

  10. Tabiat onani tidak boleh diubah kalau kita tak nak berubah aku dah lama sakit dengan neraka jahanam onani ni aku betul betul silap besar benda ni sangat susah klau nak berhenti kena pasang tekad yng kuat dh penat dh.. Stop tngok porno.. Azam dah kuat 3 hari 4 hari kmbli buat lgi porno adalah dadah sebab dlm kepala penuh gambaran porno susah dah nk stop klau dh ketagih bertahun2 aku dah bnyak penyakit akibat perbuatan bodoh ni sekali tu tekad aku nak kluar dari benda sial ni 6bulan je lepastu kmbli balik.. Aku takthu nk sekat mcm mna lgi nafsu ni.. Aku nesti berjuang lgi.. Dh bnyak pnyakit yng aku dpt sebab onani..

  11. Disebabkan member yang ajarkan masa kecil aku jadi terikut masa budak tidak kenal apa pun psal bnda ni.. Energi aku dibuli oleh seksual. Bodoh ni aku harus berjuang balik stop porno dan onani selamanya

  12. Huhuhu… sedih ke diri.. aq terjebak dngn lancap ni mase tngktn 1 lg krn pengaruh…sampai skrang aq xleh tinggal… kesian kawan aq… setiap kali aq lancap mesti dio pon dpt dosa jugak.. huhu.. memang payah oii nk tinggal bende ni…. ????

  13. Aku smbunyikan, aku delete ap yg aku dh research kt google (sbb brkongsi email dgn psgn), tkut dia mrh, tkut diaa kecewa, tpy kuasa Tuhan, aku lupa nk pdm, kantoi juga akhirnya, masatu rasa kecewa sngt dgn diri sndiri, tpy tk lama, 2 mnggu lpstu aku tgk, tpy lbih brhti hti, aku dlte acc email supya dia xdpt check, dan shingga ke hrini, aku msih tgk video lucah tu, MasyaAllah, nk solat pun malu, malu dgn Allah, lupa rakaat, lupa bacaan sbb fokus kat malu tu semata mata, Allah, bila igt balik Ya Allah brdosanya aku, tpy still buat lagi,

    Doakan saya sntiasa mndpt hidayah, dsbbkn prkra ni juga sy rasa tkut utk brkhwin, tkut ank ikut jejak lngkh yg sama
    Wallahualam,,

    ps; doakan sy “)

  14. Aku pun sama dah trjebak dengan bende ni dah lama…tapi aku tak sanggup lagi Aku nak berhenti..tolong Aku someone..
    Aku dah x tau macamne lagi ni.
    Pelajaran Aku dah teruk..ranking asyik dapat nombor 100je..tolong la reply

  15. Ada ke org pompuan onani gak? Sbb aku pmpuan pon terjebak ngan benda ni. Aku xtaula memula aku tau benda ni dosa, aku rasa marah sgt kt Tuhan. Sbb aku xnak benda ni pun, tp terjebak masa aku umur 6 thn lagi. Aku igt lg masa tu kalau time mandi dgn akak aku, dia suke pancutkan air dr getah paip kat aku sampai aku rase cam nak tahan sbb selalu kne buli. So masa kecik2 tu aku pon try la sorg2 buat cam ape yg akak aku buat kat aku sampai aku blh thn geli. Since then benda tu mcm jadi tabiat. aku igt lg kecik2 masuk dalam toilet mesti aku buat camtu. smpaila dah besar aku buat sampai jadi guna tgn sendiri. and last masa form 3 tu jadi makin teruk sbb aku main 1 game ni , game dating, aku xtau lgsg benda ni game lucah. aku main sbb benda tu mmg da ada dlm laptop sape ntah. aku slalu main sbb aku mmg suka try smua game. Sampaila satu hr tu aku maim sampai hujung malam, tiba2 aku mng game tu, rupa2 nya part ending tu dia buat sex. ???????? Aku trkejut sgt x sempat nak tutup da, ters tertgk . sejak tula aku tau sex tu mcm mana and ketagih ngan benda tu. Aku pernah cuba bhenti, bgn malam setiap hari bezikir sampai beratus2. aku brjaya. Tp kejap je tahan, dlm 6-7 bulan, then aku jatuh balik. sampai skrg ni aku still struggle off on, on off. yg sedih lagi, aku mmg tak boleh nmpk pon perkataan2 atau gambaran sex wlaupun guna ayat sopan. aku ketagih sgt. ni pun aku jmpe website ni sbb tgh cari balik zikir utk hentikan tabiat buruk. Ya Allah aku nak jadi pmpuan solehah tp ujian ni terlalu berat utk aku ????????

    1. I feel you girl kita tak tahu punnnnn that feeling comes tiba tiba 😭😭😭😭 ya allah help usssss and aaaa sedihnyaaaa reading the replies im cryinggggg

  16. Lepas buat rase menyesal, tapi lepas beberapa hari buat balik. Ya Allah tolong la aku nak berhenti dari perbuatan terkutuk ni ???? Dah 5 tahun aku buat. Tolong la aku nk berhenti kalini

  17. I’m just like u ???? I’m trying to stop but i couldn’t,its hard tho… I wonder why i cant stop these habits????????

  18. Bagi saya 2 punca utama ornani.
    -vd lucah
    -minuman kopi togkat ali.
    Saya pon masih untuk merubah diri saya dari lakukan ornani dan tgk vd lucah.tp memang susah.ya ALLAH sembuhkan penyakit hambamu ini dan rakan2 saya yg ketagih vd lucah dan ornani.

  19. jangan risau kawan kawan kita boleh buat ni 🙂 Caya cakap aku
    sekali tu aku dah stop sebulan tapi aku buat balik . Macam abang kat atas ni cakap kalau stop mesti ada rasa nak buat lagi > buat je macam korang ada dalam competition berapa lama korang tak onani . Mesti lepas macam dah tiga bulan ke empat bulan korang takkan rasa nak buat lagi dah. Macam ayah aku cakap kalau kau ketagih selama seminggu bende tu akan jadi tabiat jadi kalau korang stop onani selama seminggu or dua = huh takyah cakap ah onani tu takkan ada kat fikiran korang lagi. Lagi satu korang jangan ah kawan dengan kawan yang berunsur negatif yang selalu cerita cerita bende kotor pasal maksiat ke apa ke janji kotor ‘ jangan rapat ngan diorang 🙂 saya anak kampung bui bui

  20. Bagi aq klau aq nk berenti buat benda ni aq akan pikir keburukan benda ni terhadap diri aq. hampir setiap hari nafsu aq teransang dan selepas solat doa utk dijauhkan dari sbarang maksiat sekali pon

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *