Secawan Koko Kehidupan

Cara Bantu Malaysia Jadi Lagi Maju

0

GDP untuk Brunei 90% datang daripada hasil minyak.

Kekayaan sesebuah negara bergantung kepada banyak faktor selain daripada KDNK. Malaysia ini mempunyai campuran pelbagai sektor dan hanya 30%+/- datang daripada hasil minyak.

Dan relatifnya, setiap negara mempunyai kos hidup yang berbeza.

Sebagai contoh negara jiran kita iaitu Singapura mempunyai kos hidup lebih tinggi daripada Malaysia.

Cuba bandingkan menggunakan laman web ini:

http://www.numbeo.com/cost-of-living/country_result.jsp?country=Singapore

dengan Malaysia:

http://www.numbeo.com/cost-of-living/country_result.jsp?country=Malaysia

Tak perlu tukar S$ kepada MYR, dan anda akan dapati kos hidup di sana memang lebih tinggi daripada kita.

Kemajuan ekonomi sesebuah negara terletak kepada rakyatnya berinovasi dan berdaya saing. Lebih berdaya saing rakyatnya, lebih majulah negaranya.

Kenapa saya tidak masukkan Brunei? Kerana kekayaan Brunei hanyalah pada minyaknya dan nombor itu dan bukan pada kerajaan dan juga rakyatnya.

Malaysia patut cuba sedaya upaya untuk menjadi lebih hebat daripada Singapura tetapi cuba juga untuk memastikan kos hidup tidak naik sebanyak Singapura.

Itu pentingnya check and balance.

Di Singapura terlalu ramai expats yang duduk di sana yang bekerja sebagai orang atasan.

Ini menyebabkan rakyatnya rasa tertekan dan geram, tapi mereka mempunyai semangat yang tinggi untuk Singapura… sehinggalah meeka mempunyai duit yang cukup dan meninggalkan negara itu.

Lebih Banyak Pencipta, Saintis dan Pelopor Diperlukan

Negara kita perlukan lebih banyak pencipta, saintis dan pelopor di dalam pelbagai bidang untuk memastikan negara ini mempunyai masa hadapan yang lebih cerah.

Sesebuah negara akan menjadi lebih maju apabila rakyat mereka meneroka industri baharu dan cuba memajukannya dengan menggabungkan beberapa teknologi dalam industri ke dalam industri itu.

Itulah cara bagaimana iPhone tercipta.

Itulah apabila teknik pertanian baru tercipta.

Itulah cara kereta lebih berkualiti dapat terbentuk.

Itulah cara bagaimana robot nanti akan tercipta.

Itulah cara bagaimana rahsia di sebalik DNA kita akan terdedah nanti.

Semua itu memerlukan penggunaan otak.

Kita perlukan lebih ramai orang menggunakan otak daalm negara ini.

Sekarang ini kita terlalu banyak konsumer dan tidak banyak pencipta.

Kita kena fikir cara jadi hebat. Kita mula dengan diri kita dahulu.

Anda nak jadi hebat dalam apa?

Bagaimana anda nak jadi hebat?

Kena mula dengan satu langkah yang kecil untuk mengorak satu kisah hidup.

Mula dengan diri anda.

Kemudian kita bergerak ke rumah, kemudiannya masyarakat kemudiannya kepada tahap yang lebih tinggi lagi.

Lagi banyak kita cipta sesuatu, lagi menariklah negara kita ini. Orang pun kagum dengan kita. Kita tak perlu pun mula dengan satu perkara yang luar jangka.

Kadang-kadang bila kita selesaikan masalah harian kita sahaja dah bagus. Mungkin daripada situ anda boleh memulakan perniagaan multi juta.

Siapa tahu kan?

Mungkin anda boleh bermula dengan belajar satu skil baharu. Baca bahan bacaan baru. Belajar benda baharu.

Nanti 10 tahun nanti, anda boleh tengok boleh ke belakang dan cakap:

“Saya Dah Buat Semua Ni”.

Andalah salah seorang yang mencipta peluang untuk diri sendiri dan Malaysia secara umumnya.

Leave A Reply

Your email address will not be published.